Tuesday, November 23, 2021

Bersyukur dengan apa yang ada



Tak ada angin tak ada ribut. Tiba tiba meminta "Gingerbread Cookies". Ini semua gara gara kartun Gingerbread atau sebab aku perasan dia selalu tengok kat Youtube kartun gingerbread tu menari nari. Itu yang nak tahu macam mana rasa. 😅 

Bila dah rasa dia kata mama kenapa cookies ni rasa lain je. Lepas ni memang dia takkan meminta sebab dah pernah rasa. Masa nak beli tu dah kata tak sedap biskut ni sebab ada halia. Tapi dia tetap jugak nak. Harga Gingerbread Cookies ni kat Coffee Bean RM7.90 still okay lagi dari dia mintak toys kan. So gigihkan juga beli hahaha. 




Nak juga Cookies & Cream tetap ku layankan jua. As long as awak tak muntahkan air tu mak okay je nak. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

 Masa aku bagi dia air tu aku cakap kat dia air ni mahal tau. Jadi nak tak nak adik kena habiskan. Ni kira first time dia minum air Coffee Bean. Jadi kita berdua pun duduk la kat Coffee Bean sambil menunggu dia menghabiskan air tu. 🤣 


 Bukan nak berkira harga mahal. Tetap lah mahal kan huhu. Tapi nak ajar dia tentang nilai duit tu. Bukan senang senang nak belanja air mahal macam ni. Dan kalau minum mesti habiskan. 

Tak suka anak anak membazir makanan tak kira berapa pun harganya. 

 Siti Zulaikha Olivia Isnin, 22.11.2021 

 #syukurselalu #szomenulis #Kenangan2021

FnD Mindspot Open Day 2021 - Best !!!





Memenuhi jemputan dari sahabat Effendy Norzaman untuk FnD Open Day di Wangsa Maju. Tanya dan tunjuk kepada anak anak tentang FnD Mindspot ni terus dorang excited. Beliau merupakan founder @ mastermind kepada FnD Mindspot.

Lokasi di Nombor 11-3, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju. Nak senang landmark nya ialah FnD ni atas kedai Patatimo. Tingkat atas sekali. Dia kalau dah naik atas tu kompom tak turun dah. 

Masa sampai tu terus anak anak macam excited giler tapi tak tahu nak main apa. Bila nampak Giant Chess tu okaylah kita main chess dulu. 

Kawasan sangat luas. Boleh muat 80 orang. Tapi sebab PKP so kena follow SOP cuma terhad kepada 30 orang sahaja. Buka dari pukul 12 tengahari sehingga 10 malam. Dan siap ada surau. Haah takde alasan tak solat. Ada company nak buat Teambuilding pun boleh, nak buat event pun boleh. Nak sewa game dorang pun boleh. Atau nak buat event kat company dan minta pihak FnD tolong arrange lagi lah boleh. Cakap je. FnD dah ada siap pakej. Ikut la nak game apa. Contact sahaja Encik Effendy. 








Dah bosan main chess dorang ajak aku main Carome pulak. Dah lama tak main kan. Keras la tangan. Tapi setakat lawan anak anak memey menang sokmo leer. 🤣

Dah main carome main batu seremban, main tutup botol, main apa entah lagi tak ingat nama dah. 

Hadif bab bab game ni dia jenis tak boleh kalah. Bukan tak tau reti. Tapi dia dah rasa menang tu best kan. Macam Hanif dia relax je.

Bila dah lama lama tu dia tengok ramai orang datang situ main board game dia pun nak rasa. Siap tanya, "mama hanif nak main war game boleh???"

Aku macam errr.... board game tu nak main memang berjam jam lamanya. Tengok ada dua tiga group tu dari masa aku sampai pukul 5 petang sampai balik 10.40pm pun tak habis lagi.

Punya syok duduk dalam tu masa berjalan pun tak sedar. 

Bila ajak balik. Tak nak pulak. Dah melekat hahaha. Pastu dah nak balik tanya lagi bila boleh datang. Bagitau berapa hari lagi boleh datang. 😅

Hadif dia lebih suka game macam lego dan seangkatan dengannya. Hanif sebab dah besar dia nak game yang lebih mencabar. 

