Friday, May 31, 2013

Mencari dan membina cantik?

Dari Pak Cik Google
Memang tidak dinafikan persoalan cantik sememangnya menghantui setiap wanita termasuk jugak aku hehe... Kadang-kadang ada sesetengah tu samapai jadi bingung oleh kecantikan orang lain. Betul tak? Orang yang diakui cantik akan lebih dihantui lagi sebab kecantikan bukanlah kekal. Ia ada dan kemudian hilang, pergi selari dengan bertambahnya usia.

Kecantikan itu adalah subjektif. Ukuran sama cantik ataupun tidak banyak pro dan kontranya. Ia bergantung  pada mata bagaimana yang melihat dan siapa tuan punya mata. Pada seorang lelaki "kaki perempuan", dia melihat semua wanita adalah cantik yang penting boleh memuaskan nafsunya. Pada seorang lelaki yang "gila seks" akan melihat kanak-kanak dan wanita tua pun boleh menimbulkan keinginannya. Pada seorang yang beriman, kecantikan dinilai secara keseluruhan seseorang wanita. Bukan setakat wajah yang cantik tetapi juga perangai, peribadi dan juga pengamalan agamanya. So, buat apa nak risau sangat tentang kecantikan sebab ia tak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain.

Cantik untuk siapa dan cantik untuk apa, merupakan persoalan yang kita sendiri harus jawab. Sebagai insan biasa, cukuplah dengan apa yang Allah telah berikan dan bekalkan untuk kita, kerana terlalu cantik akan tiba masanya buruk.

Banyak rawatan kecantikan yang popular pada masa kini. Antaranya ialah menyedut lemak, mencantikkan bentuk hidung, dagu, kening, mata, bibir dan tulang pipi serta rawatan antipenuaan seperti mencantikkan dan menegangkan kulit muka. Yang aku tau, rawatan yang semacam ini sentiasa ada risikonya. Kecantikkan yang diidam-idamkan kadang-kadang membawa kesan yang tak baik dan terpaksa ditanggung sepanjang hayat. Tak salah pun if obses sebab nak cantik. Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri.

Kita kena tahu cantik dalam istilah sebenar bukanlah sekadar bergantung kepada rupa paras. Cantik juga adalah akhlak serta kejayaan-kejayaan yang mampu dibuktikan. Sekiranya kita sihat pun dah kira cantik, jadi kita berusaha untuk menyihatkan diri. Sihat itu merupakan sihat dari segi mental, fizikal dan spiritual. Sekiranya tiada salah satu maka hilanglah kesihatan dan musnahlah kecantikan.

Kita harus selesa dengan diri sendiri. Persoalan jodoh bukanlah semata-mata terletak pada wajah yang cantuik. Berapa ramai nenek yang kahwin dengan orang bujang dan berapa ramai wanita cantik berhadapan dengan masalah penceraian. Adalah kecantikan wajah yang menjadi isu? Yakin pada diri sendiri yang kita adalah cantik. Kalau ada yang kata tak cantik, orang tu sebenarnya bercakap mewakilkan diri sendiri sedangkan orang lain kata kita cantik kan hihi... Yang penting berusaha untuk mencantikkan hati kerana itulah sebenarnya ukuran di sisi ALLAH.

JANGAN lupa juga cantik untuk suami bagi wanita yang sudah berkahwin ;)

Thursday, May 30, 2013

Cara pengambilan Vitamin Iron Tablet yang betul untuk ibu mengandung

Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat sebab masa Hanif dulu Alhamdulillah semuanya ok. Sungguh takut beb. Risiko bayi mandi dalam kandungan, risiko denyutan jantung bayi tak stabil, tumbesaran tak seperti sepatutnya atau terbantut, perkembangan otak yang kureng, lahir tak cukup bulan, anak lemas semasa lahir dan mati semasa dilahirkan. Semua risiko ni membuatkan aku bertambah cuak.

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL


KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS 

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Cara terbaik untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah:


1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan
HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

Selama ni pun tak pernah nak ambik tahu cara pengambilan Iron Tablet dengan betul. Asal dah makan tu kira ok. Tapi HB masih rendah. Jadi, copy la info tentang iron tablet ni dari blog yang aku baca. Tuan punya blog pun dapat info dari ahli farmasi kat tempat dia check up. Syukurlah ahli farmasi tu bagi tahu. Kalau tak, aku pun takkan dapat info ni. Terima kasih kepada indahitukamu.blogspot.com dengan info yang dikongsikan.


