Sunday, June 20, 2010

CERITA YANG MENYAKITKAN HATI

Sejak kebelakangan nie aku selalu layan cerita-cerita Melayu kat TV. Tak kiralah drama ke movie ke semua aku zass. Mungkin disebabkan Chanel Movie Astro yang kureng ummphh sekarang ni. Jarang sekali ada movie yang best untuk dilayan. Cuma yang aku suka Chanel AXN sebab banyak series yang menarik macam CSI, Leverage, Justified, 24, NCIS dan banyak lagi series yang aku rasa ok. Memang tak boleh miss punya. Cuma sekarang jer aku ada terlepas jugak sebab World Cup punya pasal.


aku minat betul kat dia nih

Okay, sambung semula kepada tajuk di atas. Bila aku layan cerita atau drama Melayu ni, bukannya semua tak bagus dan tak berkualiti. Bagi aku bila aku layan je aku akan interpret chewahh..macam mana ending cerita tue dan pengajaran yang tersirat dan tersurat hehe macam sasterawati la pulak. Bagi aku banyak pengajaran yang kita dapati dari filem-filem Melayu ni terutamanya bila bab; anak derhaka dengan orang tua, isteri yang derhaka dengan suami, suami yang kejam dengan isteri, mek mertua kejam dengan menantu dan begitu juga sebaliknya.

Jalan cerita ok, konflik ada tapi bila tengah syok layan sampai habis sekali ending macam hampeh. Memanglah tak semua happy ending. Tak kisah sangat pasal happy ending atau sad ending, tapi sekurang-kurangnya jangan biar tergantung. Ini tidak, kadang-kadang tue terkejut tetiba jer cerita tu habis. Aikk. Macam mana pulak tue? Sesetengah cerita tue boleh agak macam mana akhirannya walaupun tergantung tapi sesetengah cerita tue tak boleh pikir ending macam mana. Boleh ke macam tu? 

BETUL KE WIDGET WIDGEO NI MENGGANGGU?

Sedang aku search sana-sini untuk mencari widget terbaru untuk blog, aku ada terbaca entri yang bertajuk Widget Widgeo mengganggu proses Blogwalking dan juga entri Buang widgeo - Elakkan benda tak perlu di blog. Yang lain aku tak tau la ada ke tidak cerita pasal Widget Widgeo nie sebab aku just jumpa dua entri nie je dan dua-dua entri ni kira lama jugak. Aku je yang tak baca entri-entri nie.


Widget Widgeo ni la

Sebenarnya apa yang Yan dan Anarm nyatakan tu memang betul. Kena pulak tengah best nak blogwalking tetiba pulak muncul popup window (sejenis tetingkap yang muncul sama ada di depan atau dibelakang pelayar web(web browser) yang telah dilawati. Kadang-kadang muncul nya popup ini boleh menutupi keseluruhan tetingkap yang kita tengah layan baik punye. Popup ni selalu digunakan untuk tujuan menarik perhatian dengan iklan-iklan laman web yang ada. Selain itu popup ni ada banyak tujuannya selain pengiklanan)). Silap-silap tengah dalam keseronokan blogwalking komputer/lappy boleh heng. Memang naik darah la jawabnya. 

Aku pun guna jugak mende ni dulu tapi bila asyik keluar pop-up window je aku pun terus tak pakai dah. Leceh. Bayangkan, kalau dah tuan punya blog yang surrender apa lagi orang lain. Memang menyampah punya. 


Friday, June 18, 2010

AKTIVITI DI HARI JUMAAT NI

Hmmm...hari Jumaat. kadang-kadang memang membosankan. Yelah tak ada aktiviti menarik yang perlu dibuat. Tapi, untuk rakan-rakan dan sahabat handai yang bekerja hari Jumaat la hari yang paling dinanti-nantikan. Maklumlah, Sabtu dan Ahad kan cuti. Oopss...kalau ada yang akan bekerja pada hari Sabtu, itu mak cik tak boleh buat apa la. Cari rezeki. Kalau kerja hari Ahad pulak.bItu nak cari rezeki lebih la, buat menambah apa yang ada. Alhamdulillah..


