Wednesday, January 20, 2010

Urutan Banyak Kelebihannya

Pernah tak anda terfikir yang urutan adalah baik untuk bayi...Kajian klinikal telah membuktikan bayi yang kerap diurut kurang mengalami tekanan. Malah, urutan dapat melegakan ketidakselesaan akibat pertumbuhan gigi, kembung angin, kolik dan sembelit; memperbaiki saluran pencernaan, meningkatkan sistem ketahanan tubuh, merangsang tidur lena, meningkatkan deria kepekaan, membantu peredaran oksigen nutrien ke sel-sel tubuh, meningkatkan siatem pernafasan dan banyak lagi.
Lebih dari itu and turut mendapat manfaatnya. Selain dapat mengurangkan tekanan diri, anda berupaya mengenal sikap dan kehendak bayi dengan lebih baik. Hal ini dapat diketahui melalui tindak balasnya sepanjang sesi urutan berlangsung. Antara lain, anda dapat menyuntik rasa kasih sayang apabila dapat mengkhususkan masa berkualiti bersama si manja. Paling menarik, urutan dapat menggalakkan penyusuan susu ibu melalui perangsangan hormon!

Dalam mempersiapkan diri sebelum melakukan rutin urutan, anda seharusnya perlu tahu apakah bayi sudah bersedia untuk diurut ataupun sebaliknya. Jika dia menangis atau nyenyak tidur, jangan sesekali memulakan urutan. Ini bagi mengelakkannya terperanjat dengan sentuhan yang bakal dilakukan. Bagi bayi yang baru selesai menyusu pula, anda memerlukan masa sehinggga 45 minit jika dia menyusu ibu dan 1 jam bagi yang menyusu susu formula.

Kebiasaanya bayi itu sendiri akan menunjukkn kesediaannya untuk diurut. Apabila dia senyap, tidak menangis dan matanya segar, itulah tanda masa yang sesuai. Anda digalakkan untuk mengurut bayi pada waktu pagi dan petang. Namun pastikan rutin waktunya sama setiap hari. Misalnya, bayi biasa diurut pada jam 10 pagi, maka bila tiba jan 10 pagi, dia dengan sendirinya tahu itu masa untuk urutan. Malah dalam keadaan tertentu, bayi akan mengingatkan anda jika anda tidak melakukan sesi urutan pada waktu yang sepatutnya.

Ingin tahu apa itu Ovarian Cysts?

Pernah dengar tentang Ovarian Cysts ni..Mungkin ada di antara kita yang kurang faham lagi tentang OC ni walaupun telah ramai di antara kita yang kena benda ni terutamanya bagi kaum wanita.

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Tuesday, January 19, 2010

BUANGKAN TABIAT BOTOL BAYI ANDA

Aku ada terbaca satu artikel yang boleh dikatakan menarik untuk para ibu. Ini saya baca dari majalah mami & baby bulan Januari. Kepada sesiapa yang membeli Majalah mami&baby ini mengkin anda semua dah tau... Kalau mana yang belum beli lagi korang baca la kat sini wokey...

Menceraikan anak anda dari botol adalah amat penting kerana:

(1) Gigi rosak akibat botol
      Meminum dari botol terlalu lama boleh merosakkan gigi susu
(2) Kurang mendapat makanan pepejal
      Susu merupakan sumber penting untuk mendapatkan zat. Anak-anak yang hanya menyusu botol berkemungkinan besar tidak berminat kepada makanan pepejal.
Memang ia merupakan satu tugas yang mencabar. Jangan risau ada tips-tips atau cara-cara yang dapat memudahkan peralihan ini:

Mulalah awal-awal
benarkan anak anda membiasakan diri memegang cawan. Ini boleh diperkenalkan seawal 3 hingga 6 bulan usianya. Pastikan cawan itu tidak berisi air.

Sebagai Penggantian
Beri dia cawan cegah tumpahan. Cawan begini mempunyai muncung khas untuk disedut. Pilihlah masa dia biasanya meminum sedikit air, dan bukannya masa memakan sajian utama. Guna masa yang sama setiap hari untuk menggunakan cawan cegah tumpahan selama seminggu untuk membiasakannya.

