Thursday, July 19, 2012

Perkembangan Anak 3 - 4 tahun

Antara yang menjadi kegemaran si kecil

Sering terdapat beberapa alasan yang dikatakan mampu mengurangkan selera makan si kecil. Antaranya
ialah ibu bapa tidak mempunyai masa untuk masak di rumah. Mereka lebih gemar makan di luar sehingga menyebabkan anak-anak tidak berpeluang menikmati kelazatan makanan ibu. Pengambilan snek (makanan ringan) dua jam sebelum waktu makan akan mengganggu selera makan anak. 

Waktu makan yang berubah-ubah dan memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera. Ada juga ibu bapa yang cuba berleter, mengancam atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatnya takut dan menjauhi waktu makan dan hidangan makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet. Begitu juga dengan gangguan muzik, televisyen dan barang mainan yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.

Hakikatnya pada usia satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Ia termasuklah keupayaan menguasai daya keseimbangan badan dan pergerakan teratur untuk melakukan aktiviti kompleks yang memerlukan koordinasi minda serta otot termasuk menari dan bermain bola. Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi. Begitu juga untuk kematangan saraf otak juga sistem imun (pertahanan) yang cekap untuk mempertahankan tubuh badan dari serangan virus, bakteria dan parasit.

 Makanya, pemakanan yang sihat mampu memberi impak secara positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah. Aspek pemakanan merupakan faktor paling penting dalam proses tumbesaran anak termasuk berapa banyak dan kerap mereka makan.

Untuk memastikan anak kita mencapai proses tumbesaran sepenuhnya, penting bagi ibu bapa memberi makanan sesuai dalam jumlah yang sepatutnya. Ia juga bagi mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat, menyebabkan bukan sahaja anak berisiko dilanda penyakit malah menjejaskan tumbesaran mental dan fizikal mereka.

 Penting bagi setiap ibu bapa untuk memahami asas amalan pemakanan baik untuk anak mereka seperti pengambilan pelbagai jenis zat, perubahan keperluan zat apabila anak membesar, keseimbangan diet, kuantiti pemakanan sederhana dan sentiasa memantau pertumbuhan corak pemakanan anak supaya daya tumbesaran fizikal, penglihatan sihat, kecergasan fizikal dan pembangunan emosi kanak-kanak tidak terganggu.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...