![]() |
| Robert Maxwell, isteri dan 7 orang anaknya. Ghislaine dipangku oleh Betty (ibu) |
Latar belakang
Ghislaine Noelle Marion Maxwell lahir pada 25 Disember 1961di Perancis. Anak bongsu daripada 9 beradik kepada Robert Maxwell, seorang usahawan Britain yang super kaya dan super kontroversi.
Ayahnya, Robert Maxwell (nama asal: Ján Ludvík Hyman Binyamin Hoch) merupakan seorang pelarian Holocaust. Berjaya membina empayar media gergasi termasuk Mirror Group Newspapers. Robert Maxwell dikatakan ejen Mossad (Israel), kawan KGB (Russia), dan sumber MI6 (UK) boleh dikatakan tali barut tiga pihak dalam dunia perisikan.
Ghislaine dilahirkan dalam kemewahan. Membesar dalam rumah mewah, diberi kemewahan, bersekolah di Balliol College, Oxford dan bergaul dengan golongan elit. Even bila Robert Maxwell beli kapal peribadi pun dia letak nama anak dia "Lady Ghislaine". Keluarga Maxwell juga mempunyai jet peribadi dan kelab bolasepak.
Tiga hari selepas Ghislaine dilahirkan, sebuah kereta yang membawa abang dia Michael yang pada ketika itu umur 15 tahun kemalangan dan terbabas ke dalam lori. So, Michael Maxwell koma selama 7 tahun sebelum kematiannya.
Selepas kemalangan yang menimpa abangnya Michael, Ghislaine diabaikan secara emosi oleh ibu bapa dia. Ibu Ghislaine, Betty sendiri yang mengaku mereka tidak memperdulikan Ghislaine kerana terlalu kecewa dan sedih dengan kematian Michael. Sehinggalah pada tahun 1961, semasa Ghislaine berumur 3 tahun, dia dengan lantang kata, "Mummy, Saya wujud".
Masa tu, Betty dan Robert terkejut dan dengan tiba-tiba melakukan "reaction formation", mereka berubah kepada ekstrem yang bertentangan memberi kasih sayang berlebihan kepada Ghislaine. Tetapi sebenarnya kasih sayang yang ditunjukkan sudah terlambat. Ghislaine tidak dibesarkan dengan kestabilan emosi, malah berlaku pengabaian yang ekstrem dari dia masih bayi. Kemudian pada umur 3 tahun dia dimewahkan dengan pemberian yang berlebihan (rollercoaster of neglect and overindulgence).
Robert Maxwell yang sangat marah dengan anak-anaknya selepas kematian Michael selama ini tiba-tiba menjadikan Ghislaine sebagai "anak kesayangan". Ghislaine satu-satunya anak yang akan dibeli dengan hadiah yang mahal-mahal, tidak dimarahi oleh bapanya Robert serta diberi perhatian khusus dengan syarat Ghislaine mestilah menjadi anak yang disenangi oleh bapanya juga menjadi cerminan kejayaan Keluarga Maxwell. Kiranya ini adalah kasih sayang yang "transactional". Bukan ikhlas dari seorang bapa.
| Headington Hill Hall |
Sepanjang zaman kanak-kanak Ghislaine, banyak parti mewah diadakan di Headington Hill Hall (seperti sebuah istana) yang dihadiri oleh ahli-ahli politik, selebriti dan tokoh-tokoh nama besar. Mereka datang untuk minum champagne, berbual politik dan menjalin hubungan perniagaan. Tetapi, selepas para tetamu VIP meninggalkan banngunan, Headington Hill Hall berubah menjadi satu bangunan yang sangat ketat emosi. Robert Maxwell boleh berubah dari seorang "charming host" kepada "monster" yang boleh mengamuk dalam sekelip mata.
Sehingga dewasa, Ghislaine lebih dikenali sebagai "socialite" dari usahawan dan mula bercinta dengan Count Gianfranco Cicogna, seorang bangsawan Italy. Pernah, Ghislaine cuba untuk menjadi "feminist" dengan menubuhkan kelab ahli persendirian eksklusif wanita untuk wanita yang bermotifkan "women empowerment".
