Thursday, February 11, 2016

#projekEpalmerah




Hari ini genap 15 hari usia #projekEpalmerah. Baru setengah bulan jagung.

Untuk pengetahuan ramai, #projekEpalmerah merupakan satu kumpulan amal yang bukan di bawah mana-mana badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Ia merupakan usahasama di kalangan kaum ibu yang prihatin dan suka melibatkan diri dalam kerja amal.

Secara amnya, pada ketika ini #projekEpalmerah selain dari mengumpul dan mewujudkan tabung sendiri kami juga menerima bantuan berupa barangan tidak terhad kepada pakaian sahaja untuk setiap projek yang akan dijalankan seperti buku cerita, buku warna, teaddy bear, tuala serta barang-barang lain yang bersesuaian. Dan juga tidak ketinggalan sebiji Epalmerah untuk setiap seorang. 

Sukacita kami nyatakan, kami amat menghargai sokongan anda menyertai #projekEpalmerah sebagai pemberi sumbangan, sukarelawan sukarelawati dan "FOLLOW" instagram #projekEpalmerah. InsyaAllah akan datang #projekEpalmerah akan mempunyai blog rasmi di mana kami boleh berkongsi info dan maklumat mengenai aktiviti dan projek amal yang bakal dan telah dijalankan. 

Untuk projek pertama #projekEpalmerah akan membuat lawatan ke Wad Kanser Kanak-Kanak, WadKK3, Hospital Paediatrik, HKL pada penghujung Februari ini. 

Kenapa "Epalmerah"?

"Epalmerah" merupakan "trademark" projek amal kami dimana ia melambangkan 'Semangat Sihat'. Ia juga untuk memberi senyuman, harapan dan keyakinan kepada insan yang kurang bernasib baik ini bahawa masih ada sinar yang indah dalam hidup mereka. InsyaAllah kami akan cuba untuk menggembirakan mereka dengan sedaya upaya kami. Lagipun inilah visi #projekEpalmerah. 

"Small acts, when multiple by millions, can transformed the world"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...