Ceraikan botol beransur-ansur
Mula dengan mengurangkan penggunaan botol secara beransur-ansur daripada jadual makannya. Misalnya, jika anak anda meminum dari botolnya tiga kali sehari, mulalah dengan menghentikannya pada waktu pagi sahaja. Galakkan dia dan katalah bahawa dia sudah besar sekarang dan dibenarkan meminum dari cawan pula. Ini akan menggembirakannya seolah-olah suatu hadiah dan bukannya tugas.

Lakukan secara halus
Berilah si kecil minuman yang paling digemarinya di dalam cawan dan minuman yang kurang digemarinya pula di dalam botol.

KECEKALAN ADALAH PENTING
Masa yang diperlukan untuk menceraikan anak anda dari botol kepada cawan adalah berbeza-beza tempohnya, tetapi secara kasarinya ia memakan masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan lamanya. Kejayaan bergantung kepada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut dan juga betapa kecekalan ibu bapa yang mencuba. Jangan mula menceraikan botol anak anda apabila anak anda melalui peringkat yang baru, tunggulah sebulan dua lagi

Tentu ada masa-masa yang sukar dan sentiasa beringat untuk memberi galakan dan bersabar. Paling penting sekali, jangan layan kehendak anak untuk berbalik setelah mencapai kemajuan...

Nota Penting:
Jangan biarkan anak anda tertidur dengan botol masih berada di dalam mulutnya. Ini akan boleh merapatkannya lagi dengan botolnya dan menimbulkan risiko berlakunya lubang pada gigi dan jangkitan pada telinga....

(Hanif pulak minum pakai straw...huhuhu)


Monday, January 18, 2010

Kepentingan Mineral Terhadap Tubuh Badan

Seperti vitamin, mineral membantu tubuh badan untuk membesar serta mengekalkan kesihatan. Tubuh menggunakan mineral untuk melakukan fungsi yang berbeza daripada membina tulang yang kuat serta memindahkan impuls-impuls saraf. sesetengah mineral digunakan untuk menjadikan hormon atau mengekalkan kenormalan degupan jantung.

MAKRO DAN TRACE
Terdapat dua jenis mineral iaitu makromineral dan trace mineral. Makro bermaksud "besar" dalam bahasa Greek (dan tubuh anda memerlukan sejumlah yang besar makromineral daripada tracemineral). Kumpulan makromineral adalah kalsium, fosforus, magnesium, sodium, potassium, klorida dan sulfur.

Trace adalah sesuatu mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja.

KALSIUM
Merupakan makromineral yang paling diperlukan pada tulang anda. Mineral ini membantu membina tulang yang kuat, jadi anda boleh melakukan segalanya daripada berdiri dengan tegak dan lain-lain lagi. ia juga membina gigi yang kuat dan sihat untuk mengunyah makanan-makanan yang sedap.


Makanan yang kaya dengan kalsium?
  • Susu, keju dan yogurt
  • Ikan Salmon yang ditinkan dan sardin bersama tulang
  • Sayuran hijau seperti brokoli
  • Makanan yang diperkayakan dengan kalsium daripada oren sehingga ke bijirin dan crackers
ZAT BESI
Tubuh memerlukan zat besi untutk menyalurkan oksigen daripada paru-paru kepada seluruh tubuh anda. Seluruh tubuh anda memerlukan oksigen untuk kekal sihat. Zat besi membantu kerana ianya adalah penting untuk pembentukan hemoglobin, yang mana ianya adalah sebahagian sel darah merah yang membawa oksigen melalui tubuh.

Makanan yang kaya dengan zat besi?
  • Daging terutamanya daging merah
  • Tuna dan salmon
  • Telur
  • Kacang
  • Kentang bakar tanpa dibuang kulitnya
  • Buahan kering seperti kismis
  • Sayuran hijau seperti brokoli
  • Bijirin
POTASSIUM
Menjadikan otot-otot dan sistem saraf dapat berfungsi dengan baik. Potassium tahu darah dan tisu tubuh seperti otot-otot mengandungi air dan ia membantu untuk memastikan jumlah pengambilan air adalah betul.


