Saturday, August 1, 2015

Bila baking barang "basic" takde

Asalammualaikum dan Salam Satu Malaya dari Cik Siti Legacy!

Hari ini mesti busy kan dengan 'open house' sana sini. Siap-silap ada yang tak sarapan sebab nak makan-makan punya pasal. Yang jemput 10 buah rumah huhu...

Samalah dengan kita di sini. Kejap lagi nak pergi berhari raya di rumah kawan-kawan sekolah dulu. Lama sangat tak jumpa. Dari KL ke Kapar, Klang kemudian ke Shah Alam pastu malam kat kawasan rumah pun ada orang menjemput. Memang kena standby baju extra untuk anak-anak.

Baking tetap baking. Patutnya hari ini ada order Apam polka dot. Dengan semaraknya bangun nak membuat sekali tengok blueberry jelly takde. Pastu susu krim pun takde huwaaaa.... Rasa nak nangis beb. Malam tadi dah check yang ovellete sebab memang teringat ovellete tu habis. Check coloring purple dan pink pun dah jumpa Alhamdulillah. Dah lama cuti lupa sumbat kat mana. Tapi dua bahan utama yang sentiasa ada dalam fridge rupanya tak ada! Pukul 5 pagi weh mana mau carik blueberry paste tu. Customer nak pick up pukul 9 pagi!

Aiyo...kena lah mesej customer. Dah tau dah mesti customer marah. Kena lah hadap sebab kesilapan sendiri. Memang mintak maaf sangat-sangat. Rupanya dia nak setup event pagi ni. Lagi lah serba salah! Nak bagi Congo bars pun tak nak. Nak bagi Cadbury Chocolate pun tak nak. Hmmm ye la... Mesti marah sakit hati kecewa semua ada. This is first time! First time jadi macam ni. Ooohhh sangat tak best perasaan dia!

Jadi kawan kawan baker jangan jadi macam saya. Saya gagal menjadi peniaga yang dipercayai hari ini... Huh sedih! Pengajaran untuk diri saya. Lepas ni jangan buat lagi...!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...