Wednesday, February 24, 2010

Sukar Tidur Semasa Hamil

Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.

Kerana disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar, ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang diakhir kehamilan.

Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:


* Kaki kejang
* Sukar untuk bernafas
* Sering buang air kecil diwaktu malam
* Bayi yang terlalu aktif, yang sering menendang pada bahagian ibu yang sensitif
* Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh bayi yang semakin membesar
* Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang
* Mengigau lebih dari biasa
* Mimpi ngeri yang sukar dilupa
* Merasa risau tentang kelahiran yang bakal mendatang
* Bimbang tentang bayi samada ia normal atau tidak
* Semua ini adalah masalah yang biasa terjadi semasa mengandung

Bagaimana saya boleh mendapat tidur yang selesa?

Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya

Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.

Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.

Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.

Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.

Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalan
Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tidak dapat tidur?

Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.

Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.

Banyak wanita yang mendapat menafaat dari senaman ringkas dan mendengan muzik yang menyenangkan. Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.

Sekiranya anda masih tidak dapat tidur, jumpalah doktor yang dapat menolong anda.

Tuesday, February 23, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA C.N.Y

....aku nak citer ni..masa cuti CNY ari tu..kami kengkawan pergi bercuti bersama keluarga..besa la..bawak le femili masing-masing kan...ada gak yang "single" a.k.a bujang la.
malas nak citer panjang2 jom cuci mata jap key...

 
...masa nih berenti kat R&R Tapah...
...Nampak tuh..sume nye kebulur...
Syukur la aku bangun nak siapkan makanan untuk SARAP..
Kol 3 pagi tau aku bangun!


haaa...ini la gambar Jambatan Pulau Pinang @ dlm bahasa owg putihnya Penang Bridge..
Cantek kan gambar ni...
kalau nak tau...aku la yang snap photo nie...


ni gambar kat Tokong Ular...
Ada kawan aku kat group kita orang ni ckp..gambar depan tokong gak nak di ambiknya...
Dpn Mesjid tak nak lak amik gmbr...hahaha...
Ehhh...ada tau...tapi bukan masa ni la...
nanti aku tunjuk...

...masa ni kan...semua gmbr wanita jer...tak nampak ker..mama-mama vogue yang nak pose ngn anak masing-masing..siap taik-tarik lagi...nampak?...eyyy...kelakar betul lar...yang cameraman ni pon satu...org tak ready lagi pon dah nk amk gambar....aishhh...

 
...haa
korang tau tak apa yang nuuuun jauh di sana tu...
...itu la Pulau Jerjak...
..aku ingat nak pose kat sini jap...tapi geng2 aku ni 
tak nak la pulak turun keta...
so ini je la yang sempat aku rakam...
.....................
.......................
.............................
hah...apa? nak lagi?
nanti la dulu...rehat jap....nanti kita sambung lagi key...

Monday, February 22, 2010

Darah Tinggi Semasa Hamil

Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.

Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?

Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.

Jenis-jenis Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi kronik

Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi.
Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.

Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)

Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.

Pre-eclampsia (PE)

Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Penyebab Pre-Eclampsia

Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.

Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?

Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
  • Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
  • Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
  • Migrane
  • Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
  • Mempunyai hypertension kronik
  • Terlalu kurus
  • Terlalu rendah
  • Kandungan kembar
  • SLE
  • Kandungan molar

Tip Kurangkan Muntah

Tip-tip Penting Untuk Kurangkan Loya dan Muntah Semasa Hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.

Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip Untuk Kurangkan Simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini

* Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
* Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
* Hindarkan diri dari wangian
* Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
* Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
* Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
* Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah

Sunday, February 21, 2010

Yes, It's Sunday!

