Saturday, October 3, 2020

Seksa Bentan Urat


Ikan bilis, halia, kunyit. Aku tak lalu nak telan. Tapi Hanif makan banyak. Dia kata sedap. πŸ˜‚

Seumur hidup ni kali ketiga aku kena Bentan Urat. Yang pertama kali masa dalam pantang Hadif lagi beberapa hari nak habis pantang. Memang menggigil gigil masa tu. Makan ubat pun tak lut. Menangis weyh. 3 hari jugak aku demam.

Kali kedua aku kena beberapa tahun yang lepas. Satu hari aku tak bangun. Tapi dua hari dah okay.

Yeah aku mengaku masa dalam pantang memang aku pantang betul betul bab makan. Makan ikut nasihat doktor. Tapi ada juga yang aku berhati hati, tak makan. 😊

Tak keluar rumah langsung. Pakai baju tebal, tutup kepala, socks bagai tu. Tapi anak aku mandikan sendiri, masak sendiri, semua sendiri. Lepas dua minggu memang rilek je buat kerja rumah yang ringan ringan. Basuh baju. Masa Hanif dulu pun sama. Ye lah dah berpantang sendiri kan. Mak mertua pun bukannya kuat. Jadi dia tolong sikit sikit jemur baju bagai. Tengok baby. Nak angkat baby pun tak larat.

Dan kali ni aku tahu sebab apa aku kena bentan urat. Hadiah umur 40 tahun kikiki. Dua minggu yang lepas dah ada tanda tanda. Tapi mak tahan je. Ada satu hari tu aku tak bangun. Makan ubat terus tido. Bangun esoknya okay sikit. Jenis melawan kan. Sampailah 4 hari lepas.

Balik ambik anak sekolah aku terus berbungkus dengan selimut walaupun time tu panas lit lit kat luar. πŸ˜‚

Asal petang hujan terus menggigil gigil. Kepala pun sakit yang boleh buat aku naik angin. Sikit sikit naik angin. Tak caya tanya laki aku bila aku mengamuk dengan anak anak. Habis semua orang aku marah. Bunyi TV pun buat kepala aku sakit berdenyut. Macam bingit. Orang cakap angin meroyan menyerang kepala agaknya hahaha. Sampai laki mak pun kata dia tak boleh tahan aku punya angin. Boleh sakit jantung dia kata. #bilabinimengamuksakan πŸ˜…

Semalam pergi shopping barang rumah kat Hero pun aku mintak orang sorong troli sampai ke kereta. Nak tolak troli pun tak larat. Biasa steady je tolak satu troli penuh. Semalam siap mintak tolong dorang letak barang dalam kereta.

Harini, dah mula kena berpantang macam orang bersalin. Nak urut tak boleh. Tak digalakkan. Bertahan je lah. Bertahan tak marah anak anak. Duduk dalam bilik. Makan minum semua macam dalam pantang. Tak suka pun kena telan. Sebab tak larat masak. Pakai stokin sampai ke lutut. Mandi herba. Bertangas. Ikat rambut ketat ketat. Pakai pilis. Bezanya tak pakai bengkung je. Syukur ada Hanif buat semua kerja rumah.

Macam mak aku cakap. Kita yang berpantang betul betul pun kekadang sakit sakit. Apatah lagi kalau tak berpantang. Memang masa dalam pantang tu kita ingat badan kita kuat. Tapi kalau tak jaga azab juga bila tua nanti.

Kalau boleh masa dalam pantang tu kena rehat betul betul. Off gadjet. Jangan tengok phone. Jangan baca buku. Rehattttttt.

Ni ⬆️ pesanan untuk diri sendiri. πŸ˜‚

Bye.

***harap boleh bertahan tak buka social media lepas ni.***

Thursday, September 24, 2020

CARA-CARA SENANG NAK SIMPAN FAIL DALAM KOMPUTER SUPAYA MUDAH INGAT



Sejak masuk umur 30-an bila nak save file dalam komputer tak boleh nak guna short form atau nama pelik pelik. Memang susah nak ingat. 

