Monday, July 25, 2011

Apa pun tak boleh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama tidak bercerita secara santai dalam blog ni. Sekarang ni masa amat jeles dengan diriku. Kadang-kadang masa terluang tu digunakan untuk bersama dengan hubby dan Encik Hanif selalunya. Hari ini saya senang sikit sebab tak masuk ofis. Kepala saya masih pusing walaupun sudah makan ubat. Alhamdulillah sudah sihat sedikit. Sudahnya, kejap-kejap kena baring dan bangun. Tak boleh manja-manja okey..

Masa hujung minggu yang lepas banyak dihabiskan di rumah di mana aku hanya berbaring santai gitu pasal kena demam. Syukur Alhamdulillah tak kena flu dan batuk. Minggu sebelum tu dah kena demam sekejap dah. Ku gagahkan jugak bangun buat itu dan ini. Tapi Jumaat lepas, selepas keluar dari ofis dalam pukul 11pagi macam tu masih jugak menggigil-gigil kesejukan. Hari Jumaat tu pulak ofis sejuk macam ais. Adakah orang lain pun rasa sebegitu rupa ke saya je? Musykil kan. On the way nak balik rumah tu ku rasa Ya Allah jauhnya lah Kampung Pandan tu. Memang tak larat nak drive rasa. Perut pun lapar. Sesampai di rumah je terus baring dengan perut kosong. Dah tu tak boleh bangunlah sampai Encik hubby balik kerja terus bagi Panadol 2 biji. So, malam tu okaylah sikit walaupun badan lesu-lesu & kepala rasa sakit. Tidur pun susah.
Keesokan harinya, langsung tak boleh nak bangun. Nak makan pun tak boleh. Tekak rasa sakit sangat. Terus hubby telefon mak cik tukang urut datang rumah. Mak cik tu kata "badan anak ni banyak angin". Mak cik ni urut memang best. Nama dia Mak Cik Supiah tapi dia glamer dengan nama Cik Piah. Bila dia urut saya dia memang akan urut macam baru lepas bersalin siap sengkak semua pastu tang harga pulak dia tak mintak. Terpulang pada kita nak bagi berapa. Kalau dah urut lama-lama & siap sengkak semua takkan nak bagi ciput je. Jadi, orang kata memadailah dengan tenaga yang dia dah guna untuk mengurut kita. Bukan semua orang kat dalam dunia ni pandai mengurut. Boleh tu memang ramai, tapi yang pandai? Sabtu seharian tak bangun. Semua plan tak menjadi. Nak pergi BBQ Gathering, shopping hancusss. Hubby belikan Domino's Pizza, soto, bihun dan macam-macam lagi untuk membangkitkan selera acik, tak jalan jugak makan hahaha... Hanya hidup dengan air 100 Plus. Ahad ada tenaga nak bangun tapi tak boleh lama sebab bila bangun je kepala mula berdenyut-denyut. Beberapa hari demam ni memang menguji kesabaran betul. Dah lah nak melayan karenah Hanif. Nak mandi, siapkan dia aduhh semua kena buat. Kalau mama tak buat, siapa lagi yang akan buat?

Hari ni, papa hantar Hanif ke Nursery. Ringan sikit beban mama kat rumah. Boleh relax dan berblogging sekejap sambil baring-baring duduk huhu. Kejap lagi nak buat assignment dengan classmate. Esok dah nak presentation adess...Itupun paksa dia datang rumah. Kalau tidak memang kena buat muka kesian kat depan Lecturer mintak postpone :p

Me:- Yang Hanif ni pulak bila tengok mama dia tak sihat, dia pun tak nak makan. Pelik... Siap tanya lagi "mama sakit ke?, mama sakit pala ke?, mama tak larat ke?" pastu letak tangan kat dahi siap cium-cium lagi, terus cair hati mama...


No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...