Friday, June 18, 2010

AKU DAN KELAS MENJAHIT

Percaya ke tak? Hahah tak percaya kan? Aku sendiri pon tak percaya macam mana aku boleh terjebak nie. Padahal aku nie tangan keras hihi...orang kata memang tak sesuai nak pegang benang ngan jarum...Bukan la nak katakan yang aku nie brutal. Tak. Seumur hidup aku tak pernah aku sentuh mesin jahit yang sedia ada tue...Cuma tau sikit-sikit je. Dan yang paling memalukan hubby lagi terer dari aku dalam bab-bab menjahit nie.

Hari pertama pergi kelas menjahit memang macam-macam perasaan yang ada. Teruja, seronok, gabra, risau, takut boleh dikatakan semua perasaan ada. Bila melangkah masuk je aku tengok tak ramai sangat yang ada. Adalah dalam 5 orang pelajar masa tue. Memang pon setiap kelas diterhadkan kepada 5 hingga 6 orang..Sebab, bila ramai sangat nanti cikgu pun boleh pengsan. Bukan senang nak mengajar menjahit nie. Terutamanya nak mengajar orang yang macam aku ni. Memang letih dibuatnya...

Pelajaran pertama ialah belajar macam mana nak ambik ukuran badan, then selepas ukuran badan telah diambil, pelajaran kedua ialah melukis pola. Tahu tak apa yang dikatakan pola tue? Kalau aku, just cakap drawing je, senang. Tapi itulah terms pertama yang aku belajar. Rasa macam pelik je bila disebut. Sekarang nie je aku tak rasa pelik nak sebut "POLA", perkataan "DRAWING" dah tak ada.

Sebenarnya dalam proses nak menghasilkan pakaian yang berkualiti, pola merupakan panduan yang amat penting. Apa-apa pun mesti kita refer pada design yang kita telah buat. Nak tahu pola tu apa? Nantilah aku explain istilah-istilah dalam rekaan & fesyen ni di kemudian hari.

Back to the topic. First time pegang mesin jahit...PERRGH..keras betul tangan ni. HAHAHA...rasa macam nak 'cramp' pun ada. Kelam kabut sekejap. Setiap kali menjahit, setiap kali salah, setiap kali buka jahitan...adoii...letih mak cik...tapi IT WAS SO EXCITING. Walaupun banyak kesilapan tapi keseronokan tu ada. Entah la. Rasa macam lain je. Kali pertama buat sesuatu yang membuatkan aku terasa puas.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...