Tempat ni sangat bagus. Boleh lepak sambil main game sambil asah otak. Lagi lagi kalau anak anak korang jenis yang addicted dengan game kan. Memang elok lah datang sini bagi dorang layan. Student U pun boleh. Duduk satu hari pun takpe. Golongan mak mak boleh merayap kat Wangsa Walk hahaha.







Saya pun baru tahu yang tempat macam ni wujud. Kalau tahu dah lama mak angkut anak anak datang sini. Tapi kalau anak anak korang bawah 8 tahun tak sesuai la. Yang tu kena bawak main kat taman ring ria dalam mall. 😂

Untuk harga sekali masuk RM15. RM10 budak sekolah. Tapi sempena Open Day harini 20 November 2021 jadi ada PROMO RM10 per head. Nak duduk sampai dorang tutup pun takpe. Kalau lapar makan je la kat Patatimo bawah tu. Hanif siap plan nanti nak ajak kawan kawan datang main kat FnD. Lagi seronok bila dapat main dengan kawan kawan. 

Yang best nya tak pandai main pun takpe nanti dorang tolong ajarkan. Macam aku yang tak berapa minat game macam ni pun boleh terjebak. Cumanya tak ada geng je.

Kesimpulannya, hasil dari pembelajaran dan pendedahan semalam anak anak mak dah tahu dan kenal apa itu Carome, main batu seremban dan penutup botol. 














Yang jenuh aku nak layan semalam Hanif la. Asyik dok ajak main carome je. 4 round jugak la main dengan dia semalam.

Untuk gambar penuh korang boleh jenguk  instagram saya @sitizulaikhaolivia atau facebook page Zulaikha. Dah tak larat nak up gambar masuk blog. Banyak sangat. 😂

Wednesday, November 17, 2021

Tiga minggu turun 2.1kg dengan The Warrior Diet

Dah hampir tiga minggu aku buat TWD. Ada ke tak tulis tentang TWD aku pun tak ingat. TWD ni maksudnya The Warrior Diet. Dalam kategori Intermittent Fasting tapi yang lebih hardcore. Yang mana kena fasting 20 jam dan window eating cuma 4 jam. 

Tiga minggu turun 2.1kg. Ikutkan boleh turun banyak lagi. Tapi sebab setiap weekend meriah je makanannya kan so hari hari kena restart. Melampau kan hahaha.



Untuk korang yang rasa struggle nak turun berat boleh buat Warrior Diet. Beginner tak boleh buat dulu. Kena mula dari yang ringan ringan. Contoh mula dari 14 jam puasa 10 jam. Sebelum ni aku cuma puasa 16 jam. Makan 8 jam. Bila dah takde selera nak makan sangat aku pun buat je la TWD. 

Kalau nak tahu tentang The Warrior Diet boleh search kat uncle google banyak. Lepas tu bila dah faham buatlah ikut cara kita sendiri key.

Buat Warrior Diet ni tak stress. Takde rasa lapar. Dan tak perlu nak fikir makan apa. Bedal je apa pun asal jangan kurang dari 1000 kalori. Jangan bawah 1000 kalori tau. Nanti berat lagi susah nak turun. Sebab tu ada orang buat IF sampai 23 jam or 24 jam setiap hari tapi berat turun sebab tak cukup kalori. Bahasa pasarnya tak cukup makan. 🤣

Ada masa saya terlajak ke 22 jam terutamanya bila sibuk dengan kerja atau berjalan merayap cari barang etc.

Saya pernah buat 24 jam. Tapi esoknya relax tak boleh puasa. Kalau hari hari buat 24 jam nanti metabolisme badan kita akan menurun. Sebab tu maksimum saya buat TWD 22 jam sahaja.

Senaman yang aku buat ringan ringan sahaja. Tak boleh lari tak boleh cycling. Basikal kat umah pun dah berabuk. Contoh senaman ringan ialah jalan jalan dalam mall. Cukupkan 6000 steps setiap hari. Malas nak buat yoga.

