Monday, August 30, 2010

Dilema perasaan mama

Salam Ramadhan untuk semua. Syukur Alhamdulillah kita masih mampu untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga hari-hari yang kita lalui penuh denga keberkatan. Sebenarnya saya dah ketandusan idea untuk ketuk-ketuk keyboard nie :p. Aii asyik ketandusan idea jer ni!! heheh, biasalah tuh. Sejak dua menjak ni ala-ala hilang ingatan sekejap (^_^)

 Inilah Encik Muhammad Hanif masa umo 5 bulan

Cerita tentang Muhammad Hanif? Tau siapa Muhammad Hanif nie? Tak tau? Tak pe la saya bagi tahu ye. Muhammad Hanif nie sebenarnya permata hati saya. Putera kesayangan saya. Sejak Hanif hadir dalam hidup saya, segalanya telah berubah. Hidup kami suami-isteri menjadi lebih ceria dan lebih bermakna. Mana taknya, kehadiran Encik Hanif nie meriuhkan suasana rumahtangga kami. Dari bayi hinggalah sekarang usia Hanif setahun lapan bulan, kami tidak pernah merasa kekurangan. Betapa kasihnya kami sekeluarga kepada HAnif.

Semakin hari kasih mama kepada Hanif semakin menebal. Bila Hanif sakit mamalah orang yang paling susah hati sekali. Bila Hanif 'admitted' di hospital, mamalah yang akan jaga Hanif. Bila malam Hanif merenge-rengek minta dibelai, mamalah yang akan bangun tidur bersebelahan dengan Hanif. Bila HAnif menangis mama lah orang yang paling sedih skali walaupun anak mama tu nangis disebabkan mama ;). Lagipun anak kesayangan mama ni pandai bodek dan buat muka kesian. Mestilah mama dia cair. Mama tak boleh kehilangan Hanif walaupun sekejap. Bila Hanif tak ada jer mulalah mama rindu.Walaupun kadang-kadang perangai Hanif buat mam marah tapi mama layan jugak. Bagaimana mama nak describe perasaan sayang mama kat Hanif? Hanya seorang ibu yang faham perasaan seorang ibu ataupun mungkinkah seseorang yang bergelar ayah pun mengalami persaan yang sama.

Ini pun sama gak, umo 5 bulan, tapi mata mak aiii!!!

Bila usia Hanif dah semakin meningkat, mama dah mula susah hati. Macam manakah Hanif bila dah besar nanti. Adakah Hanif akan menjadi seorang anak yang baik dan soleh? Adakah Hanif akan sentiasa mengingati ibubapa terutamanya mama di mana Hanif berada nanti? Adakah HAnif akan sayang mama dan papa sepertimana mama dan papa sayang HAnif? Adakah Hanif akan layan mama bila Hanif sudah besar nanti? Adakah HAnif akan menjadi seorang anak yang berguna di masa akan datang nanti? Banyak lagi yang mama fikir tetapi mama tak tau macam mana nak meluahkannya.

Sekarang, bila sakit sikit panggil mama, bila papa marah panggil mama, bila mama nak pergi jauh Hanif menangis, bila mama hilang sekejap di depan mata Hanif cari. Tapi adakah Hanif buat semua itu bila Hanif dah besar panjang nanti? Adakah Hanif masih lagi cari mama untuk mengadu??? Atau Hanif akan diam seribu bahasa bila mama tanya masalah anak mama. Atau Hanif akan berkurung di dalam bilik menyendiri daripada borak-borak dengan mama. Jangan sayang, jangan buat macam tue. Mama sayang Hanif. Papa pun sayang Hanif.

3 jam selepas kelahiran(gambar pertama mama ambik)-menyesal tak ambik banyak2 masa tu, cuma ada 3 jer

Siapa tak nak anak mama jadi orang yang berguna. Bijak, pandai, cerdik, berilmu, pendidikan agama yang cukup. Mama harap anak mama menjadi anak yang baik budi pekerti, soleh serta menjadi orang yang berguna di kemudian hari. Mama juga berharap Hanif akan mendapat didikan yang cukup dan bahagia di dunia dan akhirat. Hanya satu sahaja yang mama minta. Ingatilah mama serta papa di mana Hanif berada seperti kami yang sentiasa mendoakan anak mama tak kira di mana berada sehingga ke akhir hayat. Amin...

