Thursday, July 26, 2012

Najib bersama penduduk Taman Sri Angsana Hilir, Kampung Pandan

25 Julai 2012 merupakan tarikh bersejarah bagi penduduk Taman Sri Angsana Hilir dengan kedatangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk solat Isyak dan solat Terawikh bersama-sama di Surau Angsana Hilir.

Antara imam-imam Surau Angsana Hilir

Seminggu sebelum kedatangan PM semua ahli Pemuda BN di sini sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan beliau. Biasalah nak sambut PM kan. Memang sibuk. Walaupun berada dalam bulan Ramadhan itu tidak menghalang mereka ini untuk membuat perancangan.

Antara barisan Pemuda BN yang bekerja keras (suamiku pun ada hehe). TAHNIAH.

Ramai jugak orang yang datang selain dari penduduk Taman Sri Angsana Hilir itu sendiri. Saya pun sibuk berhimpit-himpit bawak Encik Hanif ke depan nak tengok PM punya pasal. Hanif siap cakap "mama, kita nak jpa clown ke?" Kali terakhir saya jumpa PM pun masa kat PWTC beberapa bulan lepas. Punyalah ramai orang nak snap gambar pun susah. Semalam pun sama.

Hanif dalam kesesakan orang ramai, nak tengok tapi tak nampak, sudahnya mintak dukung


Sejurus selepas solat Terawikh Najib keluar dari surau untuk bersalam-salaman dengan para penduduk. Semua orang dok beratur berebut nak salam PM. Kalau tak ada bodyguard pengsan kot Najib hehe...


Sempat jugak DS Najib berucap. Tak lama pun dalam lebih kurang 10-20 minit. Dalam ucapannya, beliau mengumumkan pemberian 8,946 helai kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di seluruh negara.Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.


 "Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia," katanya. 


Dan yang paling bersyukur sekali Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf Surau Taman Sri Angsana Hilir. Alhamdulillah...makin besar surau di sebelah rumah saya ni akan datang.
Inilah surau kami

Sebelum ke Surau Angsana Hilir, Datuk Seri Najib Razak memberi sumbangan RM2 juta  bina masjid di tapak Masjid Al Mustaqim di Taman Nirwana Ampang, Kuala Lumpur. Selain dari itu, 100 ibu tunggal dan golongan kurang upaya juga menerima sumbangan RM100 setiap seorang. Alhamdulillah...Syukran. 

Tulis one, two, three

(Semalam saya boleh lihat betapa kepenatannya Najib dan betapa sembabnya muka Datin Seri Rosmah, setiap hari ada program mereka untuk berbuka puasa dan solat di mana-mana. Semoga mereka berdua sentiasa diberi kesihatan yang baik)

Sumber Gambar: PakCik Google, yang ada watermark je sy punya ;)

Thursday, July 19, 2012

Perkembangan Anak 3 - 4 tahun

Antara yang menjadi kegemaran si kecil

Sering terdapat beberapa alasan yang dikatakan mampu mengurangkan selera makan si kecil. Antaranya
ialah ibu bapa tidak mempunyai masa untuk masak di rumah. Mereka lebih gemar makan di luar sehingga menyebabkan anak-anak tidak berpeluang menikmati kelazatan makanan ibu. Pengambilan snek (makanan ringan) dua jam sebelum waktu makan akan mengganggu selera makan anak. 

Waktu makan yang berubah-ubah dan memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera. Ada juga ibu bapa yang cuba berleter, mengancam atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatnya takut dan menjauhi waktu makan dan hidangan makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet. Begitu juga dengan gangguan muzik, televisyen dan barang mainan yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.

Hakikatnya pada usia satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Ia termasuklah keupayaan menguasai daya keseimbangan badan dan pergerakan teratur untuk melakukan aktiviti kompleks yang memerlukan koordinasi minda serta otot termasuk menari dan bermain bola. Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi. Begitu juga untuk kematangan saraf otak juga sistem imun (pertahanan) yang cekap untuk mempertahankan tubuh badan dari serangan virus, bakteria dan parasit.

 Makanya, pemakanan yang sihat mampu memberi impak secara positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah. Aspek pemakanan merupakan faktor paling penting dalam proses tumbesaran anak termasuk berapa banyak dan kerap mereka makan.

Untuk memastikan anak kita mencapai proses tumbesaran sepenuhnya, penting bagi ibu bapa memberi makanan sesuai dalam jumlah yang sepatutnya. Ia juga bagi mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat, menyebabkan bukan sahaja anak berisiko dilanda penyakit malah menjejaskan tumbesaran mental dan fizikal mereka.

 Penting bagi setiap ibu bapa untuk memahami asas amalan pemakanan baik untuk anak mereka seperti pengambilan pelbagai jenis zat, perubahan keperluan zat apabila anak membesar, keseimbangan diet, kuantiti pemakanan sederhana dan sentiasa memantau pertumbuhan corak pemakanan anak supaya daya tumbesaran fizikal, penglihatan sihat, kecergasan fizikal dan pembangunan emosi kanak-kanak tidak terganggu.

Saturday, July 14, 2012

Kenapa tak boleh Log in Nuffnang??



Nuffnang oh Nuffnang...

Sungguh frust sehari suntuk tak boleh nak log in. Pastu bila dah reset dan try masuk guna password yang korang bagi pun tak dapat. Rasanya dah lima kali aku reset password. Aduhhh...apa pulak masalahnya ni? Bila nak hantar ticket keluar lak mesej ni "The CSRF token is invalid. Please try to resubmit the form ".
Dua puluh kali hantar pun asyik keluar ayat yang sama je aduhai.

Tak pernah pulak kena macam ni tetiba jadi lak hari ni. Baru je nak tengok berapa duit yang terkumpul huhu... Manalah tau kot-kot boleh cash out. Haihhh time banyak kerja macam ni la Nuffnang buat hal.

#mode: kecewa..