Cara pengambilan Iron Tablet yang betul:- 
  • Iron tablet nie perlu di ambil sebelum bekpes pagi
  • Dalam tempoh 3 jam pengambilan iron tablet nie, TAK BOLEH sama sekali minum minuman spt MILO, SUSU, TEH, KOPI, HORLICKS dan sebagainya.
  • Cuma yg boleh dlm tempoh tue, AIR MASAK DAN JUS BUAH shj!!
  • Selepas 3 jam, baru boleh minum semula MILO, SUSU dan sebagainya.
"Owhh...pas2 barula fhm cara yg btl, so lps bekpes tue dlm 30 min tue bolehla amek vit yg lagi tiga tue. Ada la tnya jgk, kenapa xboleh minum milo tue semua. Ahli farmasi tue ckp, kalo minum jgk ia tidak akan beri kesan apa2 pd kandungan darah dlm badan kita, mcm ia matikan khasiat dan kandungan iron tablet tue. Bila kandungan makin besar, darah akan makin diperlukan dan si ibu akan berkongsi darah dgn anak..kalo x mkn dgn cara yg btl, sbb tue kdg2 hb makin lama makin rendah. Mcm tue lah lbh kurg penjelasan ahli farmasi tue bg" - Dari Tuan Punya Blog :))

Sumber Rujukan:- indahitukamu.blogspot.com 

Wednesday, May 29, 2013

Fast & Furious 6 Ohhhsemmm!


Aku di antara blogger yang tak pernah buat entri or review tentang filem. Bukan kata tak tahu nak review, kalau ikut aku semua movie best kecuali movie yang jalan ceritanya macam ala-ala movie "Hangover" tuh. Memang aku tak layan sangat. Kalau nonton pun sebab dah tak ada cerita lain nak layan. Rasa lagi best layan "Tom & Jerry". Tapi tak dinafikan "Hangover" memang meletup di panggung. Jumlah kutipan wang pun lagi tinggi dari "Iron Man 3". Aku je yang tak minat.

But this Fast and Furious 6 memang awesome! Aku pulak memang peminat tegar Fast & Furious movie. Dengan adanya Paul Walker, Vin Diesel, The Rock ditambah pula dengan Tyrese Gibson yang selalu bawa watak kecoh dan adanya unsur-unsur lawak spontan membuatkan FF6 bertambah best. Dari awal sampai akhir non-stop action. Ada review kata "it's a car war!!". Membuatkan rasa keterujaan tu bertambah-tambah. Baby dalam perut pun suka!


Sesiapa yang memang follow Fast & Furious korang mesti tau jalan ceritanya memang tidak pernah mengecewakan. Sekiranya anda pernah menonton Fast & Furious 5, FF6 ni double triple action jika dibandingkan dengan FF5. Tapi, untuk yang tak pernah follow FF then tetiba korang rasa nak tengok, aku rasa better you watch from the first movie sebab jalan cerita dia memang berkaitan. At the end you will now why this guy Han end up ada kat Tokyo & why he's dead in the car accident blowned up masa street racing kat sana & why this Dominic Toretto tetiba ada kat Tokyo dan banyak lagi. Jeng jeng jeng... Mesti confius kan. Kalau nak tengok FF6 dulu pun takpe, later you guys boleh carik all the FF movie. Totally Awesome!!


Aku tak nak buat sinopsis kat sini hehe... Nak tau dengan lebih lanjut jalan ceritanya. Pergilah tengok Fast & Furious Six. Memang ada hero dan heroin yang mati. Siapakah itu? Saksikan sendiri di pawagam terdekat anda...


Akhir Trimester Kedua

Baru sahaja check-up last 3rd May hari tu. Hari ini 29th May tora datang lagi. Nak buat-buat lupa tak boleh sebab bulan lepas dah terlupa. Nanti tak pasal pasal kena marah dengan misi. Tak logik la asyik lupa je kan. Sekali dua tu ada ampun lagi.


