Thursday, October 23, 2014

Diabetes penyakit mahal?

Tajuk Metro Hari ini.

Antara percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya.

"Dalam menangani dan menguruskan diabetes ada satu perkara penting yang mesti ada pada setiap pesakit iaitu kesediaan untuk berubah. Ya, berubah demi kebaikan diri sendiri kerana anda tahu mengawal paras gula supaya sentiasa berada dalam julat ‘normal’ bagi pesakit diabetes bukan kerja mudah. 

 Memang ambil ubat dan atur makan, tetapi apabila diperiksa paras gula tetap meragam. Tidak hairanlah jika saranan untuk memeriksa paras gula sebanyak tiga kali sehari kadangkala boleh buat pesakit kecewa, geram dan sakit hati kerana berasakan usaha yang dilakukan tidak berhasil. 

Mengurus dan me­ngawal diabetes perlukan pendekatan menyeluruh bukan sekadar telan ubat dan kawal makan semata-mata. Ia perlu dilengkapkan dengan aktiviti fizikal atau bersenam setiap hari, sekurang-kurangnya berjalan selama 20 hingga 30 minit. 

 Kalau tidak mampu dilakukan dalam satu sesi, bolehlah dibahagikan kepada dua atau tiga sesi (10 minit bagi setiap sesi) namun kita perlu amanah dalam melaksanakan tang­gungjawab terhadap diri sendiri ini kerana tanpa kesungguhan, kebarangkalian atau kecenderungan untuk ‘ponteng’ bersenam amat tinggi."


Inilah yang aku hadapi masa mengandungkan Hadif. Pada usia kandungan 25 minggu aku disahkan ada kencing manis semasa hamil. Mula-mula macam tak percaya. Ye lah aku ni bukannya jenis yang suka makan benda yang manis. Bila buat air milo ke susu bukannya letak gula. Tekak ni tak lalu nak telan air manis.

Tapi pada awal trimester memang aku telan air sarsi. Tak letak gula. Cair habis. Bagi ada bau sarsi je. Untuk tahan loya dan muntah.

Alhamdulillah masa tu cuma kena "diet control" sebab nurse kata aku berisiko untuk ada kencing manis.

Kau faham-faham je lah bila makin sarat selera makan semakin tinggi. Bersyukur bila pregnant Hadif aku bukan kaki lantak hahaha...

Masa mengandungkan Hanif dulu memang aku makan macam naga. Pastu makanan semua sedap-sedap belaka. Makan sampai kembung. Kembung pun boleh makan lagi tau.

Beria-ia aku jaga dan ambil tau pemakanan aku masa mengandung Hadif sebab takut nanti dah beranak berisiko untuk kena kencing manis.

Penatnya ulang alik hospital dan klinik hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa nak nangis pun ada. Dah lah tak berapa larat nak jalan. Kerja nak baring je. Pemalas tahap dewa kau. Jalan lama sikit dah sakit perut macam nak beranak. 3 kali ulang alik klinik untuk check darah (pagi, tengahari, petang). Memang kau tak dan nak buat kerja lain. Tak masuk check darah kat HKL sebabnya aku nak beranak kat sana.

Alhamdulillah bila dah bersalin kandungan gula aku back to normal. Sebenarnya aku tulis entri ni sebab aku tahu perasaannya bila doktor kata kau ada diabetic ke bla bla bla... Mungkin bagi sesetengah orang di luar sana kencing manis ini penyakit kecil. Tapi ia merupakan premier kepada penyakit-penyakit yang lain. Selain dari rasa selamat sebab adanya "insurans dan medical card" kita harus jaga kesihatan. Cara pemakanan tu sangat penting. Jaga pemakanan, tahu makanan apa yang patut diambil dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu. Tak salah makan sedap tapi "watch out apa yang kita makan".

Pernah dengar kan orang selalu cakap "masa muda ni lah nak makan sedap, makan apa yang kita boleh makan...bila dah sakit esok nak makan apa pun dah tak boleh"

Ayat seperti di atas dah tak relevan lagi untuk masa sekarang. Kalau kau kena kencing manis usia 28tahun, 30 tahun??? Kau nak kata apa?

Kalau ada orang bagi ayat camtu kau bagi penumbuk sebijik kat muka dia hahahaha...

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...