Yea...yea...hari ini hari Ahad. Bila dah Hari Ahad tu confirm la semua kita fikir apa nak buat, nak masak, nak pergi mana, nak makan kat luar ker kat rumah dan macam-macam lagi la. Kepada sesiapa yang ada anak tu mesti tengah plan ke mana nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan. 

hehehe..aku pon camtu jugak. Pagi-pagi lagi aku dah plan tapi tak tau mana nak pergi. Any suggestion..? Sekarang ni aku tengah complete kan kerja rumah. Pastu boleh la berjalan-jalan.

Friday, February 19, 2010

Pendarahan Semasa Hamil

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

  1. Pendarahan Implantasi

    Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

    Apa itu pendarahan implantasi?
    Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

    Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

    Bilakan implantasi selalu terjadi?
    Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

  2. Keguguran

    Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

  3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

  4. Kandungan Anggur

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

  5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim

    Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

  6. Placental Abruption

    Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

  7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

    Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan

  8. Tanda Bersalin

    Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.

Jangkitan Kulat pada Faraj

Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?

Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Pemakanan pil perancang
  • Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
  • Penyakit kencing manis
  • Hubungan seks
  • Douching
  • Darah dan air mani

Apakah simtom jangkitan kulat?

Simtom-simtom termasuk:
  • Gatal, pedih dan sakit pada faraj
  • Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
  • Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
  • Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.

Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?

Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis

Wednesday, February 17, 2010

Detailed Scan

Apa itu detailed scan?
Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?
Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.

Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?

Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:

* Anencephaly ( tiada otak )
* Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
* Spina bifida- masalah saraf tunjang
* Diaphragmatic hernia
* Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
* Masalah buah pinggang

Dan lain-lain

Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.

Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?
Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.

Kos detailed scan ini?
Di Columbia Asia Puchong RM 220 sahaja termasuk CD dan gambar bayi.

Thursday, February 11, 2010

Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu

Topik Yang Paling best sekali...

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.

  1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
    Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
  2. Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
    Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
  3. Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
  4. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
  5. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
  6. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
  7. Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
  8. Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
  9. Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
  10. Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
  11. Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
  12. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

Chicken Pox Semasa Hamil

Apabila anda sudah hamil, semestinya anda akan memastikan yang kandungan anda dalam keadaan yang sihat tetapi kadang kala ia bukan sesuatu yang senang kerana wanita hamil kerap terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Chicken pox disebabkan oleh virus yang sangat senang dijangkiti dan boleh memberikan kesan sekiranya anda dijangkiti semasa hamil.

Apa itu Chicken pox?

Chicken pox adalah jangkitan virus yang dipanggil varicella. Selepas dijangkiti, wanita selalunya akan mengalami ruam yang kemerehan dan berbentuk seperti jerawat. Sebelum itu, pesakit selalunya akan mengalami demam dan sakit seluruh badan. Selalunya Chicken pox dijangkiti semasa zaman kanak kanak tetapi segelintir daripadanya kurang immuniti dan mendapat jangkitan semula semasa dewasa. Kajian menunjukkan 95% dari wanita apabila menjangkau dewasa sudah kebal terhadap jangkitan ini.

Siapa yang paling berisiko untuk mendapat Chicken pox semasa hamil?

Sekiranya anda pernah mendapat Chicken pox peluang untuk mendapat Chicken pox sekali lagi sangat rendah
Sekiranya anda tidak pernah mendapat Chicken pox, anda mempunyai risiko untuk dijangkiti virus ini dan perlulah sedaya upaya untuk mengelak dari mereka yang mengalami jangkitan Chicken pox.
Sekiranya anda kurang pasti samada anda pernah dijangkit, doktor boleh membuat ujian darah untuk mempastikan samada anda mempunyai antibodi terhadap Chicken pox. Sekiranya ada anda adalah imun terhadap jangkitan ini.

Apakah yang akan berlaku kepada bayi saya sekiranya saya dijangkiti Chicken pox?