Seperti biasa, waima tak bekerja dan ditambah pula cuti sekolah aku tetap bangun awal untuk siap-siapkan anak bujang kesayangan ke sekolah. Jangan pelik, memang cuti sekolah tapi sebab aku amik pakej "full day", pagi sekolah, petang ada "daycare" so kalau time cuti pun dia boleh je pegi skool. Daripada duduk kat rumah tak ada buat apa-apa selain dari layan tv dah iPad, baik aku hantar je. Ada gak aktiviti dia buat dengan cikgu dan kawan-kawan yang satu geng, skool time cuti huhu... 

Baby dah masuk 23 minggu. Kuat menendang bukan main. Lagi aktif dari abang. Reading HB pula makin rendah bulan ni. Risau rasa hati. Patutlah lemah semacam. Buat kerja lebih sikit penat, jalan jauh sikit pun penat. Setiap kali keluar, balik rumah mesti kena baring santai dulu sebab rasa nak pengsan. Lepas tu baru boleh buat kerja lain. Nurse kata nak naikkan HB kena makan 3 ekor ikan setiap hari. Maakkk oiiihhh!!! Dia tanya sanggup tak sanggup. Mau termuntah. Cukup sebulan muka pun dah macam muka ikan. Kena fikir resepi apa nak masak hari-hari dengan ikan. 

Seperti biasa, kesudahannya, dengan HB yang rendah, kena datang balik untuk normal check-up dua minggu lagi. Penat tu haruslah ada, penat menunggu kan. 

Next plan, we go for detailed scan. Yang paling seronok hubby kata ok! 

Monday, May 20, 2013

Konsert dalam perut

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 22 minggu usia baby dalam perut. Kira dah lima bulan lebih macam tu. Kiraan ni ikut kiraan klinik kerajaan. Kalau ikut scan kira dah masuk 23 atau 24 minggu. Lupa pulak dah. Morning sickness dah ok. Sekarang sakit pinggang pulak. Selera makan? Makan untuk baby. Nak buat kerja pun kena rehat lebih. Selagi boleh buat tu hadap je la. Dah tak boleh tu baring dan rehat.

Abang Hanif selepas 3 jam lahir  =)
Mood pun berubah-ubah. Ada masa tu nak marah je dan ada masa tu rasa stress. Ditambah pula dengan karenah Hanif yang kadang-kadang sungguh menguji kesabaran. Kesian anak mama. Selalu kena marah. Bila dah marah tak sampai lima minit cepat-cepat peluk dan cium. Rasa bersalah, terharu dan sayang bercampur-baur. Itulah perasaan seorang ibu. Bila dah marah tiba-tiba teringat baby dalam perut. Terfikir juga asyik marah abang, nanti tak geng pulak adik-beradik. Betul?? Itulah yang aku selalu fikir. Jadi, setiap hari berjanji dengan diri sendiri tak nak marah anak bujang kesayangan. Cuba bersabar selagi boleh. Hilangkan rasa marah dengan mengurung diri sendiri di dalam bilik bila marah sehingga rasa dah "cool".

Yang paling menghairankan, selalu je konsert dalam perut ni. Bukan konsert disebabkan kelaparan. Kenyang pun konsert. Dulu masa preggy Encik Hanif, rasa ada juga pergerakan aktif tapi tak lah seaktif adik dia sekarang. Aku pun pelik. Baru lima bulan dah rasa macam pregnant lapan bulan. Ada masa tu sampai nak fokus tengok movie best kat TV pun susah. Terganggu konsentrasi huhu... Malam pun selalu tak boleh tido sebab dok melayan anak orang dalam perut yang berkonsert. Sekarang banyak tidur yang terlelap sendiri dengan membaca. Cara untuk tidur yang paling berkesan bagi aku buat masa sekarang. Kalau dulu baca buku. Tapi sekarang ni semuanya di hujung jari. Ipad jadi buku rujukan, buku bacaan, majalah, sumber ilmu dan banyak lagi. Main game itu harus ('',).

Untuk situasi semasa, aku masih cuba untuk membiasakan diri. Takut jugak bila teringat pengalaman masa bersalin Hanif. Check-up seterusnya pada 29 Mei ni. Harap-harap tiada lagi isu darah cair. Lepas tu bila dah 28 minggu, sekali lagi kena minum air gula. Tak suka tetap kena minum. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tibanya tempoh waktu bersalin... Berdebar-debar rasa hati walaupun EDD in September.