Friday, March 22, 2013

Epidural Anesthesia

Siapa pernah menggunakan bagi mengurangkan sakit bersalin? Saya Alhamdulillah, sebab anak baru seorang tak pernah guna Epidural. Masa bersalin Hanif dulu pun saya dah pesan kat suami awal-awal tak kira macam mana dia tengok saya sakit bersalin pun katakan tidak kepada Epidural hehe...

Penggunaan Epidural merupakan salah satu cara bersalin yang agak popular pada ketika ini kerana ia adalah proses pembiusan mengurangkan rasa sakit semasanbersalin paling berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Teknik ini terbukti selamat dan telah digunakan di Barat sejak 30 tahun yang lalu. Pakar bius (Anesthesiologist) yang akan melakukannya kerana mereka merupakan doktor terlatih dalam penggunaan ubat-ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Kesan Epidural akan bermula dalam 10 minit dan kesan maksimum dalam 30 minit. Kesan pengurangan sakit berterusan sehingga kelahiran bayi tanpa perlu mencucuk jarumbepidural di belakang badan. Ubat boleh ditambah selagi diperlukan di sepanjang proses bersalin.

Setiap ibu bertindak secara berbeza-beza kepada ubat Epidural. Kebanyakan ibu akan berasa gembira kerana ubat Epidural membuatkan mereka lebih tenang dan selesa. Ini boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.

Komplikasi jarang berlaku akibat dari pembiusan Epidural semasa bersalin. Kalaupun terjadi, biasanya tidak membimbangkan dan dapat diatasi. Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah penurunan tekanan darah, badan menggigil, sakit kepala dan sakit belakang.

Epidural analgesia memberi peluang kepada ibu berehat semasa proses bersalin yang agak lama iaitu ketika pembukaan pintu rahim berlaku. Epidural analgesia akan mengurangkan kesakitan dan membenarkan ibu meneran bila perlu sahaja. Jadi ibu mempunyai lebih banyak tenaga. Sekiranya ibu tiada rasa untuk meneran, kakitangan bilik bersalin akan memastikan ibu meneran apabila berlaku "contraction". Jadi tiada masalah sekiranya rasa meneran itu tidak ada.

Terdapat juga kaedah lain untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin iaitu suntikan pethedine yang perlu diberi 4-6 jam sekali. Kesan penahanan sakit biasanya kurang berbanding epidural, lagipun ia boleh memasuki darah bayi dan menyebabkan kesan sedatif kepada bayi. Bayi mungkin perlu mendapat bantuan pernafasan selepas lahir. Menyedut gas Entonox (campuran oksigen dan nitrous oxide). Kaedah ini memerlukan ibu menyedut gas ini sebelum sakit datang. Selain pengurangan sakit yang tidak begitu kuat, ramai ibu tidak dapat menggunakan cara ini dengan betul menjadikannya kurang berkesan. Cara-cara lain seperti akupuntur dan latihan pernafasan dan meneran semasa bersalin.


Sumber: Majalah Nur

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...