Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.
Laparoscopy selalunya digunakan untuk:
Siapa yang memerlukan laparoscopy?
Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:
- Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
- Masalah senggugut
- Masalah sakit perut yang berpanjangan
- Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound
Bagaimana prosedur dibuat?

Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.
Komplikasi
Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.

- Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
- Luka pada salur darah
- Perdarahan dalaman
- Jangkitan kuman
- Reaksi terhadap ubat bius
- Hernia
Selepas laparascopy
Selepas laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.
No comments:
Post a Comment