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan yang ke-15 ?

Aku pun pelik, rasa macam baru jer start puasa dua tiga hari yang lepas tapi rupa-rupanya dah Ramadhan yang ke-15. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sehingga hari ni aku tak ponteng posa lagi hehe. Tapi Solat Terawih tu aku tak pergi dah dua tahun. Biasalah kalau dah menjaga Encik Hanif kat rumah memang tak ke mana la. Sebenarnya boleh buat sendiri tapi, itulah kalau buat sendiri tu memang payah sangat. Malas tu yang lebih. Aku lagi suka Solat Terawih di surau ke masjid ke sebab seronok beramai-ramai Solat Terawih berjemaah.

Biasa bila dah masuk Ramadhan yang ke-15 ni, mana-mana pun kita pergi, akan dengar lagu raya. Haha, semangat raya tu dah ada! Tapi posa tak?! Kadang-kadang tu ada sesetengah pasaraya-pasaraya ni tak kisah sangat pun. Sesuka hati je bila nak pasang lagu raya tu. Mana taknye, Ramadhan pertama dah berkumandang lagu-lagu raya ni. Puasa untuk hari tu pun belum tamat lagi ngeee. AKu pun "confius" sekejap. Tapi tak apalah kan sebab yang penting tu niat di hati. Alhamdulillah, kerana kita masih dikurniakan tenaga oleh Allah S.W.T untuk menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik mungkin. Pahala pun berganda-ganda kalau kita berbuat kebaikan dan ibadat yang tidak putus. Jangan la bila tiba Ramadhan je buat semua tu. Beramallah selagi kita boleh beramal. Insyaallah hidup kita akan diberkati oleh Allah Yang Maha Kuasa. Amin.

Thursday, August 12, 2010

Bulan Ramadhan

Salam dan selamat sejahtera untuk semua pembaca. Rasa macam lama sangat tak update blog nie. Tapi bukan rasa dah, memang lama pun. Sebulan lebih macam tu jugak la kan. Bukan saja-saja tak nak update. Masa yang cemburu dengan aku nie. Bila nak update je ada  je kerja yang nak kena buat. Bila dah tengah malam tu mengantuk la pulak. Bila dah mengantuk tu tau aje la. Memang membutalah jawabnya.
Sebelum aku berceloteh dengan lebih panjang lebar lagi, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia ini. Semoga kita beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Bukan senang nak puasa ni kan. Lebih-lebih lagi cabaran kita untuk menahan lapar dan dahaga. Bukan itu je, banyak aspek yang perlu kita jaga pada bulan puasa nie contohnya percakapan (jangan cakap macam mencarut-carut, sumpah orang, tak baik) - orang kata "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Selain itu, dari segi perbuatan kita pun harus dijaga, cobtohlah; jangan la time bulan puasa ni lah nak pergi disco la, karaoke la dan macam-macam lagi. Pergi la berbuat amal ibadat; sembahyang terawih ker mengaji ker. Bulan mulia ni beb, takkan lah tak rasa apa-apa. Tapi itu pandai-pandailah. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Lu pikir la sendiri!!

Bagi aku, puasa tahun ini memang banyak bezanya dengan puasa pada beberapa tahun yang lepas. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga berpuasa tanpa ayah mertuaku disisi. Arwah telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya pada 26 Julai 2010 yang lepas. Hari pertama puasa bagi aku sungguh menyentuh hati, apabila kami sekeluarga bangun bersahur tanpa arwah. Mesti ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti kami sekeluarga. Terasa kesunyian walaupun semasa hayatnya arwah hanya terbaring dan bangun sekali-sekala sahaja. Walaupun aku hanya seorang menantu, tetapi aku juga sayang pada arwah. Arwah tidak pernah menganggap aku ni orang luar tetapi arwah juga menyayangi aku. Kesedihan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Aku hanya mampu berdoa, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.