My calorie intake 1000 - 1200cal. Nasi tak tinggal. Makan sampai kenyang. Makanan saya ikut suka. Ada masa makan sayur je. Ada masa makan berlauk. Tapi first week saya memang skip protein dulu . Kebetulan time tu ayam ikan tak makan sebab takde selera. So hari hari tempe dengan tauhu. 😅

Cara masak biasa. Goreng guna minyak. Sayur pun goreng. Setakat ni belum makan yang bersup lagi. Ni tetiba dah teringin makanya esok kena buat la. Kalau tak nanti termimpi mimpi.

Sehari tu mesti minum susu atau milo untuk tenaga. Sebab banyak buat kerja kan. Jadi saya perlukan tenaga untuk kekal sihat dan kuat haah tiberrr. Iklan Milo terus. 

Nanti bila dah capai berat ideal aku bagi tahu berapa kg berat aku sebelum mencapai berat yang aku nak key. 

Kisah air Starbukcs : Starbucks untuk siapa?


Starbucks untuk siapa?

Viral post ini mengenai seorang insan yang kisah sangat tentang orang yang beliau kenal bergaji 3k minum di dalam Starbuck. Mungkin kepada dia yang layak minum air Starbuck ni orang yang bergaji atau berpendapatan 10k sebulan. 

Mari kita siasat siapa target market Starbucks?

Starbucks selalu dikaitkan dengan target market yang bergaji mahal. Golongan professional. Businessman dan sebagainya. Kiranya "high end target market".

Tapi kenapa kebanyakkan Starbucks disekitar Kuala Lumpur dan Selangor banyak dibuka di kawasan "middle income neighbourhood"???

Sebab mereka ini sanggup untuk membelanjakan duit mereka demi untuk minum kopi premium. 

Starbuck ada pelanggan tetap mereka sendiri tapi mereka bukanlah target market Starbuck. 😆

Starbucks punya target market utama ialah "mereka yang sanggup mengeluarkan duit sebanyak RM30-RM50 untuk "kudap kudap" orang kata tanpa memikirkan tentang kos mahal atau murah.

Jadi, tak kira berapa gaji samada 2k ke 3k atau 10k kalau rasa nak minum nak reward diri sendiri di Starbuck apa salahnya kan. Ada ke papan tanda depan Starbucks yang tulis "HANYA GAJI 10K KE ATAS JE BOLEH MASUK".  

Off course la takde.ĺ

Starbucks pun tak ambil kisah. Yang penting bayar. Tak bayar kejar sampai dapat. 😂

#starbucksbukanuntukorangkayacç

Tuesday, November 16, 2021

Kongsi di media sosial itu normal

Sebenarnya, cerita apa yang kita ada, share experience kat mana kita pergi, apa kita buat seharian, makan apa dan di mana is normal pada saya. Benda benda macam ni bukan sejak ada facebook aje wujud. 

Sebelum facebook, Instagram dan Tik Tok ramai yang share kat blog. Siapa yang pernah ada blog dorang tahu lah. Share tentang pengalaman parenting. Share tentang tip tips tu semua ada. Cumanya tak meluas. Agak leceh untuk orang yang bukan ada basic dalam blog dan programming. Even blogspot tu pun kena belajar sikit sikit. Sebab nak setup blog bagai tu pun kena ada skill juga. Wordpress senang sikit tapi perlu ada skil plugin pulak. 

Sebenarnya lagi senang kita share di blog sebab boleh asingkan mengikut topik. Bila adanya facebook salah satu yang paling awesome sekali ialah facebook ni sangat mudah. Tak perlu pandai programming. Even orang yang buta IT pun boleh guna. Nenek nenek atok atok kita pun pandai guna facebook dan Tik Tok. Sebab mudah. Buat je akaun lain semua siap. Tinggal guna aje. 

Tak perlu nak fikir tema facebook. (Eh dulu ada ya tema background facebook). Mader la salah sorang yang suka suka background facebook hahaha. 😆 

Disebabkan capaian social media yang meluas membuatkan ramai dari kita berhati hati. Saya sendiri kalau viral atas sebab yang tak bagus pun tak suka. Sebab kesan tu untuk jangka masa panjang. Oleh itu kalau ada orang yang sebar gambar tak tentu hala memfitnah memang saya maki dia cukup cukup kat komen. Biarlah kan. Sapa suruh cari pasal. Ai tak peduli awak tua ke muda ke kat situ jugak aku belasah. 🤣 

Saya suka orang share depa pergi holiday mana, beli apa, makan apa, tentang anak. Semua tu kenangan. Kalau tidak takkanlah facebook ada "memories" kan. Ini kalau naik cerita bisnes je aduh rasa kesian dengan diri sendiri. Takde life ke aku ni hahahaha. 