Bila nak masuk 40-an dia jadi lagi teruk hahaha. Jadinya aku buat apa? Kalau personal file aku akan buat satu folder untuk personal jadi semua nota dan kelas, copywriting akan ada dalam folder tu. 

Nota e book dalam file e book. Kalau contoh nak save file pun tak boleh nak guna CW. Mesti nak tulis penuh COPYWRITING. Supaya mudah nak cari akan datang. 

Maklumlah Vitamin L tu banyak sangat. Terlalu mujarab. 🀣 

Dulu mader pernah tulis ebook tapi macam tak habis. Dah save file tu tapi sekarang bila nak cari tak jumpa. πŸ˜… 

Kalau untuk produk Sugarmello aku akan save as Sugarmello lepas tu gambar akan jadi sugarmello1, sugarmello2, sugarmello3. 

Kalau produk Elzha pulak aku akan buat benda yang sama elzha1, elzha2, elzha3 dan seterusnya. 

Gambar banyak sangat sampai bila nak cari dalam folder download tu pun tak sanggup. So bila nak download cuma seacrh keywords je. Kalau taip Elzha maka akan keluar berderet-deret gambar elzha1, elzha2, elzha3, elzha4 dan seterusnya haha. Mudah kannn.

Cara ni sangat berkesan untuk mak yang pelupa ni. πŸ˜‚ 

Faktor usia sungguh kan. Korang yang ada penyakit L boleh guna cara ni hihihi.... Mana tau kot kot berkesan.

Tuesday, September 22, 2020

CONSISTENT AND PERSISTENT

Dulu masa zaman aku jadi Agen Insurans dan Takaful kami selalu ditekankan dengan ayat "Consistent and Persistent". Setiap pagi masa meeting mesti boss akan cakap, "be consistent be persistence...''

Bila dengar orang selalu sebut kita pun rasa macam, ''eh aku kena consistent kena persistence...''

Tapi bila ditanya maksud Consistent dan Persistent jadi nganga. Macam na jawab pun tak reti.

Orang yang kerja dalam bahagian Sales and Marketing dah lali dengan ayat ni. Kira mereka punya sarapan wajib setiap pagi. 

Apa yang dimaksudkan dengan "CONSISTENT" dan apa pula yang dimaksudkan dengan "PERSISTENT" atau "PERSISTENCE".

CONSISTENT - KONSISTEN apabila dirujuk ke dalam Google Translate atau mana mana kamus ia bermaksud, "acting or done in the same way overtime, especially so as to be fair and accurate."

Merujuk kepada sesuatu yang kita buat secara kerap setiap hari. Tak pernah tak buat. Atau tak boleh skip. Contoh saya ambil Target Sebulan nak jual 100 buku Kek Lapis. Jadi dalam masa sehari kita mesti jual 3-4 buku kek lapis secara berterusan untuk mencapai target 100 buku tu. Atau seminggu kita kena jual 28 buku kek lapis. Kalau seminggu dah 28 buku jadi sebulan jumlahnya 112 buku. Boleh faham?

PERSISTENCE - pula bermaksud GIGIH atau BERSUNGGUH-SUNGGUH. Gigih buat sesuatu demi untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Contoh saya ambil lagi nak jual kek lapis bulan ni target 100 buku. Bersungguh sungguh berusaha menjual demi nak capai target tersebut. Takde alasan. Ada masalah pun dia tolak tepi haha. Yang penting target tercapai.

Slow learner takpe. Yang penting kena ada effort. Tak boleh malas. Sanggup belajar. Be humble. Tak besar kepala. Sifat sifat ni yang akan buat kita menjadi seorang yang berjaya. Mungkin tidak duduk di 10 tangga yang berjaya kat Malaysia atau dunia. Tapi cukup berjaya dimata keluarga, anak anak dan diri sendiri.

