Saturday, December 21, 2013

Pengalaman Semasa Bersalin : Muhammad Hadif

Jarak hampir lima tahun membuatkan saya lupa rasa sakit bersalin tu bagaimana. Selalu terfikir sama ke sakitnya nanti? Berkurang atau bertambah sakit? Ye lah masa Hanif dulu lama jugak menahan sakit. Tapi yang sama ialah saya admit hospital dua kali =)

Seperti hari-hari biasa, selepas discaj minnggu lepas dari hospital memang sakit tu ada, tapi still under control. Beza cuma ada bleeding sikit. Tapi doctor kata ok selagi tak rasa nak beranak or pecah air ketuban. Tak sanggup sanggup rasanya kena seluk dan VE banyak kali.

Masa ni bau wangi sangat, bau baby

18th August 2013 (10 Syawal) : Malam tu tengah relax dalam bilik dengan Hanif main game tetiba rasa macam nak terkucil. Baru nak bangun, ye lah nak bangun pun susah payah. Bila nak bangun tu terasa macam ada air keluar. Ingatkan bleeding dengan segera pergi toilet. Tak ada pulak bleeding tapi buang air dengan banyaknya. Macam tak boleh tahan pulak. Pastu baru terfikir air ketuban dah pecah ke? Blurr sekejap. Mak tak ada experience air ketuban pecah uuu... Sebab tu la confius semacam. Perut pun tak sakit. Tapi hati rasa tak sedap. Dah tu, rasa nak terkucil lagi tak tertahan. Lagilah rasa pelik. Suami ajak pergi hospital tapi saya kata tunggu je la sebab tak rasa sakit pun. Kali ketiga rasa nak terkucil memang tak boleh tahan dah terus keluar je. Tengok meleleh je keluar air macam warna coklat cair. Memang sah air ketuban pecah. Terus dia kata tak yah tunggu sakit, pergi hospital. 

On the way ke hospital terasa air keluar tanpa henti. Perut masih tak ada rasa contraction. Saya pun relax je macam tak ada apa. Sampai kat kaunter reception Hospital Bersalin HKL bila nurse tanya kenapa saya pun cakap "saya rasakan air ketuban saya pecah la tadi"...hehe. Bila ingat balik rasa kelakar. Nurse pun suruh masuk check air kencing apa semua. Sementara menunggu M.O datang sempat lagi tanya nurse kat situ "saya kena beranak malam ni ke?" Nurse yang monitor contraction tu senyum je. Dia kata "tengok la nanti doctor kata apa, sebab kat bawah pun tak buka lagi". Kerisauan melanda sebab baru 34 minggu. Mengomel dalam hati kalau beranak baby ni kira prematured. Tapi bila teringat apa yang doctor cakap masa admit minggu lepas masuk 34 minggu kalau nak beranak dia bagi je beranak sebab weight baby ok. Rasa lega sikit. Buat penyedap hati. Kalau tak beranak hari ni pun lagi dua hari memang nak kena beranak jugak sebab air ketuban dah pecah. Itulah hakikatnya.

Bila M.O turun dan scan perut dia kata air ketubanlah yang pecah sebab dia tengok air ketuban kat dalam dah kurang. So, depa punya plan ialah, bagi antibiotik selepas 12jam air ketuban pecah. Means, saya pecah air ketuban 9.30mlm so esoknya 9.30pagi kena start antibiotik takut baby kena infection. Lepas tu monitor dalam 12jam lagi kalau still tak ada bukaan kat bawah doctor kata nak induce. Then lepas 12jam tak bukak lagi doctor akan induce lagi sekali. Wahhhh...bila dengar macam tu rasa ngeri ngilu semua ada, sebab bagi sesiapa yang ada experience kena induced ni tahulah sakitnya macam mana. Inikan pulak nak induce dua kali. Meraung wyeh!...tak nak...tak nak....

Bermalamlah lagi di hospital dengan harapan tak perlu nak tempuh seksa meksa kena induce ni. Kalau beranak malam tu jugak redha dengan ketentuanNya. Doa saya tak putus-putus agar segalanya berjalan dengan lancar. Sedari petang lepas balik beraya makan mee kolok air tangan CikRina langsung tak makan lagi ye. Minum air banyak sangat. Kenyang extra. Macam-macam yang bermain di fikiran. Esok Hanif ada photoshoot untuk skool, mak dia pulak admit. Kena kalau beranak pukul 7-8 pagi mesti bapak dia tak dapat tengok sebab time tu kena hantar Hanif pergi skool. Dekat pukul dua pagi baru dapat lelapkan mata. 