Makanan yang kaya dengan potassium
  • Pisang 
  • Brokoli
  • Kentang
  • Sayuran Hijau
  • Buahan Citrus seperti Oren
  • Buahan kering
  • Kacang seperti kacang peas dan lentil
ZINK
Membantu sistem imun badan, yang mana sistem tubuh untuk melawan sakit dan jangkitan. Ia juga membantu dengan pertumbuhan sel dan membantu menyembuhkan luka dengan cepat.


Makanan yang kaya dengan zink
  • Daging
  • Kacang
Apabila manusia tidak mendapat mineral yang mencukupi, mereka akan mudah mendapat masalah kesihatan. Contohnyajika semasa kecil kita hanya mendapat kalsium yang sedikit, ia akan membawa kepada masalah tulang yang lemah. Jadi makanlah makanan yang mempunyai mineral dan kita akan kekal sihat.


Dipetik dari Majalah Mami & Baby

Saturday, January 16, 2010

10 Mitos dan Fakta Infertiliti

Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita
Fakta Sebenar:
Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.
Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

Friday, January 15, 2010

Ketidaksuburan Yang Tidak dapat Dijelaskan (Unexplained Infertility)

Selalunya bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan, satu siri ujian akan dijalankan untuk mengetahui sebab mengapa anda sukar hamil.
Walaubagaimanpun, terdapat pasangan walaupun sudah menjalani pelbagai ujian, masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengapa mereka gagal hamil. Situasi begini memang menimbulkan frustasi dan rasa tidak puas hati dikalangan pasangan terbabit. Keadaan ini berlaku 10% dari pasangan yang gagal hamil keseluruhannya.
Anda dikatakan mengalami unexplained infertility (UI) sekiranya anda bertelur setiap bulan salur peranakkan sihat dan tidak tersumbat dan juga:
  • Anda tiada endometriosis
  • Anda tidak mempunyai masalah parut pada pelvis
  • Suami mempunyai bilangan sperma yang tinggi dan bermutu

Penyebab yang mungkin

Anda mungkin mengalami penyebab ini sekiranya anda masih tidak dapat hamil:



Ketidaknormalan pada saluran peranakkan (Fallopian Tubes)
Salur fallopian adalah satu struktur pada rahim yang bertindak membawa telur dari ovari ke rahim. Ia mempunyai bentuk seperti jari pada hujung menolong membawa telur dari ovari Ia juga mempunyai struktur seperti bulu halus pada salurannya yang menolong membawa telur atau embro kearah rahim.

Telur yang tidak normal
Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan. Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan. Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.

Sindrom ‘Unruptured Luteinized Follicles’
Semasa saat ovulasi, telur anda mungkin terperangkap didalam folikel yang melindunginya dan menghalang dari disenyawakan. Kadang-kadan folikel akan terus jadi cospus luteum sebelum sempat ia pecah menyebabkan telur tidak dapat dikeluarkan dan ovulasi tidak berlaku.

Fasa Luteal tidak normal
Selalunya apabila ovulasi berlaku, fasa luteal bermula. Dalam fasa ini, corpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan memberikan stimulasi kepada rahim, sebagai persiapan untuk kehamilan. Kadang-kadang terdapat masalah dengan hormon ini yang mungkin naik terlalu cepat atau terlalu perlahan atau mungkin ia tidak dikeluarkan dengan secukupnya. Oleh sebab itu, rahim tidak bersedia sepenuhnya untuk hamil.

