Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutamanya kepada kawan-kawan yang sudi menjengah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Semoga amalan dan ibadat kita seharian akan lebih diberkati oleh Allah SWT.


Sebenarnya bagi saya bulan Ramadhan merupakan bulan yang menyeronokkan di mana saya atau anda semua boleh nampak orang berniaga di sini-sana. Pasar juadah ada di mana-mana. Boleh dikatakan setiap tempat ada pasar juadah. Sehinggakan kaum yang bukan Islam pun pergi ke pasar juadah untuk membeli makanan kerana hanya pada masa itulah kita akan menjumpai makanan-makanan yang unik yang jarang terdapat di pasar malam. Tetapi adakah ia sedap? Hmmm, part inilah yang paling susah sekali nak cakap.

Kalau di pasar malam tu kita dah tau dah, gerai mana yang "marvellous" dan gerai mana yang kureng sedap makanannya. Kebanyakan komen yang saya dapat dari kawan-kawan yang lain "pergi ke bazaar Ramadhan ni buang duit je, makanan bukan sedap pun" haaa...itulah masalahnya. Orang kata tak berbaloi sangat dengan harga. Untuk tahun ini, sehingga hari kelima berpuasa saya belum pernah lagi pergi ke mana-mana bazaar Ramadhan di Kuala Lumpur ini. Dah menjadi kebiasaan saya akan memasak juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan walaupun hanya satu atau dua menu sahaja. Saya memang cerewet sikit bab makan. Jadi memang susah untuk saya membeli lauk pauk di luar.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...