Pukul 2.50 pagi terbangun sebab rasa perut memulas lain macam. Rasa contraction kuat. Still buat dek lagi sebab masih boleh tahan. Layan mata mengantuk. Makin lama rasa makin sakit je. Haah sudah, ini tak boleh jadi sebabnya dah tak boleh tido.. Nak panggil nurse rasa macam eh nantilah. So, kira sendiri contraction. Tengok jam. Rasa macam lama je each contraction. Bila dah rasa tak tahan tu panggil nurse cakap yang perut makin kerap mengeras. Apalagi nurse tu pun check. Lepas tu dia kata memang contraction lama. 35 seconds. Dah kena buat VE. Bila check rupa-rupanya dah buka 4cm! Padahal pukul 12 mlm before baru 1cm. Itupun dari minggu lepas. 

Sementara menunggu nak masuk labour room, Ya Allah...sakitnya memang tak tertahan. Contraction setiap dua-tiga minit. Rasa nak nangis pun ada. Kalau kerusi plastik tu jenis kerusi yang lembut memang akan patah kena genggam masa menahan sakit. Berpeluh-peluh. Nak call papa time tu pulak hp tak boleh call. Yang tukang janji nak beli topup langsung terlupa. Macam manalah nak bagitau yang saya dah nak masuk labour room. Syukurlah nurse kat situ baik hati. Sebelum masuk LR sempat lagi mintak tolong dorang untuk call papa. Masa tu pukul 4.30pagi. Nurse tu kata dia cuba call tengok suami angkat ke tak sebab awal pagi. Saya kata kalau tak dapat takpe. Yang sebenarnya, dah redha beranak sorang tanpa suami di sisi..sob...sob.

Masuk labour room rasa macam lengang je. Ye lah, orang masih cuti berhari raya. Bidan pun tak ramai. Yang saya ingat masa dah masuk dalam salah satu bilik tu dorang kecoh gak tanya kes apa. Ye lah kes prematured. Saya tak kisah midwife mana yang handle sebab dah menahan sakit yang amat sangat.  Yang handle masa tu Indian midwife dengan seorang trainee doctor lelaki Muslim. Depa dua je yang ada dari mula sampai beranak. 

Bermulalah episod proses nak beranak. Dah dipasang CTG makin berganda-ganda sakitnya. Bukaan baru 4cm tapi nurse tu geleng kepala cakap "contraction u ni kuat giler". Haaah memang. Aku yang menahan ni pun nak pengsan. 4cm tapi contraction 4 in 10, more than 40seconds each. Bayangkan macam mana. Tak sempat nak tarik nafas. Dah sakit balik. Sakit pinggang jangan cakap la. Nak beralih dari kedudukan terlentang mengiring ke kiri pun punya susah. Doctor buat VE lepas 5 minit dah 5cm pulak. Tapi rasa sakit tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa nak membuang memang ada. Nurse tanya "rasa nak buang air besar ke?" Saya kata "a ah", dia kata "jangan teran dulu tau, awak baru buka 5cm, nanti bengkak". Aku kata "ok saya tak teran". Puaslah menahan sakit perut dengan sakit nak meneran. Memang tak tahan sungguh! Mental tortured betul. masa tu la terfikir kenapalah dorang tak offer epidural. Masa bersalin Hanif aritu baik punya depa offer. Tapi boleh lak pikir mana boleh epidural sebab dah bukak 5cm. Mulalah mendambakan oksigen macam bersalin Hanif dulu nak hilangkan rasa sakit. Memang tak adalah. Labour room yang dapat kali ni ala-ala tradisional. Bila bidan tu tengok contraction dah makin kerap dia pun start masuk tiub kuarkan kencing pastu nak bagi aku ni dehydrate katanya. Nak kuarkan habis air ketuban. Dah kena VE lagi pastu cucuk-cucuk mana ada air ketuban sebab dah kuar habis. Haishhh....

Us =)

Dah takde air ketuban, doctor tu seluk lagi nak tau dah buka berapa cm. Baru je seluk lepas tu dengar dia kata kat bidan tu "kak, macam dah expand je ni". Bidan tu pun check. Memang dah expand tanda nak beranak dah. Terus dia cakap "kalau u rasa nak teran, u teran je. Dah boleh dah". Bila contraction start je terus nurse suruh PUSH. Saya pun meneran dengan sekuat hati, tapi rasa sakit tu aduhai. Rasa tercabut urat luar dalam. Tak keluar jugak baby. Sakit yang amat. Tiga kali ganda sakit dari  bersalin Hanif dulu Sempat lagi masa tu tengok jam dalam pukul 5.15pagi. Memang dah redha suami tak datang. Takpelah nak buat macam mana dah nak beranak mana boleh tunggu. Bidan tu tanya suami datang ke tak. Saya pun cakap yang saya tak sure dia datang ke tak sebab tadi dah mintak nurse kat wad tolong call dia. Siap cakap kat bidan tu kalau tak datang pun takpe. 

