Assalammualaikum,
Alhamdulillah bertemu lagi kita diambang 2014. Salam tahun baru semua. Terasa cepat sangat masa berlalu. Umur pun makin bertambah, anak-anak pulak makin membesar. Tau tau je dah kulit kedut sana sini huhu...takutnya! Ajal makin dekat. Semoga dapatlah melihat anak-anak membesar, sambung belajar, kerja, kahwin dan dapat cucu...Amin....
Harini tarikh cantik 01.01.2014, kalau 01.01.11 lagi cantik. Tapi ok apa. Sape yang tarikh lahirnya hari ni, Selamat Hari Lahir saya ucapkan. Semoga dipanjangkan umur murah rezeki...
Hari ni jugak 1st Orientation Hanif di Tadika baru. Mesti korang tertanya-tanya dia nak ke tak nak kan hehe... Ye lah dah biasa kat Krista Taman Nirwana dua tahun. Kawan pun dah ramai. Cikgu pun dah kenal memang susah gak nak pujuk dia masuk tadika baru ni. Asyik-asyik cakap Nak pergi Krista, takmo Tadika cina... Cara kita dua mak pak jawab dengan explain kat dia yang dia dah besar dan bertukar kat sekolah lain. So dia diam, tak banyak tanya.
Mula-mula tadi segan, malu semua ada. Maklumlah cikgu cikgi tak kenal lagi. Lama jugak pak dia teman tadi sebab tak nak jauh. Papa dia berdiri tepi pintu dia pun ikut. Dah lama sikit barulah ok. Tapi still gak panggil kita kat luar tu. Takut hilang kot.
Pagi-pagi masa tengah siapkan dia soalan maut tanya girlfren dia kat Krista macam mana. Maknya ni diam je. Pastu dia sendiri jawab "nanti Hanif ada girlfren baru ehh mama?"... Aku kata "hmmmm..." Dalam hati amboi nakkkk...6 tahun pun tak sampai dah pandai rindu girlfren. Ko janganlah nak bagi mak ni kepala pusing.
Okey, berbalik kepada topik di atas. Kenapa saya hantar Hanif ke Tadika Taman Nirwana? Which is tak jauh sangat pun dari Tadika Krista dia. Yang utamanya sebab Tadika Taman Nirwana ni tadika Cina. Saya memang nak hantar hanif sekolah Cina so kena build Chinese foundation yang kuat untuk dia supaya dia ready untuk ke sekolah nanti. Kalau ikutkan memang dah terlambat sebab this year dia dah kira 6 tahun. Kelas Mandarin dia pun dah masuk level 2. Tapi aku discuss personally dengan principal dia then she agreed untuk masukkan dia ke kelas basic mandarin untuk budak 5 tahun. Hanif ni apa pun tak pandai lagi. Memanglah selalu dengar dia shoo sheey shoo sheyy macam cakap cina tapi sebenarnya tak pun. Dia guna bahasa "Ultraman" haaah....ada paham?? Bezalah kan bahasa otomen dengan mandarin.
My plan for him actually macam ni. Mula-mula saya hantar dia ke Krista untuk kuatkan foundation berdikari, pergaulan dan English dia. Kat rumah pun kita cakap mix English and Malay. Bukanlah aku nak suruh dia cakap English macam bertih jagung. At least apa yang orang cakap dia paham. Manalah tau tetiba dapat kawan omputeh ke mana mana orang arab ke cina ke. Senanglah nak cakap walaupun grammar kelam kabut. Sebab bila dia masuk Tadika dan sekolah rendah at least dia punya English quite strong. So, Alhamdulillah di Krista banyak dia belajar. Lagipun seharian kat sana. Teachers dorang pun semua speak English je dengan depa. Jadinya lama-lama depa pandailah cakap. Sesama sendiri pun cakap English. Jumpa kawan-kawan yang sebaya dia pun campur cakap Melayu-Inggeris. Balik umah pun dia cakap English. Tengok kartun pun paham. Haaahh...itulah maksud aku. Ini esok dah umur 6 tahun pun tak tau "fan" tu apa, letih arrr... So....simple, pendedahan tu penting.
