Thursday, July 23, 2015

Raya ketujuh 2015

Selamat hari raya ketujuh

Asalammualaikum dan Salam satu malaya!

Masih beraya lagi atau sudah mula bekerja? Saya masih lagi bercuti baking. Masih lagi berada di Sibu Jaya, Sibu Sarawak di rumah ibunda.

Alhamdulillah seronok dapat menghabiskan masa bersama keluarga terutamanya ibu bapa dan adik beradik. Bergelak ketawa menyakat diri masing-masing. Bukan selalu dapat jumpa macam ni. Dulu masa kecik-kecik selalu je gaduh. Bila besar dah pandai rindu.  Kebetulan pula semalam hari lahir ibunda tersayang. Happy orang tua tu tengok anak-anak semua ada. Cucu-cucu pun ada. Siap ada kek tiup lilin bagai.

Mungkin satu ketika dulu kita sebagai anak tidak sedar akan pentingnya ibu bapa kepada kita. Tapi percayalah suatu hari nanti kita akan jadi anak yang lebih menghargai dan kalau boleh Cuba untuk membahagiakan mereka setiap saat. Betul tak?

Bersyukur ibu bapa saya masih ada untuk melihat anak cucu membesar. Bersyukur saya masih boleh bermanja dengan ibu walaupun umur dah 30-an. Masih lagi rindu masakan mak. Dan syukur ibunda masih kuat untuk menunaikan setiap permintaan anaknya. Alhamdulillah...

Selamat hari lahir yang ke-55 untuk ibunda tersayang. Kami anak-anak memang sayang mummy setiap masa. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mummy supaya dapat menunaikan hajat pemakanan kami dengan masak sedap-sedap heheh... We love you mummy...!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...