Ada banyak album dari muda sampai ke tua. Melihat proses anak anak membesar. Bila facebook refresh balik memori lama automatik kita akan rasa bersyukur. 

Jangan la share buka aib sendiri tu sudah laa. Itu hulur tengkuk nama dia. 

Done Siti Zulaikha Olivia membebel haha.

 #lifeisshort #LoveYourLife #liveyourlifetothefullest

Eksperimen Reel di Instagram vs Tik Tok

Hasil eksperimen 4 minggu saya mendapati lagu yang viral di Tik Tok tak semestinya viral di instagram. Orang yang ada di instagram tak beberapa suka dengan rentak lagu yang di"remix"kan macam kat Tik Tok. Jadi kat sini dah boleh tahu level level orang kat IG dan niche market cemana kan hihi. 

 Jadi, kalau nak reach reel yang tinggi guna lagu yang viral di Instagram. Nak edit video jangan guna reel unless kalau malas. Guna video editor. Atau guna tik tok. Tik tok video editing is better than reel. Mana mana akaun bisnes memang tak boleh guna sound viral. Instagram dah letak siap lagu lagu komersial untuk kita. Sama macam Tik Tok. Dah lah lagu tak best. Tapi ada caranya macam mana nak buat reel guna lagu viral. 

 Tapi yang best bila kita upload video guna music yang bukan dari instagram, pihak IG akan tolong padankan lagu yang kita guna tu dengan music yang ada. Kalau Tik Tok tak. Dia akan kira lagu tu lagu kita dan masuk dalam folder stand alone. Jadi bila lagu kita di Tik Tok masuk folder stand alone payah sikit views nak naik. Sebab tu saya tak guna Cap Cut dah. Kecuali kena download dulu lagu kat Tik Tok then buat video guna sound yang sama. Upload dalam Tik Tok dan guna balik sound dari mana kita download tadi tu. Faham tak? 😅 

 Cuma kelemahan untuk IG akan viral di IG sebab susah nak reshare atau download berbanding dengan Tik Tok. Leceh. Apa yang viral di IG tak semestinya viral terus di facebook. Tapi apa yang viral di Tik Tok sekejap je akan viral di Facebook dan Instagram. Sekian sharing untuk harini. Harap bermanfaat untuk semua. 😆 

 Siti Zulaikha Olivia 

 #socialmediaexperiment

Wednesday, November 10, 2021

Hadif buat hal - Tragedi Oktober

Kisahnya harini selepas pasang kipas di kedai UTC Keramat aku, papa dia dengan abang Hanif ambik dia balik sekolah. Ngam ngam habis kerja time tu. 

Bila sampai kat sekolah as usual cikgu kena panggil nama dia. Ada dalam 2 minit macam tu aku nampak dia bangun dan jalan ke arah cikgu. Tak tau dia kata apa. Kemudian aku nampak dia berlari naik tingkat atas ke kelas. Dalam beberapa minit turun cakap dengan cikgu balik. 

Cerita kronologi


Dah tu dia tarik beg sekali aku nampak dia pakai seluar suka entah sapa punya. Aku dah agak dah ini kalau tak kencing dalam seluar entah entah dia sakit perut ter berrr. 😅

Dia sampai je terus aku tanya kenapa pakak seluar lain. Dia jawab pagi tadi dia sakit perut. Nak memerut dia tahan. Akhirnya, terlepas dalam seluar hahaha. Adoiioh. 

Muka malu kena gelak


Dia cerita cikgu yang tolong hantar dia pergi toilet bagai. 

Kenapaaa laa kau buat hal kan? 😂

Dia cakap kat aku yang pagi tadi sakit perut tapi dia kata aku tak dengar. Aikkk. Bila masa dia cakap dengan aku. 

Sampai ke kereta kecoh la bapak dengan abangdok gelakkan dia. Bengang je muka. Takleh nak cover malu hahaha. Pastu papa dia cerita pagi tadi sebenarnya dia memang dah kata sakit perut. Tapi bapak dia cakap nanti pergi lah toilet kat sekolah. Haihhh.

