Mula-mula, perkenalkan satu jenis makanan sahaja dalam satu-satu masa sebelum bertukar ke makanan lain. Ambil masa sekurang-kurangnya empat hingga tujuh hari sebelum beralih kepada menu baru. Ini adlah untuk memudahkan anak menerima makanan baru dan membolehkan kita mengenal pasti adakah mereka alah terhadap makanan tersebut atau tidak.
Makanan yang disediakan sendiri di rumah adalah makanan yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Antara makanan yang sesuai untuk dijadikan makanan pertama anak ialah:
- Bubur nasi
- Pisang
- Ubi keledek
- Labu
- Keledek
- Brokoli
- Epal
- Pir
Kesemua makanan seperti di atas perlulah dijadikan puri terlebih dahulu dengan cara merebus sehingga lembut dan kemudian kisar halus atau lenyek makanan tersebut. Jika puri yang dibuat pekat, gunakan susu ibu atau formula untuk mencairkannya. Jangan memaksa anak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Mulakan dengan satu hingga dua sudu puri sekali. Sekiranya anak masih ingin makan, tambahkan kuantitiya. Tetapi, jangan terlalu banyak kerana sumber khasiat utama bayi sepatutnya datang dari susu yang mereka minum.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Sumber: Majalah Pa&Ma
No comments:
Post a Comment