Merawat masalah UI

Sekiranya anda mengalami UI, tak sepatutnya anda merasa hilang harapan. Masih ada peluang untuk anda hamil secara semulajadi walaupun tanpa sebarang ubat subur. Peluang anda untuk hamil dalam masa 3 tahun lebih kurang 30 % .
  1. Ubat subur seperti clomiphene citrate boleh menolong ovari supaya mengeluarkan telur lebih dari satu, seterusnya meninggikan peluang untuk persenyawaan.
  2. IUI atau intrauterine insemination ialah satu jenis teknologi reproduksi yang meninggikan peluang sperma bertemu dengan telur. Sperma suami diletakkan kedalam alat catheter selepas persediaaan yang rapi dan dilepaskan kedalam rahim dengan harapan ia akan bersenyawa dengan salah satu telur anda.
  3. IVF atau bayi tabung uji pula boleh menolong sekiranya terdapat masalah dengan salur fallopian atau ovari. Telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan didalam tabung uji dengan sperma suami. Sebaik telur tersebut menjadi embrio, ia akan diletakan didalam rahim.

Wednesday, January 13, 2010

Blogwalking banyak-banyak

Hari ni la aku blogwalking sana-sini, jenguk-jenguk blog kengkawan..hihihi...banyak jugak tapi takde la sampai beratus-ratus...letih sampai sakit pinggang walaupun dok ngadap pc..nak kena gastrik pun ada..haha. Macam mana la korang boleh blogwalking sampai beratus-ratus? Aku dah tak larat dah nih...ngantuk beb

okey la aku nak cau dulu yeh...hepi blogwalking yer...

Khasiat Herba Dalam Berpantang

Setiap tumbuhan ada manfaatnya tersendiri dan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak berkurun dahulu.Di sini saya ingin berkongsi rahsia keberkesanan penggunaan pelbagai jenis tumbuhan tatkala berpantang yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
1. Serai
Kandungan "citral" di dalam tumbuhan ini amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah turut membantu anda menurunkan suhu badan.

2. Kurma
Kajian membuktikan buah ini adalah makanan yang paling pantas diproses bagi membekalkan tenaga. Memandangkan selepas bersalin, anda perlu meggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurmalah pilihan yang sesuai. Apatah lagi, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.
3. Lada Hitam
Rempah ini memiliki banyak khasiat. Terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Antara lain, ia dapat melancarkan aliran darah, mengatasi perut kembung dan mengubati sakit serta pening kepala.

4. Bawang Putih
Bahan masakan ini mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protein, serat dan lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potassium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu, ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.

5. Halia
Mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1, C dan protein menjadikannya lebih baik iuntuk mengubati luka luar dan dalam, merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Lebih daripada itu, rasa dan aroma pedasnya dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.

6. Kunyit
Merupakan tumbuhan yang diklasifikasikan sebagai paling banyak bermanfaat dalam dunia perubatan ini mampu membersihkan perut, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.

7. Lengkuas
Lengkuas merah paling lazim digunakan untuk tujuan perubatan. Hal ini kerana ia berkhasiat dalam membantu anda membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot. Oleh kerana itu jugalah, lengkuas sering digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan jamu dan ubat bagi menguatkan tenaga.

Haaa....ini la yang dapat saya share dengan anda semua. Ini bukan lah dari saya, cuma saya ni suka baca magazine so saya amik la daripada situ...

Tuesday, January 12, 2010

Radang Pelvis

Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut, dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID).

Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopia, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran.

Simptom-simptom

* Sakit perut terutama ari-ari
* Sakit semasa hubungan seks
* Keluar lendir yang berbau dan kehijauan dari faraj
* Haid yang tidak menentu
* Demam and gigil
* Loya dan muntah

Diagnosa dan rawatan

Selalunya doktor akan bertanya simtom dan membuat pemeriksaan pelvis untuk mempastikan samada terdapat kesakitan dan menganalisa keadaan lendir.Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian darah dan cultur pada pangkal rahim untuk mengetahui punca masalah anda. Laparoscopy mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. ia dapat melihat organ peranakan dan sekiranya tersapt radang, kemungkinan besar anda mengidap PID.
Merawat PID

Sekiranya ia dapat dikesandengan lebih awal, merawat dengan mengunakan antibitik sudah cukup untuk merawatnya. Sekiranya sudah menjadi teruk, anda mungkin terpaksa menjalani rawatan melalui pembedahan untuk membuat nanah yang terbentuk dalam pelvis.
PID dan masalah ketidaksuburan

PID boleh menjadi sangat serius dan kadang-kadang membahayakan nyawa. Sekiranya tidak di rawat tepat pada waktunya, ia akan menyebabkan sistem peranakan menjadi rosak. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan atau masalah kehamilan diluar rahim.
Mencegah PID

Sekiranya anda seorang yang aktif seksual, amat penting untuk anda tahu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat PID.