Jadi, boleh macam tu? ;)

#TMW #THEMIRACLEWARRIORS #EZKL #SUGARMELLO

Monday, September 21, 2020

4 TIPS MACAM MANA NAK SENTIASA BERFIKIR POSITIF



Ada masa kita sangat kecewa. Kecewa dengan keluarga, kecewa dengan anak, kecewa dengan suami atau isteri. Tak pun kecewa dengan diri sendiri.

Tiba-tiba je rasa menyesal kenapa aku pilih laluan hidup yang sekarang. Tiba tiba je rasa tak patut sangat aku berhenti kerja. Jaga anak kat rumah. Takde gaji, takde pendapatan tetap. Takde duit nak bayar hutang itu ini. Rasa tak berguna sebab tak boleh contribute.

Ada pulak yang rasa menyesal. Sebab tak dapat nak tengok anak anak membesar sebab terlalu sibuk dengan kerja. Punya masa yang terhad untuk keluarga.

Ada yang tidak habis habis dengan masalah kerja dan keluarga 

Ya, takde siapa yang nak tolong kita bila kita dalam masalah dan kesusahan. Paling kuat pun hanya yang mampu mendengar kita mengadu. Nak mengadu pun tak boleh nak mengadu semua perkara. 

Dah buat macam macam tapi tetap juga tak selesai. 

Kadang-kadang tak semestinya bila ada masalah terus nak selesaikan time tu jugak. Memang akan perlukan masa. Tapi apa yang penting bagaimana sikap kita dalam menangani masalah dan keserabutan yang melanda. Adakah kita terbawa-bawa dengan masalah yang dihadapi atau bertindak secara positif especially masalah emosi kita sendiri.

Antara cara - cara untuk sentiasa positif ialah:

1. Anggap ia dugaan dari Allah

Kembali kepada Allah. Mintak pertolongan dengan Allah supaya mudahkan urusan kita. Minta supaya segala masalah kita boleh ditangani dengan tenang dan sabar dan menganggap itu adalah ujian dari Allah yang mahu kita kembali dan mengadu kepadanya. Mana tahu selama ni kita alpa dengan keseronokan serta kesenangan dunia.

2. Elakkan mengadu kepada orang lain.

Orang lain tidak akan mampu menyelesaikan masalah kita. Begitu juga yang sebaliknya. Mengadu kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui. Ingat, bila mengadu kepada manusia apa yang kita dapat? Dapat dosa satu. Dan belum tentu lagi orang lain tu menyimpan rahsia masalah kita.

3. Tanya diri sendiri

Tanya diri sendiri bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jangan tanya kenapa aku diduga begini. Jangan asyik rasa diri kita selalu jadi mangsa. Jangan salahkan orang atas masalah yang menimpa kita. We are fighter!!! Ya, memang bukan senang. Tapi InsyaAllah mesti boleh. Jangan tanya kenapa aku ni gemuk. Tapi fikir macam mana nak turunkan berat badan supaya sihat cantik dan letops hihihi.

4. Bersihkan hati

Selalu bersangka baik. Penyakit yang paling susah nak ubat ialah penyakit hati. Contoh penyakit hati ialah sombong, berlagak, takbur, cemburu tak bertempat, dengki, dan berdendam. Jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Jangan rasa sakit hati atas kejayaan orang lain. Tapi ambil cerita dari kejayaan orang lain tu kita ikut. Buat jadi contoh. Jadikan idola. Ini asal berjaya sikit mula lah dengki.

Kesimpulannya, sentiasa bertenang bila dihadapi masalah. Apa pun kita juga yang harus selesaikan masalah tersebut. Berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sekian,

Teima Kasih daun keladi sebab sudi singgah ke blog ni. Sehingga kita berjumpa lagi di entri seterusnya. TAMAT.

Menulis di media sosial


Dulu,

12 tahun yang lepas memang tak pandai menulis kat FB. Tambah pula FB masa tu maksimum boleh tulis paling panjang 25 patah perkataan. Amendaaa lah kan. Nak tulis apa 25 patah tu. Nak tulis biodata pun tak lepas. πŸ˜‚

Pernah try nak belajar tulis novel masa sekolah. Huh tak reti beb. Nak tulis apa? Yang aku tau masa tu tulis BIODATA je. Wakakakaka.

