Thursday, March 8, 2012

10 cara bina keyakinan diri anak

Memupuk harga diri anak kecil adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan secara konsisten. Ia begitu penting untuk membina rasa keyakinan diri kanak-kanak yang menjadi asas untuk masa depan mereka. Menurut terapi keluarga dari California yang juga pengarang buku Positive Discipline series, keyakinan diri apabila mempunyai kepercayaan bahawa kita mampu dan mengetahui nilai dan tindakan yang boleh dilakukan.

1. Memberi kasih sayang tanpa had
Perkembangan harga diri kanak-kanak sentiasa wujud apabila ucapan kasih sayang sentiasa yang diucapkan kepadanya. Ucaplah "Mama (atau papa) sayang adik". Sentiasa pelukan, ciuman dan pelukan pada bahu. Dan jangan lupa untuk memberitahu dia betapa dirinya disayangi.

2. Memberikan perhatian
Kanak-kanak suka apabila dirinya diberikan perhatian. Mereka merasakan dirinya begitu berharga kepada ibu bapanya. Sehubungan itu, anak kecil ini suka menunjukkan hasil kerjanya kepada anda. Contohnya menunjukkan hasil lukisannya. Berikan pujian walaupun hasil kerjanya tidak begitu menarik, tetapi pada masa yang katakan, jika dia berusaha lagi hasil kerjanya akan menjadi bertambah baik.

3. Mengajar had-had
Mewujudkan beberapa peraturan munasabah kepada anak kecil ini. Misalnya, memberitahu jangan makan di dalam bilik sebaliknya hanya dibenarkan di dapur untuk menjaga kebersihan bilik. Begitu juga pakaian kotor, sediakan, sediakan bekas khas untuk si kecil mudah memasukkan pakaian kotor. Katakan sikap suka sepahkan pakaian adalah sikap yang tidak elok. Lakukan secara konsisten supaya dia memahami had-had yang diajar kepadanya.

4. Galakkan penerokaan
Menggalakkan anak kecil melakukan penerokaan baru dalam dirinya. Misalnya mencuba permainan baru atau pergi ke taman untuk dia bermain. Apabila anak kecil ini cuba melakukan penerokaan baru, jangan mudah menawarkan diri untuk membantunya. Cara ini mengurangkan rasa keyakinan dalam dirinya. Biarkan dia melakukannya sendiri. Dia tidak akan jemu mengulangi penerokaannya sehingga dia berjaya. Sikap ingin tahu dalam diri kanak-kanak begitu tinggi maka sudah pasti dia ingin melakukannya dengan sendiri.

5. Membiarkan kesilapan-kesilapan terjadi
Kadang kala membiarkan anak kecil melakukan kesilapan adalah satu keperluan. Ini adalah pengajaran bernilai untuk keyakinannya supaya dia akan berfikir setiap manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan menerima hakikat akan kelemahan dirinya. Tindakan akan membantu mengelak dirinya berasa kurang yakin apabila dia melakukan kesilapan.

6. Tindakan positif
Semua orang sukakan galakkan termasuk kanak-kanak. Sediakan aktiviti yang membolehkan pujian diberikan kepadanya. Contohnya, meminta anak membantu mencuci buah-buahan. Setelah itu, berikan kata pujian kepadanya. "Rajinnya sayang mama hari ini. Macam inilah anak yang baik". Cara ini akan meningkatkan pencapaian dan harga diri sekaligus memberikan panduan kepadanya untuk melakukan tindakan positif seterusnya.

7. Pendengar yang baik
Jika anak kecil ingin memperkatakan sesuatu, dengarlah apa yang ingin diberitahu kepada anda. Ini kerana dia juga perlu tahu mengenai perkara seperti idea, perasaan, keinginan dan pendapat. Dengan cara ini, ia akan membantu kanak-kanak merasa selesa dengan emosinya sendiri. Dia akan berasa gembira apabila percakapannya diberi perhatian.

8. Perbandingan
Jika kanak-kanak sudah boleh membandingkan dirinya dengan adik-beradik atau teman sebaya (Mengapa saya tidak pandai menangkap bola seperti Aqil?) ini akan menunjukkan rasa harga dirinya. Katakan kepadanya "Betul cakap adik. Aqil pandai tangkap bola dan adik pula pandai melukis gambar". Cara ini akan membantunya belajar bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan dan dia tidak perlu menjadi orang lain untuk berjaya, sebaliknya menjadi dirinya sendiri.

9. Menyediakan galakkan
Setiap kanak-kanak memerlukan sokongan penuh kasih sayang. Misalnya "mama yakin adik boleh lakukannya. Teruskan!" Berikan galakkan bukan hanya memberikan ganjaran kepadanya tetapi melalui ucapan galakkan. Dia akan mengetahui kejayaan yang diperoleh hasil daripada usahanya sendiri.

10. Penonjolan diri
Memberi peluang kepada dirinya untuk menunjukkan kebolehan. Jika di tadika, dia belajar membaca doa, cuba berikan tugasan baru kepadanya untuk mengetuai bacaan doa makan apabila makan bersama keluarga. Cara latihan ini memberi rasa dirinya dihargai dan dipercayai. Penonjolan diri seperti ini membuatkan anak kecil ini merasakan pencapaian positifnya diterima oleh ahli keluarga lain.

Sumber: Majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...