Samada bayi anda akan dijangkiti dan setakat mana kesan terhadapnya bergantung kepada usia kehamilan anda.
Sekiranya ia berlaku pada usia kandungan 6-12 minggu risiko kecatan adalah 0.5-1 %
Sekiranya ia berlaku pada usia kandungan 13 hingga 20 minggu, risiko kecacatan adalah 2%
Sekiranya jangkitan terjadi diantara 5 hari sebelum dan 2 hari selepas anda bersalin kemungkinan bayi and mendapat chicken pox adalah 20-25%
Jenis kecacatan adalah: parut, masalah penglihatan, tumbesaran terbantut, saiz kepala yang kecil dan kecacatan otak
Apa yang boleh saya lakukan untuk pastikan anak saya bebas dari mendapat chicken pox?
Sekiranya anda pernah mendapat chicken pox, jangan risau kerana risiko untuk anda mendapat chicken pox adalah tersangat kecil.
Sekiranya anda tidak pernah mendapat chicken pox sebelum ini dan anda hamil, anda boleh mendapatkan injeksi imunoglobulin sekiranya anda "in close contact" dengan pengidap chicken pox
Sekiraya anda mendapat vaksin chicken pox anda perlu memastikan yang anda tidak hamil 3 bulan selepas injeksi.Bolehkah seseorang mendapat chicken pox dua kali?
Boleh tetapi ia sangat jarang berlaku. Ia mungkin berlaku kepada mereka yang kurang daya imuniti dan kepada mereka yang merasakan diri mereka pernah dijangkiti tetapi sebenarnya bukan dan cuma ruam biasa sahaja.

Sunday, February 7, 2010

Laparoscopy

Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoscopy selalunya digunakan untuk:


  • merawat salur fallopian yang bermasalah





  • membuang parut dalam pelvis





  • merawat endometriosis





  • membuang ovarian cyst



  •  Siapa yang memerlukan laparoscopy?

    Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:
    • Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
    • Masalah senggugut
    • Masalah sakit perut yang berpanjangan
    • Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound

    Bagaimana prosedur dibuat?


    Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

    Komplikasi

    Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.
    Komplikasi termasuklah:
    • Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
    • Luka pada salur darah
    • Perdarahan dalaman
    • Jangkitan kuman
    • Reaksi terhadap ubat bius
    • Hernia

    Selepas laparascopy

    Selepas laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.

    Tidak Bertelur (Anovulasi)

    Sekiranya anda susah untuk hamil, ia mungkin berkait dengan pengeluaran telur atau ovulasi. Untuk hamil, seseorang perlu mempunyai telur yang cukup dan matang semasa saat persenyawaan. Ramai wanita apabila tidak mampu hamil, didapati mengalami masalah anovulasi atau tidak bertelur.

    Apa itu Anovulasi

    Wanita yang tidak mengeluarkan telur setiap bulan mengalami masalah anovulasi. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah lain, kehamilan akan berlaku. wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.

    Sebab-sebab Anovulasi

    Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. mungkin hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak dan otak kita tidak mempunayi cukup signal untuk ovari mengeluarkan telur.
    Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:
    • Menyusu badan
    • Terlalu gemuk atau telalu kurus
    • Terlalu banyak senaman
    • Anorexia atau bulimia
    • Tekanan
    • PCOS
    • Masalah tiroid
    • Masalah kelenjar pituitari.
    • Masalah berlebihan hormon prolaktin

    Rawatan

    Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut.Ubatan-ubatan yang boleh membantu termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk prngidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan.


    Kesuburan dan Kehamilan Kimia

    Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.


    Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.


    Kadang kadang ujian air kencing juga boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti  UPT tersebut.
    Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakkan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pada sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya.
    Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.


    Apa maksudnya kehamilan kimia ini terhadap anda.

    Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia, jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukkan yang anda berupaya untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan.
    Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak sihat .
    Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan akan datang.
    Kehamilan kimia bukan salah satu tanda ketidaksuburan atau menunjukkan yang anda dan suami mempunyai masalah genetik.
    Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia melebihi 3 kali, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.