Yang aku ni pulak, dah la sakit kepala, selesema adoi...Bosan betul. Lagi la tak ada mood nak buat apa pun. Ni semua virus dari hubby. Hubby pulak dapat virus selesema, masa balik kampung minggu lepas. Cuma risau takut Hanif terkena pulak. Budak kecik kan memang sensitif dengan penyakit-penyakit nie. Lagi-lagi selesema. Risau kalau kena memang tak boleh tidur malam dibuatnya. Merengek jer. Alamat nya memang mama kena buai la sampai pagi.
(macam nie la aku)
Tak banyak yang menarik untuk hari ni. Just masak untuk husband dan anak tersayang. Tak terkecuali mak dan pak mertua den. Menunya Ayam Nyonya...fuhh sedap beb. Sebenarnya aku tak pernah pun masak menu tu. Ini la first time aku try. Ingatkan tak jadi. Jadi jugak hehe...bahan-bahannya ada yang tak cukup. Bukannya apa, pasal aku malas nak cari jadi aku 'belasah' je apa yang ada, oter-oter sikit, sudahlah.

Dahlah pagi ni bangun lambat sefamily huhu..pukul 10.45am baru bangun. Encik Hanif pun tak skool ari nie. Mana tak nye. Bila mama dia bangun pagi dia pon bangun. Bila mama die lelap dia pun lelap. Tengok jam pukul 9.30am, hmmm...malas la nak bangunkan dia. Sambung je la tidur. Mama ngan papa pun bangun lambat pasal dok layan World Cup. Tapi mama tido cepat sikit dalam pukul 3.00pagi macam tu. Dah tak larat dah...Kepala pun dah wenggg...Hari-hari tidur lambat je.

Petang ni tak tau nak buat apa. Ingat nak ajak hubby pergi Melawati nak cari barang-barang untuk jahitan. Tak complete lagi. Ada je yang kurang. Aku ni pulak kalau ada yang kurang memang tak boleh buat kerja. Mesti nak kena complete equipment baru kerja boleh jalan. Kalau boleh tak nak pergi petang sangat, sbb nanti nak balik tengok World Cup pukul 7.30mlm hahaha...Rasa-rasanya kalau tak silap Germany vs Serbia...Mesti gempak sebab nak tengok Germany menang.. :p

AKU DAN KELAS MENJAHIT

Percaya ke tak? Hahah tak percaya kan? Aku sendiri pon tak percaya macam mana aku boleh terjebak nie. Padahal aku nie tangan keras hihi...orang kata memang tak sesuai nak pegang benang ngan jarum...Bukan la nak katakan yang aku nie brutal. Tak. Seumur hidup aku tak pernah aku sentuh mesin jahit yang sedia ada tue...Cuma tau sikit-sikit je. Dan yang paling memalukan hubby lagi terer dari aku dalam bab-bab menjahit nie.

Hari pertama pergi kelas menjahit memang macam-macam perasaan yang ada. Teruja, seronok, gabra, risau, takut boleh dikatakan semua perasaan ada. Bila melangkah masuk je aku tengok tak ramai sangat yang ada. Adalah dalam 5 orang pelajar masa tue. Memang pon setiap kelas diterhadkan kepada 5 hingga 6 orang..Sebab, bila ramai sangat nanti cikgu pun boleh pengsan. Bukan senang nak mengajar menjahit nie. Terutamanya nak mengajar orang yang macam aku ni. Memang letih dibuatnya...

Pelajaran pertama ialah belajar macam mana nak ambik ukuran badan, then selepas ukuran badan telah diambil, pelajaran kedua ialah melukis pola. Tahu tak apa yang dikatakan pola tue? Kalau aku, just cakap drawing je, senang. Tapi itulah terms pertama yang aku belajar. Rasa macam pelik je bila disebut. Sekarang nie je aku tak rasa pelik nak sebut "POLA", perkataan "DRAWING" dah tak ada.