Tengah meneran nih, kali yang ketiga kot tiba-tiba ada orang bukak pintu. Terkejut tapi mana ada pikir apa dah. Sakit weyy... Rupa-rupanya depa kata suamiku dah mai nak masuk. Bidan tu sempat tutup guna kain yang saya pakai. Ye la, tengah terkangkang pun kan. Dia marah kata saya tengah meneran. Terus nurse kat luar tu tolak papa masuk ke dalam. Airmata meleleh, memang nangis bukan sebab sakit tapi nangis akibat meneran nak kuarkan baby. Rasa dah habis energy. Bidan tu cakap kepala baby dah keluar. Teran sikit je lagi kata dia dengan doctor trainee tu. Dorang kata jangan nangis. Sempat lagi aku jawab "tak nangis" padahal airmata meleleh. Depa cakap kat suami yang kepala baby dah nak keluar, panggil papa suruh tengok then bagi semangat. Dia pun tengok pastu dengar suara "sikit lagi teran, baby dah nak keluar dah tu". Pastu dengar bidan cakap "push lagi sekali, jantung baby makin lemah tu". Doctor  pun cakap perkara yang sama. Terus kepala otakku ligat berfikir. Dah la baby "prem", jantung lak lemah. Tak nak la komplikasi lain jadi kat baby. Kesian anakku tanggung sakit sebab mak dia nanti. Pada masa yang sama boleh dengar bunyi CTG, heartbeat baby makin lama makin slow. Nekad dalam hati, tarik nafas dalam-dalam terus teran for the last time. Terasa ada benda yang besar dan panas terkeluar. Selowwww je. Ya Allah, tepat 5.29 pagi, hari Isnin bersamaan dengan 19 Ogos 2013, lahirnya Muhammad Hadif bin Mohd Iqbal ke dunia pada usia 34 minggu 6 hari dengan berat 2.78kg. Terdengar dia kata "baby dah keluar". Aku pun terus menangis kesyukuran tanda kelegaan, rasa tak percaya sebab dah beranak dan rasa tak percaya sebab baby yang dilahirkan itu anak kedua. Alhamdulillah. Berakhir sudah sakit komplikasi masa mengandung. Berakhir sudah sakit perit semasa mengandung dan berakhir sudah episod tak tidur malam sebab menahan sakit. Masih lagi sakit sehinggalah uri dikeluarkan, baru rasa kosong perut dan sakit pun menghilang. Pegang perut yang kempis sambil dalam hati kata "anak aku dah keluar". Terbayang-bayang bagaimana rupa baby. Selepas bersalin seperti biasa bidan akan tunjukkan baby dan tanya kita dapat baby apa. Then barulah baby dibawa keluar untuk diperiksa oleh paediatrician especially bila Hadif dalam kategori baby prematured. Papa dia pun keluar sekali untuk azan dan qamatkan baby dan sejurus selepas itu balik untuk uruskan Hanif pergi sekolah. 

Selang beberapa minit barulah M.O sampai. Aku dah terberanak pun. Tak sempat dia nak check. Datang jenguk and check report. Bidan tu cakap tak sangka cepat dah buka 10cm. Dalam masa 9 minit sempat jugak papa menjadi peneman dalam labour room. Alhamdulillah, dapat juga dia melihat kelahiran anak kedua kami. Proses jahit pun agak sakit. Bidan ni pulak jenis gamble je aku tengok. Macam express dia jahit. Mungkin sebab shift dia dah nak habis so buat kerja cepat. Bila cerita dengan papa dia kata rasa sakit jahit tu sebab tak sedut oksigen heheh...

Dah habis jahit lama juga nak tunggu baby sebab semua sibuk dengan proses pertukaran shift malam dengan shift pagi. Bila nurse letak Hadif di pangkuan untuk menyusu, Ya Allah, kecik comelnye. Perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Perlahan-lahan cium dahi, cium pipi. Wangi sangat sangat...Aku kata bau dalam perut. Nyenyak sungguh dia tidur alahai. Buat sekali lagi hilang semua rasa sakit yang dirasai semasa bersalin, hilang sakit dijahit, hilang sakit semasa mengandung dan hilang segala kepenatan serta keperitan. Hanya tinggal perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Lupa segala kesakitan.

Alhamdulillah. Sungguh aku bersyukur ke atas rezeki dan nikmat yang diberikan olehNya. Semoga kehidupan kami akan lebih bahagia dengan anak-anak yang comel sebagai penyeri hidup kami.

*Sekarang mama punya tiga cinta hati...









No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...