Kita sudah sedia maklum dengan polisi penyusuaan ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukannbayi seara eksklusif pada 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usia 2 tahun. Makanan pelengkap boleh dimulakan apabila bayi berumur 6 bulan.
Namun begitu, Pertubuhan Kesihaan Dunia(WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations(UNICEF) menyarankan penyusuan ibu boleh diteruskan selepas 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.
Oleh itu, meneruskan penyusuan selepas 2 tahun amat digalakkan sehingga kata sepakat antara kita dan anak dicapai tentang masa yang paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.
Penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya negara-negara Asia. Hakikatnya amalam extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama, amalan ini sangat baik untuk kita dan juga anak.
Kelebihan extended breasfeeding untuk ibu:-
Banya manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal kita perolehi. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu kita menenangkan perasaan sementara oksitoksin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental kita.
Dengan menyusukan bayi ia juga akan membantu kita untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Selain itu, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:
- Kanser payu dara
- Kanser ovari
- Kanser rahim
- Endometrium
- Osteoporosis
- Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetis
Kelebihan extended breastfeeding untuk anak:-
Ia akan memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Oleh itu, kita boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai "ubat penenang" sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.
Mungkin ada yang risau anak tidak boleh berdikari sebab asyik "berkepit" je. Kita anggap penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang antara ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian cemerlang. Kadang-kadang disebabkan kesibukan harian, kita sebagai ibu bapa terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Akan tetapi mereka sebenarnya lebih memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Kajian psikologi mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.
Khasiat yang tetap sama:-
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah dari segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.
Mengikut kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol.116 no.3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat. WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:-
>> Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu
>> Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi
>> Susu ibu susuan
>> Pengganti susu ibu yang sesuai
Memang terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekalipun. Secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu. Kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun kita menyusukan anak melebihi 2 tahun sekalipun.

No comments:
Post a Comment