* Berhubungan cuma dengan satu pasangan
* Gunakan kondom setiap kali hubungan seks
* Membuat temujanji secara regular dengan doktor gynae anda

Senggugut

Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.

Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

* Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

* Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.

* Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks* IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.

* Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.

* Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.
Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

Monday, January 11, 2010

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Thursday, January 7, 2010

30 Luahan Suami,12 Keluhan Isteri

30 Luahan Perasaan Suami
1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku, Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8.."Isteriku, Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku, Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku, "Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku, Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku, Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

Keluhan Isteri Terhadap Suami 
1. suamiku...bimbinglah keluargamu.. .
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit (tolong orang ghumah tu bekomeh ) !!!
3. suamiku...jagalah matamu...( jangan nak mengatal lai anak dah ado)
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu.. ..JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku.. .ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku.. .makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje. 12.suamiku.. .pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!

12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

# Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

# Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

# Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat. Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

# Menyusu badan: Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

# Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

# Gemuk: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

# Terlalu kurus: Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

# Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

# Menopos: Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

# Pencegah hamil: Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

# Hamil: akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

Tuesday, January 5, 2010

Suhu Asas Badan (BBT)

Terdapat banyak cara untuk mengetahui kesuburan anda. Salah satunya ialah melalui catatan suhu badan asas anda atau BBT (Basal body temperature). Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil, mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini.


Cuba ambil suhu badan sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. Letakkan termometer didalam mulut selama 5 minit dan buat cacatan.Mulakan pada hari pertama anda haid. Catatkan setiap hari dan beri perhatian pada pertengahan bulan. Sebelum ovulasi, suhu badan biasa selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah selsius. Selepas ovulasi, akan terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 0.25 darjah selsius. Selalunya ia berada pada tahap 36.6 darjah selsius Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.
Perhatikan juga tanda-tanda ovulasi lain seperti, lendir vagina yang lebih melekit sedikit, rasa senak pada ari-ari dan pendarahan kecil dari faraj.

Sunday, January 3, 2010

UPT Samar dan Kehamilan

Ujian air kencing anda menunjukkan tanda samar. Adakah anda hamil?

Untuk mendapat ujian yang positif, tubuh kita harus mempunyai hormon HCG yang cukup. Walaubagimanapun, tidak semua kit ujian boleh mengesan kehamilan pada jumlah hormon HCG yang sama. Ada yang lebih sensitif walaupun dengan kandungan hormon yang sedikit. Sekiranya keputusan hanya menunjukkan jalur yang samar, kemungkinan ia bukanlah satu kit ujian yang sensitif.

Sebab lain pula ialah, usia kandungan yang terlalu muda, jadi horman HCG dirembeskan masih terlalu sedikit. Jangan rasa cemas sekiranya kejadian ini berlaku, anda perlu menunggu 2-3 hari untuk mengulangi ujian tersebut dan sekiranya anda betul-betul hamil, ia akan menjadi positif seratus peratus dan tidak lagi samar.
Kandungan bermasalah juga boleh menyebabkan kesan samar pada ujian air kencing, Sekiranya anda mempunyai keputusan positif tetapi beberapa hari kemudian ia menjadi negatif, anda mungkin mengalami keguguran.
Penyelidikan telah menunjukkan, 20-30% dari kehamilan berakhir dengan keguguran dan kebanyakkan dari wanita tidak menyedari tentang keguguran ini kerana ia terjadi terlalu awal dan berlaku lebih kurang sama tarikhnya dengan haid anda yang seterusnya.

UPT tu ape?
* UPT - Urine Pregnancy Test

Saturday, January 2, 2010

Hamil Selepas 35 tahun

Bagaimana usia boleh mempengaruhi kesuburan wanita?