Sebab tu aku salute dengan penulis novel.

Sebelum FB aku dah berjinak jinak dengan blog. Itu pun sebab nak mengisi masa lapang dalam pantang lepas beranakkan Hanif. Pun mak tak tulis panjang. Takde ayat pun. Gambar je. Blog yang ni jugaklah. Dahulu dan sekarang. 

Habis pantang habis. Blog bersawang. Sampailah berhenti kerja. Mula aktif balik. Tulis apa? Suka suka je.

Tapi tetap kat FB tak pandai lagi menulis. Sampailah tahun 2014 aku jumpa sorang budak ni. Dia kata cuba kau belajar CW.

Aku tanya CW tu apa benda. Dia kata ala CW. Content writing. Tapi kau buat kat FB personal. Aku tanya balik macam blog ke. Dia jawab lebih kurang. Tapi blog lain tapi kat FB kena buat pendek. [sekarang FB dah boleh buat surat cinta macam karangan cinta Mujahid] 

Hahahaha, aku pun try. Still tak pandai lagi. Sebab tak reti nak buat ayat ala ala bahasa melayu tinggi macam tu. Waktu tu semua orang up CW bahasa munge munge gitu. Sampailah belajar kelas online macam mana nak tulis secara santai macam duduk ditepi pantai dibuai ombak dengan angin sepoi sepoi bahasa.

Sekarang, orang dah tak kisah dah kau nak tulis macam mana kat social media as long as netizen faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Orang panggil bahasa netizen. English ke Melayu nak campur pun takde masalah. It is a Social Media. Typo pun takpe (tapi elok betulkan). Boleh edit post kan. 🀭

Tak reti guna Bahasa Inggeris guna je bahasa Melayu. FB kan boleh translate. Apa susah. 

Tapi dengan syarat ejaan kena penuh dan betul. On point. Jangan jargon sangattt. Sampai orang tak paham y'all. 🀣

Bukannya kau maksudkan nak "join kelab bola" tapi kau pergi tulis "joint kelab bola..."

Maksudkan "Handbrake" kereta pergi tulis "Handbreak". Tu memang kena gelaklah. πŸ˜…

Bab tulis panjang panjang ni hasil belajar bertahun tahun dari blog. 

Dan aku pantang orang tulis ayat pendek short cut bahasa rempit aku tak faham.

Patahkan jari tu nanti baru tahu. πŸ™„

So, I am me. Mak yang garang. Bukan brownies, biskut dan kek lapis. But the way you look at me tengok muka mak je korang sah sah terbayang kek lapis, brownies dan biskut mak yang sedap tu kan kan kan. 🀣

Saturday, September 19, 2020

ELZHA WARRIOR

TOP 5 STOKIS ELZHA - AUGUST 2019
AKU YANG NO 4 TU hihihi

Bermula sebagai seronok menjual di #MAHA2018 terus daftar sebagai agen pada awal tahun 2019.

Kalau tanya masa tu mader pun tak tau berapa komisen jual kek lapis ni. Ini serious. Submit order ikut kuantiti yang ditetapkan. Macam tu lah. Bila orang tanya berapa untung. Hmmm entah. πŸ˜‚

Benda ni berlarutan. Memang banyak benda tak reti. Nak jual kat pasaraya, macam mana nak masuk, semua belajar dengan big boss Elzha.

KENAPA EZLHA? YOU ORANG SARAWAK KENAPA TAK JUAL JE KEK DARI SARAWAK??

Soalan kat atas tu dah beratus orang tanya. Aku nak jawab pun penat dah.

Dan paling kelakar. Tetiba ehh dah jadi Stokis. Masa tu tak ada agen lagi. Semua jual sendiri. Gigih tak gigih. Berangkut hari hari dengan kek hahaha. Kenangan manis masuk bazaar. Bukan semua orang boleh rasa.

Selalu tiap kali bazaar cakap dengan geng sama sama masuk bazaar, "Aku kena jual betul betul kek lapis ni. Sebab kek lapis ni yang bayar sewa tapak..." hahahahaha... sampai macam tu sekali.

