![]() |
| Distortus Rex |
![]() |
| Keluarga Delgado |
![]() |
| Distortus Rex |
![]() |
| Keluarga Delgado |
Cita-cita aku tahun ini nak update entri baru blog setiap hari.
Dah masuk bulan Februari, aku punya pencapaian mampu menulis 27 entri untuk Januari 2026 hahaha. Itu pun sebab ada sehari tu aku tulis sampai dua atau tiga entri.
Ikutkan banyak je aku boleh tulis. Tapi ada masa aku tak sempat. Ada masa otak aku tepu dan serabut. Ada masa aku ke laut sebab terjebak dengan short drama dan social media.
Semalam aku dah terjebak dengan Jeffry Eipstein punya kes. Lepas tu aku nak kena habiskan module yang aku sedang belajar. Tak termasuk dengan siri berchit chat dengan AI.
Sudahnya, aku mengantuk. Itu je lah kerja aku semalam. Nak hantar buku yang aku dah pinjam ke Perpustakaan Negara pun tak boleh sebab Public Holiday.
Maka berlalulah hari yang tak produktif. 😅
"Satu meja ada 7 - 8 lauk, tak termasuk air dan nasi putih. Total berbelas pinggan setiap meja. Window tak boleh tunggu lift ni naik, keluar makanan dan turun balik. Lambat seminit je akan jam sebab lauk kita keluar non stop."
Apa yang Khairul Aming tulis tu betul. Food lift direka untuk pinggan dan dulang kecil sahaja. Tak sesuai untuk beban yang berat dan dalam kuantiti pinggan yang banyak. Tengoklah semua gambar makanan dibawah sampai penuh meja. Pinggan pun besar. Food lift ni juga bergerak perlahan. Macam Rembayung yang sentiasa penuh memang tak sesuai la. Katalah food lift tu rosak. Dengan staf yang terhad. Boleh pengsan.Lagi lama pelanggan tunggu makanan, nanti akan ada yang tak puas hati. Mulalah dapat rating rendah.
Rembayung hanya dua tingkat sahaja. Struktur pula "semi-glasshouse". Nak turun naik tangga lebih cepat dari guna "food lift" atau "shaft lift".Kalau aku jadi Khairul Aming aku pun tak akan guna "food lift" melainkan restoran aku 3-4 tingkat. Susah kan jadi Khairul Aming ni hahaha.
Nasiblah, kita ni nobody, tak ada siapa kisah. 😅
***Bila pulak aku boleh dapat booking slot Rembayung ni. Asyik kena sidai je. 😂
Sebelum ni memang aku tak setuju pun dengan MyDigital ID. Even PADU pun aku tak daftar. Tapi yang membuatkan aku terpaksa mendaftar MyDigital ID dalam keadaan terpaksa rela kerana bila aku nak masuk aplikasi agensi kerajaan seperti MyJPJ tu kena guna MyDigital ID.
Daripada apa yang aku baca, MyDigital ID dibangunkan MIMOS pada tahun 2016. Tetapi MyDigital ID Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2024. Yang mana pengurusannya perlaksanaannya dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Berfungsi sebagai satu log masuk tunggal yang selamat untuk sistem MyNIISe dan dilancarkan pada Ogos 2024.
Kenapa tidak diurus dan dilaksanakan dibawah JPN? Nanti aku cari maklumat lebih lanjut keyh. 😆
MyDigital ID ini berfungsi sebagai identiti digital nasional untuk pengesahan dalam talian yang selamat tanpa menyimpan data biometrik katanya hehe.
Tapi kalau kau suka ke tidak, setuju ke tidak, tetap juga kena daftar macam aku. Suami aku dah daftar awal. Dari zaman PADU lagi. Aku ketinggalan jugak. Sebenarnya, ramai lagi yang tak daftar tu kan?😅
| Kiosk MyDigital ID di Tealive, My Town |
Selepas buat pendaftaran di aplikasi MyDigital ID, aku kena pula pergi ke Kiosk MyDigital ID untuk pengesahan "thumbprint". Macam-macam kan. Kita ni nak jadi rakyat yang patuh. Kalau tak melecehkan kita bukan gomen namanya.
Nak tahu lokasi kiosk MyDigital ID boleh klik sini. Semua out Tealive ada kiosk MyDigital ID. Yang paling dekat dengan ofis aku ialah Tealive Melawati Mall. Yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tealive Ampang Point.
Disebabkan aku rindu nak makan croissant dan hot chocolate, aku saja gatal pergi Tealive My Town Cheras hehe.
| Senang je, masukkan IC terus |
Yelah, nak tanya adik kerja kat Tealive tu dia tengah sibuk. Takpelah, aku cakap je dengan Kiosk tu. Berjaya jugak. 🤣
| Ikut je arahan, dah thumbprint, keluarkan IC |
| Thumbprint verification successful, Boleh Klik "done" |
Haritu kan aku ada story tentang kat mana nak dapat buku rujukan yang lebih murah. Buku-buku yang aku order dua hari lepas dah pun sampai semalam. Dapat baucer untuk "same delivery free" dari Shopee, aku gunakanlah sebaiknya.
Aku order buku Pendidikan Islam, Premium Model Penulisan (Bahasa Melayu), Premium Model Essays (English) dan Buku Tatabahasa. Semuanya dari Pelangi Books.
Ingat lagi zaman sekolah dulu brand yang top masa tu ialah Sasbadi. Tapi aku suka buku dari Pelangi sebab pada aku nota dari buku ni semuanya ringkas, padat then banyak latihan yang menyeluruh. Aku memang banyak beli buku rujukan dari Pelangi.
Pilihan kedua aku ketika itu dari Sasbadi. Sasbadi masa tu harga agak mahal sikit dari buku Pelangi.
Sekarang, untuk anak-anak aku pun sama. Aku beli dari Pelangi Books. Ada juga aku beli dari publisher lain seperti buku Quick Revision dari EPH Publishing. Okay juga. Tapi kalau yang lebih menarik dan warna warni adalah Pelangi hehe.
Setakat ini Pelangi memang best especially yang FOCUS. Memang Bestseller. Pada aku kalau tak guna buku teks pun tak ada masalah sebab buku FOCUS ni dah macam buku teks cuma versi warna warni. Cuma harga memang agak mahal. Satu buku rujukan dalam RM19.00-RM40 untuk Tingkatan 1 hingga 3. Kalau ada bajet lebih dan adik-adik yang ramai boleh beli. Sebab kalau abang atau kakak dah tak guna boleh pass kepada adik-beradik yang lain. 😊
Macam aku, yang Pendidikan Islam aku beli FOCUS. Yang lain aku beli RANGER. Sebab senang Hadif nak bawak pergi sekolah. Buku pun sederhana je saiznya. Boleh bawa ke mana-mana. Nak buat ulangkaji pun senang. RANGER ni pun dalam kategori Bestseller juga. Yang Quick Revision tu aku beli untuk abang Hanif tiga tahun lepas.
Okay, kat mana nak dapat murah?
Nak beli di website Pelangi Books pun boleh juga. Kalau beli dari pengedar, ada yang boleh dapat another discount dalam 10%. Ada distributor tak bagi diskaun pun.
Bila aku check kat shopee, harga memang boleh dapat lebih murah. Boleh jimat dalam RM5.00 macam tu. Korang boleh pergi ke Book Station. Memang murah. Kalau dapat shipping voucher free lagi jimat. Aku jimat dalam RM30 macam tu. Banyak juga kan?Korang boleh usha dulu kat shopee. Memang berbaloi. Kalau dapat beli di website Pelangi Books lagi murah pun lagi bagus.