Tuesday, February 23, 2016

Siapa Projek Epalmerah?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Satu Malaysia...

Alhamdulillah lawatan ke WadKK3 IPHKL sudah berakhir dengan jayanya. InsyaAllah saya akan buat entri tentang lawatan tersebut kemudian. Masih menanti gambar-gambar yang diedit oleh sahabat saya.

Entri kali ini saya ingin memperkenalkan ahli jawatankuasa #projekEpalmerah. Dengan ini andai anda berminat untuk menyumbang atau menjadi volunteer #projekEpalmerah anda boleh hubungi mereka ya...


Nama Organisasi: Projek Epalmerah

Presiden & Pengasas: Puan Asfahanah, Pengasas  (Facebook: Ask Oui)

Timbalan Presiden: Puan Sariza (Facebook: Sariza Said)

Setiausaha Agung: Puan Emmilda (Facebook: Emmil Mariko) dibantu oleh Puan Eliza (Facebook: Eliza Sukor)

Bendahari Agung: Puan Ira (Facebook: Ira Roza Asri)

AHLI JAWATANKUASA:

1. Puan Leanna (Facebook: Leanna Jas)
2. Puan Nora (Facebook: Nor Hasma)
3. Puan Najua (Facebook: Najua Nasir)
4. Puan Siti Zulaikha (Facebook: Siti Zulaikha Olivia)


Wednesday, February 17, 2016

Tabung Sudah Ditutup

Alhamdulillah hari ini #projekEpalmerah telah menutup Tabung Kutipan untuk Kanak-kanak Kanser WadKK3, Alhamdulillah jumlah kutipan yang terkumpul ialah sebanyak RM1770.00. Terima kasih kepada semua penderma yang sudi menyumbang.


Wang yang terkumpul digunakan untuk membeli serba sedikit hadiah untuk anak-anak Wad KK3. Baki dari wang tersebut akan digunakan untuk projek seterusnya.

#projekEpalmerah juga telah banyak menerima sumbangan dan pemberian dari pelbagai pihak untuk dihadiahkan kepada anak-anak kanser ini.

Segala sumbangan dan barangan yang diamanahkan kepada #projekEpalmerah akan disampaikan kepada mereka.

Syukur Alhamdulillah, jutaan terima kasih kerana sudi bersama team #projekEpalmerah untuk menjayakan projek ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Hanya Dia yang Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya. Hanya sedikit perkara kecil ini yang mampu #projekEpalmerah lakukan tidak setimpal kiranya dibandingkan dengan apa yang mereka perlu hadapi...

YOU ARE AWESOME!!

Friday, February 12, 2016

MEGA BAZAAR HIJRA 2016, 13-14 Feb



Esok ya esok akan ada Mega Bazaar di Midvalley yang berlangsung selama dua hari. Cheese Tarts Sugarmello akan berada di sana!!! Boleh cari booth @foodhousebysister yang bernombor B034. EhEh Bazaar memang gempak. Ada 27 vendor bersama dengan @foodhousebysister termasuk Sugarmello. Kepada yang tidak tahu tentang ehehbazaar boleh baca info di bawah... Yang penting kena datang MVEC ok!! =)


Dari Budiey

Jenama Mega Bazaar yang bermula pada tahun 2014 adalah satu usahasama di antara Eh Eh Bazaar, DPMM Putrajaya dan Kolej UNITI diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah berjaya mengumpulkan lebih 1,000 usahawan online termasuk 60 artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Adi Putra, Mawi, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan ramai lagi. Acara itu Berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung dan jualan melebihi RM 6 juta. Bertitik-tolak dari situ, Mega Bazaar pada tahun lepas dilanjutkan dengan penganjuran bertemakan Hari Raya Aidilfitri pada 11 & 12 Julai 2015 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pula dan sekali lagi mencatat kejayaan besar.


Eh Eh Bazaar sebagai ‘Enabler’ Bazaar bagi Program ONLINE BEST (Online Business Entrepreneurships Success Transformation) DPMM PUTRAJAYA-TERAJU.


