Sunday, November 4, 2012

Menderma Darah & Maklumat Yang Perlu Kita Tahu

Salam semua. Taddaaaa... Saya rindu kamu semua wahai rakan-rakan bloggerku hehe. Baru je bersihkan sawang kat blog ni. Lama tak update entri baru. Sekarang agak sibuk dengan kerja dan kehidupan seharian walaupun anak baru sorang. Bukan senang nak jadi seorang isteri dan ibu yang perfect untuk family tersayang. Saya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan. Apa yang perlu ialah sentiasa memperbaiki kesilapan diri.


Okey. Berbalik kepada tajuk entri di atas. Mesti ramai yang takut untuk menderma darah disebabkan khabar angin yang mengarut. Antaranya berat badan akan naik mendadak selepas menderma darah. Tau semua orang takut gemuk. Tapi ini hanyalah mitos semata-mata. Tak derma darah pun gemuk jugak kan. Apa kes? Jawablah sendiri.

Belajarlah untuk menderma darah. Ini adalah cara yang termurah untuk menderma dan merupakan sifat murni. Tak ada modal pun. Jangan lupa, kita menderma darah untuk selamatkan nyawa ye. Bayangkan betapa besarnya pahala anda bila dapat menyelamatkan seseorang yang bertarung antara hidup dan mati. Derma duit pun takkan dapat pahala besar macam tu.

Bagi yang ada niat nak derma darah meh baca kat sini sebelum pergi menderma:-

Kita perlu tangguhkan niat untuk menderma darah ke suatu masa yang lain atau ke masa yang lebih sesuai sekiranya

- Demam
- Berat badan kurang daripada 45kg
- Mengambil antibiotik
- Tidur kurang dari 5 jam
- Telah mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam sebelum menderma darah
- Telah menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah
- Telah mendapat rawatan gigi dalam masa 24 jam sebelum menderma darah
- Telah mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
- Telah menindik telinga, bertattoo atau akupuntur dalam masa satu tahun sebelum menderma darah


Dan perlu mengecualikan diri daripada menderma darah sekiranya menghidapi

- Penyakit Darah Tinggi
- Penyakit Diabetes
- Penyakit Jantung
- Penyakit Sawan
- Penyakit Asma (Lelah)
- Penyakit Tibi
- Penyakit Berjangkit (cth: Siflis, Hepatitis, HIV)

Serta dilarang menderma darah sekiranya PERNAH terlibat, walaupun sekali di dalam aktiviti-aktiviti seperti

- Bertukar-tukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang
- Melanggani pekerja seks/pelacur
- Hubungan sejenis (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Menyalahguna dadah secara suntikan

INGAT MENDERMA DARAH MENYELAMATKAN NYAWA!


Sumber: Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...