Anna Pasternak (kenalan lama Ghislaine) menyatakan tujuan kelab persendirian wanita yang ditubuhkan bukan khas untuk memperjuangkan wanita. Tapi, ia adalah tentang networking dengan wanita-wanita kaya, yang lebih berkuasa, serta boleh memperkenalkan lelaki yang lebih kaya dan lebih berkuasa. Dan ini adalah satu yang dipanggil sebagar "pattern of behaviour" bermaksud, corak tingkah laku yang berulang dengan menggunakan orang lain untuk dapatkan apa yang dia mahu tanpa ada niat untuk membalas kebaikan yang telah diterima.
![]() |
| Robert Maxwell, Betty & Ghislaine semasa parti di atas kapal, 1990 |
Zaman Kejatuhan Maxwell
Pada November 1991, Robert Maxwell ditemui mati di laut berdekatan dengan kapal Lady Ghislaine. Kematian Robert ini sangat misteri. Ada yang kata Robert bunuh diri, ada yang kata dia dibunuh oleh Mossad dan selepas itu terdedah skandal mencuri £460 juta dari dana pencen kakitangannya. Tapi Ghislaine percaya yang ayahnya dibunuh. (Bab ini kita akan cerita lain).
Disebabkan isu ini, Keluarga Maxwell jadi muflis. Ghislaine (umur 30 tahun) berpindah ke New York dan bergaul dengan golongan elit dan berjumpa dengan Jeffrey Epstein pada tahun 1992. Dan kebetulan masa tu Epstein dah jadi jutawan. JE lah yang menjadi penyelamat kewangan Ghislaine. JE yang sara hidup dia, bayarkan apartment, hidup bermewah-mewah dan jadikan Ghislaine sebagai "official girlfriend" dia untuk beberapa tahun sehingga tahun 2000.
Ghislaine bukan saja pernah menjadi kekasih JE, tetapi Ghislaine juga menguruskan hartanah dan projek-projek kebajikan Epstein, menjadi "recruiter" para gadis bawah umur, pengurus operasi rangkaian pengedaran seks serta mengurus jadual dan logistik di antara mangsa dengan Epstein dan rakan-rakannya. Pada masa yang sama Ghislaine boleh dikatakan bersubahat membuat jenayah bersama kerana turut serta dalam penderaan dan menggunakan psikologi untuk memanipulasi mangsa. Jadi, walaupun mereka tidak menjadi sepasang kekasih mereka tetap rapat sehingga tahun 2019.
Jika dibandingkan dengan Jeffrey Epstein, Ghislaine ini adalah seorang yang extrovert dan pandai bersosial. Dengan kelebihan yang ada Ghislaine gunakan tarikan sosialit dia untuk mendekati gadis-gadis remaja yang muda dari keluarga yang miskin dan bermasalah. Sasarannya ialah gadis yang berumur 14 - 17 tahun. Cara pendekatan yang digunakan ialah dengan meyakinkan mangsa yang dia adalah seorang "kakak perempuan" yang baik, mengambil berat dan mudah didekati. Ghislaine akan tawarkan wang, peluang kerjaya sebagai model, tawaran pendidikan, memberi perhatian dan kemasukan ke dunia mewah.
Hubungan Jeffrey Epstein dan Ghislaine Maxwell bermula sebagai pasangan romantik. Sepasang kekasih. Tetapi, lama-kelamaan hubungan mereka telah menjadi sebagai hubungan kawan baik dan rakan kongsi dan "partner in crime" dalam jenayah.
***Cerita tentang Ghislaine ni memang panjang berjela. Kita sambung Bahagian 2, tentang kehidupan dia dan bagaimana dia punya modus operandi, apa yang dia buat dalam nak naikkan nama baik etc tu kita sambung kemudian***


No comments:
Post a Comment