Sebagai pelopor dalam industri bazaar online ini, Eh Eh Bazaar selaku ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia WP Putrajaya (DPMM Putrajaya) telah membawa idea dan inspirasi untuk bekerjasama untuk mencari 300 usahawan online dan bakal usahawan yang berminat di dalam program yang ONLINE BEST. Antara bazar-bazar yang telah diatur bagi menyokong ekosistem di bawah program ONLINE BEST ini selain daripada latihan dan portal http://www.eebians.com adalah Mega Bazaar 2016 dan Mega Raya pada 2 & 3 Julai 2016 di Mid Valley Exhibition Centre, Mega Outstation di Johor Bharu dan banyak lagi!


Mengangkat tema Hijra, Mega Bazaar 2016 di Mid Valley kali ini adalah simbolik kepada peningkatan imej bazar ke paras yang lebih tinggi. Bazar online terutamanya bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan telah berjaya menembusi lokasi yang sangat strategik iaitu di pusat konvensyen bertaraf antarabangsa.



Mega Bazaar Hijra Platform Usahawan Online Yang Baru 


Festival Mega Bazaar ini juga disokong oleh beberapa aktiviti yang menarik selain dari jualan produk usahawan online. Terdapat ‘showcase’ persembahan solo dan grup artis tempatan, pelancaran portal inisiatif dari Eh Eh Bazaar iaitu EEBIANs.com -“The 1st Virtual Bazaar in Malaysia” dan pelbagai aktiviti menarik lain yang akan dirangka. Pelancaran program Online BEST ini juga bakal diadakan pada program berprestij ini.


Golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan memeriahkan program ini dengan gerai jualan selebriti dan aktiviti pentas tanpa henti yang akan memeriahkan lagi Mega Bazaar 2016. Antaranya adalah Encik Mimpi, Khai, Rosma, Aiman Rahman, Siti Nordiana, Eira Syazira, Azad Jazmin, Saida, Saerah, Nubhan dan ramai lagi. 


Maklumat lanjut tentang program Mega Bazaar 2016 dan aktiviti-aktiviti lain boleh didapati di laman rasmi Eh Eh Bazaar http://www.ehehbazaar.com atau hubungi 012-2920131 dan 03-89120716 pada waktu pejabat. Penempahan gerai jualan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman rasmi itu.


Jenama Mega Bazaar yang diposisikan untuk berlangsung hanya setahun sekali akan menjadi satu penanda aras baru bagi pengurusan bazar di Malaysia dan menjadi platform utama kepada usahawan-usahawan online yang baru. Ikuti juga laman sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) Eh Eh Bazaar di @ehehbazaar untuk maklumat terkini mengenai MEGA BAZAAR 2016.


Thursday, February 11, 2016

Sambutan Hari Kanser Sedunia WadKK3, Hospital Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur 04.02.2016

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Minggu lepas 04 Februari 2016 merupakan Hari Kanser sedunia. Jadi pihak HKL-KIDS telah menganjurkan suatu sambutan yang sederhana bagi meraikan anak-anak kanser di WadKK3.

Sebagai badan sokongan bukan kerajaan #projekEpalmerah menyokong penuh usaha murni ini dengan mewakilkan saya untuk datang menyertai majlis ini. Selain dari #projekEpalmerah ada lagi kumpulan lain seperti pelajar-pelajar USIM serta sukarelawan sukarelawati orang perseorangan.

Kek Special dari #projekEpalmerah

Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Lin selaku Founder HKL-KIDS dan ucapan ringkas dari Puan Pengerusi HKL-KIDS, Puan Hamidah. Sempat juga saya berjumpa dengan seorang lagi founder HKL-KIDS iaitu Puan Zai yang banyak berurusan dengan kertas kerja untuk HKL-KIDS.  Selepas itu Doktor Pakar pun memberi sepatah dua kata tanda berterima kasih di atas segala usaha yang dilakukan demi untuk menggembirakan anak-anak kanser di situ. Agak menyentuh hati bagi saya bila berada di situ. Hampir mengalirkan air mata apabila mendengar ucapan Puan Lin kepada para doktor dan jururawat yang banyak membantu dan bersabar dengan karenah mereka.

Selepas habis ucapan doktor pakar majlis potong kek dimulakan. Kek dipotong oleh anak-anak yang berada di dalam wad itu juga. Kemudian, barulah kami melawat dari katil ke katil untuk menyerahkan sumbangan makanan seperti KFC, air serta zakat. Semua sumbangan ini merupakan hasil dari usaha HKL-KIDS. Kemudian pelajar-pelajar USIM menghiburkan anak-anak dari bilik ke bilik dengan menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan juga lagu "Alhamdulillah".