Siannn anak mama hihi


Bapaknya pun macam tak kenal pulak anak sendiri. Budak tu dah lah tak suka toilet kotor. Selama dia sekolah kat situ tak pernah lagi dia pergi memerut kat sekolah tu. Punya geli lah kan. 

Kelakar dan kesian jugak la aku tengok dia. Kawan kawan dalam kelas semua tahu. Nasib 12 orang je. Muka mula dia kata sorang je yang tahu. Then kawan yang sorang tu pergi inform cikgu. Cikgu siap tanya lagi nak balik awal atau nak balik masa balik. Macam tak percaya je bila dia cakap dia nak balik time balik. Selalu pantang je kena offer terus nak balik.

Dulu Abang Hanif pun macam tu. Tapi part paling kelakar dia kena pakai seluar saiz besar giler. Memamg lawak giler laa. 

Pelangi Beach Resort & Spa - Edisi Langkawi 2019

Hahahahaha... gelak dulu.

Sebab....

Lepas dua tahun baru nak buat entri review tentang Pelangi Beach Resort & Spa ni. Gila lama kan. Yang nak baca tentang review aku mengenai The Danna Langkawi boleh klik sini.

Cantik kan reception area nya

Gambar pun dah menghilang. Padahal aku rasa banyak aku snap. Siap ambik gambar mat saleh posing dengan road bike lagi. Banner ironman etc. Sebab Meritus Pelangi ni kira Hotel rasmi ironman. Even YB Kj pun stay sini.

Cerita sadis aku berkenaan hotel ini ialah aku tertinggal bantal kesayangan kat sini. Dah naik ferry baru teringat. Kira Selamat Hari Raya la. Dah lah bantal kecik paling best yang aku ada. Bantal busuk orang kata. 😂



Masa tu kami satu family ke Langkawi 3 hari 2 malam. Malam pertama kami tidur di Danna dan malam kedua tidur di Pelangi. Kita punya style holiday memang macam ni. Suka tidur kat dua tiga hotel kalau ke Langkawi. Perangai sangat kan hihi. Ni semua gara gara siakap Langkawi buat aku teringat ada banyak lagi entri tentang Langkawi tak update. 

Berbalik kepada cerita holiday dua tahun lepas. First bila check Alhamdulillah takde masalah. Smooth aje semuanya. Walaupun time tu sibuk dengan Ironman. Dapat bilik pun cantik. Dia punya view dalam kawasan sekitar chalet ala ala Club Med. Tapi mestilah Club Med lagi lawa. 





Katil pun luas. Muat untuk 3 orang tidur. Yang anak 4 orang masih kecik pun boleh je sumbat dalam katil ni. Toilet sangat bersih. Takde bathtub. So takde la anak anak aku berkubang dalam tu. 😅


The next day tu, aku sempat lagi jogging sampai ke area Holiday Villa. Kot kot la boleh nampak beach
 Tapi takde. Tempat yang mana dulu orang selalu pergi lepak tepi pantai tengok matahari terbenam dah naik hotel Aloft.

Jalan jalan tepi pantai



Sekarang kalau nak jalan kat Chenang tu mana tempat view cantik semua dah naik hotel tak pun motel. Kiri kanan penuh hotel. Dah rasa macam jalan kat Phuket pun ye. Lepas tu pagi pagi jogging tu tak syok sebab macam macam bau sampah ada haha. Sedih la jugak.

Beranda luar boleh lepak layan laut

Balik dari jogging anak anak dengan husband sibuk mandi pool. Poolnya okay lah. Biasa. Nak kata cantik tu tak. Sesuailah dengan kita yang membawa anak anak ni kan. Lepas tu boleh jalan kat beach. Dekat je. Aku memang tak berapa suka nak jalan kat beach. Sebab tak suka berpasir. 

Kalian boleh layan gambar gambar dibawah ni ya. Sorry gambar Pantai Chenang, kedai, motel etc yang aku snap masa lari pagi ittew tidak tahu ke mana perginya.

Tanya kakak ipar aku pun dia kata dia pun tak sure hahaha. 






















Pantai Chenang

Pantai Chenang morning view