Tuesday, February 10, 2026

Revive Serum Beauty Of Joseon Ginseng + Snail Mucin kurangkan kedutan


>> Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin <<

Aku memang peminat produk Korea. Especially untuk penjagaan asas. Kecuali pelembap muka untuk malam saja. Skincare Korea ni fokus untuk kesihatan jangka panjang untuk cegah kerosakan kulit dan mengutamakan kulit yang sihat. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang lembut dan semulajadi. Kebanyakan produk skincare Korea sesuai untuk kulit yang sensitif, dan mostly berkesan. Contohnya, musin siput untuk skin repair, sentella asiatica untuk soothing (legakan kulit), ginseng untuk anti-aging dan bahan-bahan yang ditapai.


Sebelum ni aku guna Yuja Niacin Some by Mi punya serum, jadinya sekarang aku saja-saja nak tukar serum brand lain tapi ada function yang lebih kurang sama dengan Serum Yuja Niacin. Cari punya cari jumpalah brand Beauty Of Joseon. Tengok memang banyak review yang bagus, cuma aku je lah yang macam boleh ke ke, betul ke produk ni. 

Haritu aku beli disebabkan harga pun okay, murah sikit je dari Serum Yuja Niacin aku try la. Aku tak takut nak try K-skincare sebab produk Korea ni jarang bagi kulit kita iritasi walaupun tak ngam. 


Aku beli Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin. Serum ni kira penyelamat kulit yang dah kurang anjal. Serum ni mengandungi ginseng + lendir siput yang boleh kulit kita jadi lembap, anjal balik dan sihat.

Serum ini sangat sesuai untuk yang dah umur macam aku ni. Dari 35 tahun hingga 45 tahun sebab ada dua bahan utama seperti ginseng dan lendir siput. 

Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin

   
Serum ginseng dan lendir siput sangat sesuai untuk isu keanjalan dan garis halus kerana kombinasi dua bahan ini bekerjasama dengan baik. Ginseng membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengawal radikal bebas, menjadikan kulit kita lebih tegang. Lendir siput pulak menghidrasi kulit secara mendalam, memperbaiki skin barrier dan mengisi garis halus hasil dari kandungan acid hyaluronic acid dan peptides.

 
Umur 35 hingga 45 tahun adalah peringkat yang paling memerlukan serum ini sebab masa ni, pengeluaran kolagen semakin berkurangan, kulit kita semakin kering, dan proses pemulihan kulit menjadi lebih lambat. Serum ini bukan sahaja menyamarkan masalah di permukaan, malah menangani punca sebenar dengan memperkukuh struktur kulit kita dari dalam.

Satulah, serum ni busuk hahahaha. Tapi bagus untuk muka aku. Sangat bagus. Cuma perlu disapu pada waktu malam sahaja. Siang aku tak gunakan serum. Aku cuma gunakan Toner Yuja Niacin Some by Mi. 

Nanti aku share skincare routine aku. Sebab aku sekarang dalam proses pembaikan muka sebab muka aku sebelum ni sangat kering. Dulu kulit aku jenis yang berminyak. Dah semakin berusia ni jadi kering pulak muka aku. Masalah pori pun ada. Garis halus ada. Aging pun ada. Faktor usia kann. 😆

No comments:

Post a Comment