Dan untuk sekolah Cina pulak, memang dah plan lama sejak aku belum kahwin lagi. Merasa susah carik kerja sebab nak kena pandai Mandarin. Lepas tu kalau dapat gaji pun tak sama. Orang yang pandai Mandarin gaji boleh cecah RM500 extra ekk dari orang yang tak pandai cakap Mandarin. Ini bukan diskriminasi. Ini betul. Bunyik macam tak adil kan, tapi fair what. Bukan senang nak belajar bahasa orang. Kalau dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah kira 13-14 tahun apa belajar Mandarin. Aku yang tua ni belajar bahasa Mandarin pun tak lepas lagi. Otak dah karat. Biarlah anak den yang belajor.
Tertanya-tanya lagi nak hantar anak ke Tadika Krista atau Tadika Taman Nirwana?? For me dua-dua pun tak ada beza. Krista memang fun, tak dinafikan. Sape yang pernah anta anak ke Krista taulah macam mana. Apa yang aku boleh cakap Hanif banyak improve and he can speak English well but not like bertih jagung hehe... Untuk Tadika Nirwana ni aku belum boleh bagi review lagi sebab Hanif pun baru je lagi. Krista more to English tapi ada gak belajar Malay Language dan basic agama seperti baca doa etc tu. Untuk Tadika Taman Nirwana pulak ko orang boleh buat pilihan. Sebab kat sini macam elektif. Matapelajaran utama semua sama. Elektifnya tang nak anak ko belajar Mandarin ka Jawi. Haah...pilih antara dua. Macam kita sekolah dulu gak ada pendidikan Moral dengan Agama Islam kan. Saya ambik Mandarin untuk Hanif.
Untuk fees pulak tak banyak beza. Sama je RM200 sampai 12 tengahari. Cuma yang berbeza fees untuk daycare. Masa kat Krista aku hantar hanif fullday sebulan dalam RM420, kat Taman Nirwana ni RM580 sebulan if sekali dengan Daycare. Mahal kan. Tapi registration fees untuk TTN dalam RM960 dan Krista RM1000 and above but below RM1500.
Masalah lagi satu, bila kita mak pak melayu anta anak Tadika Cina, main problem ialah homework! Aku tak reti haihhhh... Memang sekolah rendah dulu masuk sekolah cina tapi sekejap je. Aku tau kira nombor jaaa. Itu pun satu sampai sepuluh. Nak masuk sebelas je aku dah pindah sekolah lain :lol: Dah pun discuss dengan principal dia apa solution yang patut dibuat. Dia kata boleh anta Hanif untuk extra class. Just untuk settle homework dia. Dengan cara tu dia akan lebih cepat catch-up. Lagipun beginner kan. Kena push lebih sikit sebab tahun depan Darjah Satu. No more playing. Even ex-pupils kat situ mana yang masuk sekolah cina pun datang kat situ untuk buat homework depa time petang. Pukul 4pm-5.30pm will do dia kata. Fuhh lega sikit dengar. Tak adalah pening nak pikir macam mana nak buat homework.
So... Dah dapat idea mana nak hantar anak ke pre-school nanti? Rasanya yang ni je aku mampu share buat masa sekarang. Kalau ada info lebih boleh share lagi. Saya ada tulis entri tentang why i chose Krista dan bolehlah baca entri tu untuk more info. Apa-apa pun terpulang kepada kita. What we want them to be. Harap dapat membantu orang yang buntu... Untuk permulaan jangan push sangat terutamanya umur 2-4 tahun. Tak pun bagi bonus add another one year iaitu 5 years umur utk anak-anak kita enjoy their kid's time. Macam Hanif pun saya tak push sangat. Bagi saya just go with the flow InsyaAllah semuanya ok. Zaman sekarang education makin maju. Tadika dah belajar sains dan maths. Ahkak dulu darjah satu pun baru belajar nak tulis ABC heheh... Tergagap gagap nak membaca.
Yang siksa, membayor fees...menggigil nak kuar duit. Pergi sekolah kebangsaan takyah kuar duit banyak pun. Dapat RM100 lagi ada. Rasanya kerajaan kena bagi subsidi untuk tadika nih. Tapi kan Tadika Kemas kan ada mana nak dapat subsidi cik T oiii... Oh...mak lupa huhu. Oklah see you soon.
Happy surveying parents!!!
No comments:
Post a Comment