Sebenarnya dalam proses nak menghasilkan pakaian yang berkualiti, pola merupakan panduan yang amat penting. Apa-apa pun mesti kita refer pada design yang kita telah buat. Nak tahu pola tu apa? Nantilah aku explain istilah-istilah dalam rekaan & fesyen ni di kemudian hari.

Back to the topic. First time pegang mesin jahit...PERRGH..keras betul tangan ni. HAHAHA...rasa macam nak 'cramp' pun ada. Kelam kabut sekejap. Setiap kali menjahit, setiap kali salah, setiap kali buka jahitan...adoii...letih mak cik...tapi IT WAS SO EXCITING. Walaupun banyak kesilapan tapi keseronokan tu ada. Entah la. Rasa macam lain je. Kali pertama buat sesuatu yang membuatkan aku terasa puas.

Thursday, June 17, 2010

PENGALAMAN PERTAMA SEBAGAI MAMA

Umur Hanif dah hampir menjangkau setahun enam bulan, akan tetapi aku tak pernah lupa saat-saat pertama kali bergelar seorang ibu..di mana hari pertama kelahiran Hanif. terharu, gembira serta perasaan lain yang bercampur baur pada ketika itu...Bestnye feeling time tue...Sampai bila-bila pun mama takkan lupakan.

Dari masa lahir Hanif dah biasa dengan susu ibu. Tak pernah lagi la dicampur dengan FM. Masa baru lahir pun aku aku tak pernah bagi Hanif air sehingga dia berumur 5 bulan. Hari pertama Hanif di dunia aku dah suapkan dia susu ibu, walaupun pada masa itu Hanif tak pandai lagi nak hisap tetapi, mengikut nasihat jururawat semasa dalam taklimat kempen penyusuan ibu bagi je puting susu kita kat baby walaupun baby tak pandai nak menyusu lagi. Apalagi, bertungkus-lumus la mama susukan Hanif...Seksa jugak rasanya sbb nak kena paksa Encik Hanif menyusu walaupun susu tak keluar lagi. Tapi exciting...

TIGA GAMBAR YG SENTIASA MENJADI KENANGAN DLM INGATAN

Selepas melalui proses kelahiran yang sukar akibat saiz tubuh badan Hanif di tambah pula dengan mama dia yang kecik, Hanif selamat dilahirkan ke dunia ini di HKL. Bermulalah episod hidup aku dengan seorang yang bernama anak. Kali pertama Hanif dibaringkan di sebelah mama, tak terasa air mata mengalir dek kerana perasaan yang bercampur baur. Gembira, terharu ...boleh dikatakan tak terkata jugak. "Ya Allah, inilah anugerah yang terindah Engkau berikan kepada aku", ungkap ku di dalam hati. Pada malam pertama di hospital selepas kelahiran Hanif memang mencabar kerana malam tu Hanif asyik menangis jer. Tak tau berapa kali Hanif buang air besar hihihi...Syukur la mama dia tak tidur malam tu. Memang la penat yang amat sangat tetapi aku tak dapat nak lelapkan mataku akibat rasa excited. Ye la...first time dapat baby katakan...rasa macam tak percaya je aku dah ada anak. Yang paling kelakar sekali bila kali pertama tukar dan pakaikan pampers, berpeluh-peluh dibuatnya. Memanglah aku selalu pakaikan pampers untuk adik-adik dan anak buah aku dulu tapi bila nak buat untuk anak sendiri rasa lain pulak. Macam tak boleh blah pon ada...

Keesokan harinya selepas pemeriksaan doktor yang terakhir kami dua beranak dibenarkan pulang. Kira selepas tengahari jugak la. Sementara kami dalam perjalanan pulang, di rumah atuk Hanif (ayah mertuaku) tidak sabar menanti ketibaan cucu tersayang. Bila sampai je rumah terus dipeluk ciumnya Hanif disertakan dengan air mata kegembiraan. Terharu kan. Aku pun terharu jugak masa tu. Maklumla, cucu lelaki pertama kesayangan atuknye...Bermulalah episod hidup Hanif bersama papa, mama, nenek dan atuk...