Friday, April 19, 2013

19th week pregnancy

Hari ni follow up check up di KK, resulted dari berat yang naik mendadak dua minggu lepas. Pelik sebab biasanya hari Jumaat tak ada check up tapi dah nurse kata datang hari ni, so datang je la and suprisingly tak ramai sangat orang. Agak selesa sikit, tak perlu nak bersesak-sesak.

Alhamdulillah hasil ujian darah menunjukkan tiada kencing manis walaupun telan air gula segelas besar tu kan. Syukur. Cuma HB pulak turun mendadak dari bacaan 13.2 ke 10. Adoi, lagi satu masalah. Darah cair. Minggu depan terpaksa datang untuk pemgambilan darah dan minggu lagi satu kena follow-up check up lagi. Ingat semua dah ok so boleh datang sebulan sekali. Tapi nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan. Tunggu je la keputusan ujian darah minggu depan.


p/s: tak larat nak tulis entri panjang hari ni sebab terlalu penat :))

Friday, April 12, 2013

Bersara Muda Bersara Kaya??

Belajar rajin-rajin supaya dapat kerja yang baik, dan persaraan yang baik bukanlah nasihat yang baik untuk masa kini. Nasihat macam ni tak cukup bagi seseorang untuk menempuhi zaman dewasa. Kalau nak diikutkan statistik, ramai orang banyak menghabiskan masa di sekolah, tapi tidak belajar langsung tentang duit. Akhirnya kita kerja untuk duit bukan duit kerja untuk kita. Ini menyebabkan kita bersara ketika tua.

Apabila seseorang belajar memerintah dirinya sendiri, tidak susah untuk memerintah orang lain. Tapi bagaimana kita nak memerintah orang lain sekiranya tak mampu memerintah diri sendiri. Biarlah gagal, tapi jangan sekali-kali menyerah kalah kerana, orang yang gagal akan berjaya, orang yang menyerah kalah pula tidak akan berjaya. Tidak ada manusia dilahirkan menjadi hebat, melainkan kita belajar memperbaiki diri untuk menjadi lebih hebat.

Rahsia kejayaan adalah keputusan yang betul. Keputusan yang betul datangnya dari pengalaman yang diperolehi dari keputusan yang salah. Akan tetapi tidak
ada keputusan salah atau betul dalam kehidupan kita. Yang membezakannya ialah pengajaran yang kita perolehi dari keputusan tersebut. Keputusan yang salah tetap betul sekiranya kita belajar sesuatu darinya.

Zaman kini, ramai anak-anak muda yang menjadi jutawan. Amat malang sekiranya kita tidak merebut peluang yang ada. Kalau ada impian bertindaklah sekarang. "The always beginning is now". Janganlah terlalu ikutkan kata-kata orang lain. Tanya diri sendiri pilihan apa yang kita ada? Sanggupkah kita menjalankan perniagaan konvensional? Cukup tak duit untuk melabur? Agak-agak ada bakat tak nak jadi seorang penulis atau penghibur?

Jika jawapannya "tidak" work hard dan work smart satu-satunya pilihan yang ada. Nak kerja yang bagaimana. Berniaga sendiri? Keluarkan produk kecantikan? Agen Unit Trust? Agen Hartanah? Agen insurans macam saya? Atau Agen jual kereta??

Tak mungkin kita akan dapat sesuatu yang berbeza, jika kita teruskan buat sesuatu yang sama. "Your life is your routine, your life is boring". Sekiranya kita ingin perubahan jadilah perubahan yang kita inginkan... Yang pasti tetapkan hati dan jiwa. Bila kita berjaya InsyaAllah kita boleh bantu orang lain untuk berjaya. Jangan kedekut ilmu. Allah tak suka. Memberi lebih baik dari menerima. Jadilah insan yang kaya di dunia serta kaya di akhirat...

My 16th week pregnancy


Rabu lepas genap 16 minggu usia kehamilanku. Alhamdulillah segalanya menjadi lebih baik. Tiada lagi "morning sickness". Sejak dua minggu yang lepas muntah-muntah dan demam semua tu dah makin berkurangan. Kelesuan badan pun makin berkurang. Now it's time to work hard. Dah lama mak tak kerja. Tak kerja, gaji pun tak naik la kan. Lainlah kalau kerja dengan orang. Cuti, gaji jalan. Bila nak start balik tu rasa Ya Allah, lemaunya. So, nak tak nak kena paksa diri sendiri.

Lepas ni boleh sangat cerita pengalaman kehamilan yang kedua ni. Sangat mencabar pada bulan pertama dan kedua. Alhamdulillah akhir bulan ketiga beransur sihat. Sangat bersyukur. Bagaimana agaknya dengan ibu-ibu yang mengalami mabuk hamil sehingga lima enam bulan kan? Ada juga sehingga bersalin. 

Akibat dari "morning sickness" dan dengan hilangnya selera makan berat turun sehingga 7kg! Selimmm mak sekejap. Kena "check-up" dua minggu sekali dan minum air gula. Fuhhh...itu yang paling tak tahan tu. Kalau gelas kecik ada ampun lagi. Ini mak aihhh gelas besar yang ala-ala kedai mamak punya tu. Mana tahan. Minum sampai berair-air mata menahan muntah. Hubby gelak kat sebelah. Tensi kan. Habis je terus masuk toilet muntah. Tapi taklah muntah banyak sangat sebab perut kosong. Lepas tu nak tunggu dua jam puasa lagi memang loya je tekak. Taubat tak nak minum dah!

Lebih kurang satu gelas ni air gula kena minum
Sumber gambar: Pak Cik Google
(lupa pulak website mana)

Masa "check-up" pulak time timbang tu tengok macam lebih 2kg je. Ok lah kan sebab naik. Tapi "nurse" kata berat naik mendadak dalam masa dua minggu. Rasa kelakar. Hari tu, turun mendadak, ini naik mendadak. Pelik. Bukan makan sangat pun. Tapi minum susu tiga kali sehari. Adakah sebab susu?? Pen merah lagi kat buku... Keputusannya, kena datang lagi dua minggu untuk next "check-up". 

Usia kehamilan 16 minggu dah boleh rasa baby mengeras, kadang-kadang boleh rasa perut senget je. Hanif hari-hari cium perut kata "hanif sayang adik la mama" ;)

Wednesday, April 3, 2013

Sinopsis Drama Sedetik Cinta Slot Akasia TV3


Dah habis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, hari ni layan pulak drama baru Sedetik Cinta. So far, so good, tp hubby tak minat sangat. Ye la, mula-mula memang la ala-ala boring sikit, tapi nanti lama-lama best pulak layan.

Drama ini ibintangi oleh Hanez Suraya, Awal Ashari, Zarynn Min, Tunku Hanis, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama ini diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif serta skrip ditulis Mazelan Manan.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta

Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga.

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sumber: adamya.blogspot.com

Parlimen Dah Bubar!! Tiba Sudah PRU-13

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di istana negara sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya. Datuk Seri Najib sampai di istana negara tepat pada pukul 8.25 pagi tadi.

Selepas itu Datuk Seri Najib membuat pengumuman secara langsung pada jam 11.35 pagi. Berikutan itu beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan rajadan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya umum dapat diadakan secara serentak.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetap ia mesti dibuat dalam tempoh 30 hari.

PEMBUBARAN PARLIMEN: 03.04.2013
PENAMAAN CALON: Selepas 14 hari, tarikh yang diramalkan (14.04.2013)
PILIHAN RAYA UMUM KE-13: Tarikh yang diramalkan (27.04.2013)

Jom kita sama-sama turun mengundi pada PRU Ke-13 nanti.