Apabila wanita sudah mencapai usia 30’an, mereka akan mengalami kekurangan tahap kesuburan. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh:
  • Kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti.
  • Kekurangan sperma berkualiti
  • Kekurangan kadar hubungan seks
  • Masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan salur peranakan

Adakah hamil selepas usia 35 selamat?

Walaupun perubatan yang moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam usia yang lewat, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengannya dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko tersebut. Ini adalah untuk meninggikan peluang kearah kehamilan ‘problem–free’ dan kelahiran anak yang sihat

Adakah saya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak yang cacat sekiranya saya berusia 35 tahun keatas?

Risiko untuk melahirkan anak cacat menjadi tinggi apabila usia semakin tua. Ini mungkin disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Secara kasarnya, 1 dalam 1400 bayi dilahirkan oleh wanita pada usia 20’an mengalami sindrom down, dan kadar ini akan menjadi 1 dalam 100 apabila ibu mencecah 40’an.

Tempoh Untuk Hamil

Memang sukar untuk meneka dengan tepat bilakah seseorang wanita itu akan hamil. Faktor-faktor seperti usia, kesihatan badan secara umum, kesihatan sistem peranakan dan kekerapan melakukan hubungan seks memberi pengaruh yang besar terhadap peluang untuk anda mengandung.
Walaubagaimanapun, statistik umum dapat memberikan sedikit idea berapa lama wanita akan hamil dari tarikh ia mencuba untuk hamil. Umumnya, pasangan yang subur mempunyai 25% peluang untuk hamil setiap kitaran haid. 80% dari kebanyakkan pasangan akan hamil dalam masa satu tahun mencuba dan 10% lagi akan hamil pada tahun seterusnya.
Cuma 10% wanita sahaja mengalami masalah untuk hamil selepas tahun ke 2 dan wanita inilah yang akan mengalami masalah ketidak-suburan. Tinggikan peluang anda untuk hamil dengan mengetahui masa subur dan dengan membiasakan diri dengan kitaran haid. Ia amat mudah sekiranya haid anda teratur.

Sekiranya percubaan anda untuk hamil sudah melebihi tempoh dua tahun, berjumpalah dengan doktor untuk untuk mengetahui punca kesukaran anda untuk hamil.


Definisi Kehamilan


Kehamilan adalah suatu keadaan dimana janin dikandung di dalam tubuh wanita, yang sebelumnya diawali dengan proses pembuahan dan kemudian akan diakhiri dengan proses persalinan.

Friday, January 1, 2010

Gaya Tersendiri...

Cuba tengok nih...
 macam apa agak-agak?

tengok ni pulak...


ermmm...macam nk buat apa ni?

owwhhh.....tengok la nih....!
macam mana?
ada gaya tak?
he..he..he..

Hanif Ke Klinik

huh...semalam pergi hantar Hanif pergi klinik sebab malam tu badan Hanif panas teruk..pukul 3 pagi mama masukkan ubat ke dalam &*^&% Hanif. Lepas tu baru la dapat tidur sampai ke pagi. Kesian die...yelah badan rasa tak selesa sebab panas memang la asyik nak mengamuk jer. Pagi bangun elok laak...cergas lak tu. Ingat tak nak bawak pergi klinik tapi takut nanti demam balik lagi payah la nanti. So, pergi je la..Tapi doktor kata Hanif dah tak demam. Lagipun Hanif aktif so, doktor kata jangan risau. Kecuali kalau Hanif lesu jer barula boleh susah hati hik..hik... Lagipun doktor kata mungkin Hanif nak tumbuh gigi that's why la Hanif kurang sehat dan lain kali kalau Hanif demam selama 4 hari tak baik-baik better bawak pergi hospital...
Tengok ni mika org tak sihat... ;). Kesian, masa nih memang merengek-rengek. Biasala dah tak sedap badan tu ada je yang tak kena...

Walaupun tak sihat tapi sempat lagi tuh..apa Hanif buat?! Haaa...itu la doktor kata jangan risau... ;)