Bersama Puan Hamidah (kanan saya) dan Puan Lin (kiri saya)

Ada sesi mengalirkan airmata di mana ibu seorang anak kecil ini menangis apabila pelajar-pelajar USIM ini menyanyikan lagu "Alhamdulillah". Tersedu-sedu si ibu menangis sehingga saya pun mengalirkan air mata. Sebagai seorang ibu saya amat memahami apa perasaan yang dihadapi sekiranya anak-anak kita sakit. Apalagi bagi ibu ini yang terpaksa menerima kenyataan bahawasanya anak-anak beliau menghidap kanser... Ya Allah, hampir 3 jam saya berada di sana tidak sesaat pun saya tidak berasa sebak.

Mereka merupakan anak kecil yang diuji dengan ujian yang maha hebat. Hanya mereka yang tahu bagaimana menanggung segala sakit perit dan ubat-ubatan yang banyak. Ada senyum yang terukir di bibir mereka membuatkan lidah saya kelu untuk bertanya dan bermesra dengan anak-anak di situ. Puan Zai berkata "setiap yang hidup memang akan mati, akan tetapi bagi kami yang ada anak-anak kanser kami tiada pilihan selain dari meghadapinya, kami dah biasa, anak sakit kami jagalah dengan sepenuh hati... Bila sakit dah sampai nak sentuh pun tak boleh sehinggakan sampai suatu masa anak saya menolak untuk makan ubat.. Bila dia tak makan ubat nanti sakit dia datang balik..."

Saya tatap wajah ibu bapa anak-anak kanser di WadKK3 satu persatu. Saya cuba menyelami apa perasaan mereka. Apa harapan mereka? Ternyata mereka sudah redha... mereka lagi kuat dan tabah dari saya. Allahu... Mahu menulis lebih panjang pun tidak mampu...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

p/s Seandainya anda berminat menjadi volunteer HKL-KIDS boleh lawat laman Facebook mereka Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser KK3 HKL - HKL Kids. Setiap aktiviti mengenai HKL-KIDS dimuat naik ke dalam Page KIBDSAAK KK3 HKL ini...

#projekEpalmerah




Hari ini genap 15 hari usia #projekEpalmerah. Baru setengah bulan jagung.

Untuk pengetahuan ramai, #projekEpalmerah merupakan satu kumpulan amal yang bukan di bawah mana-mana badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Ia merupakan usahasama di kalangan kaum ibu yang prihatin dan suka melibatkan diri dalam kerja amal.

Secara amnya, pada ketika ini #projekEpalmerah selain dari mengumpul dan mewujudkan tabung sendiri kami juga menerima bantuan berupa barangan tidak terhad kepada pakaian sahaja untuk setiap projek yang akan dijalankan seperti buku cerita, buku warna, teaddy bear, tuala serta barang-barang lain yang bersesuaian. Dan juga tidak ketinggalan sebiji Epalmerah untuk setiap seorang. 

Sukacita kami nyatakan, kami amat menghargai sokongan anda menyertai #projekEpalmerah sebagai pemberi sumbangan, sukarelawan sukarelawati dan "FOLLOW" instagram #projekEpalmerah. InsyaAllah akan datang #projekEpalmerah akan mempunyai blog rasmi di mana kami boleh berkongsi info dan maklumat mengenai aktiviti dan projek amal yang bakal dan telah dijalankan. 

Untuk projek pertama #projekEpalmerah akan membuat lawatan ke Wad Kanser Kanak-Kanak, WadKK3, Hospital Paediatrik, HKL pada penghujung Februari ini. 

Kenapa "Epalmerah"?

"Epalmerah" merupakan "trademark" projek amal kami dimana ia melambangkan 'Semangat Sihat'. Ia juga untuk memberi senyuman, harapan dan keyakinan kepada insan yang kurang bernasib baik ini bahawa masih ada sinar yang indah dalam hidup mereka. InsyaAllah kami akan cuba untuk menggembirakan mereka dengan sedaya upaya kami. Lagipun inilah visi #projekEpalmerah. 

"Small acts, when multiple by millions, can transformed the world"