Dah banyak plan untuk awal 2020. Dah cantik dah perancangan tup tup #COVID19outbreak pulak. Semua plan cancel tak menjadi. Allah sebaik baik perancang kan.

I go for online 100%. Dah takde tapak. Plan pun dah bertukar.

Orang kata bestnya senang senang dah jadi Stokis. Tapi korang tanya semua Stokis- Stokis dalam gambar ni dorang mesti ada dugaan sendiri. Mesti ada waktu waktunya down under the sea. πŸ€£

Langit tak selalunya cerah. Emosi tak selalunya stabil. Mesti ada turun naik. Cuma macam mana kita nak handle segala galanya.

Nak tanya masalah ai. Ai ada seribu satu masalah serabut kat kepala. Ikutkan hari hari down. Hari hari aku malas. Tapi buat apa nak tunjuk kat orang kan. Down tu takkan bangkitkan semangat kita. Nak down pun kita jugak yang kena hadap. Jadi buat lek buat pis.

Just go with the flow. Sales turun naik takpe. Mesti kena ada usaha. Be humble. Never stop learning. Dah pandai pun still kena belajar. Dunia ni berubah dengan cepat. Be who you are and proud of what you do.

Mana-mana yang jadi agen Mader so far walaupun aku ni garang tapi tak pernah sekali pun aku marah. Ai is sangat baik okeyy ahaaha (#doneclaim). You tak tau ai ajar dengan rela hati tau.

Teringat dialog dalam Kampung People "Walaupun petani tak kaya dan berjaya tapi pengalaman tu penting..." πŸ˜…

Mader jenis, nak buat. Buat. Tak nak buat takpe hahaha. Macam tu. Mak tak nak pening pening kepala. Baik terus meniaga mengisi masa lapang hihihi.

THANK YOU ELZHA. And TAHNIAH kepada kawan kawan stokis mader. You are the best. πŸ˜πŸ’•πŸ’–πŸ˜˜

p/s: Nak cakap TQ je. Top 4 je pun tapi post panjang tak hingat. πŸ˜‚ Ni sebab first time. Pasni post pendek.

Wednesday, September 9, 2020

KEM BINA INSAN MASA SEKOLAH


KEM ZAMAN SEKOLAH Terjumpa sijil sijil lama dalam fail. Sebab cari transkrip. So tetengah malam ni nak mengimbau kisah silam masa sekolah. 

 Dalam banyak banyak Kem yang mader masuk masa sekolah, KEM INSAN WAWASAN ni yang paling mencabar. Bertempat di Sungai Bangat Lawas. 

 Aku pun dah lupa ada wakil dari setiap kelas ke apa mader tak ingat. Yang pasti dari sekolah I masa tu 3 orang. Masa ni laaa ya Allah aku rasa macam baiklah mati dari kena dera kaw kaw dengan fasilitator. Walaupun memang lah biasa melasak duduk kampung angkat padi, beras, kayu, air etc, berjemur bawah panas, pergi sawah padi, training berlari merentas desa dalam hutan, macam power, tapii kem yang ni memang tak boleh tahan. Ketahanan fizikal dan mental masa ni telah ditekan ke tahap maksimum. Aku balik dari Kem ni terus demam 3 hari. Sampai rumah aku nangis beria sebab kepenatan. 

Itulah sekali seumur hidup. πŸ˜‚ 

 Hari pertama sampai dah kena teruk teruk. Kena bawak telur sorang sebijik. Tak boleh tinggal okay. Kalau telur tu pecah siaplahh kena denda teruk. Tak kira apa aktiviti telur tu tak boleh tinggal. Mesti bawak! Tak bawak kompom kena!!! 

 Nama je Sungai. Aku pun ingat sungai tapiiiiii, sebenarnyaa, kita orang kena berkhemah kat tepi pantai.

 Korang boleh tengok gambar pantai kat bawah tu. Haah kami berkhemah di kawasan yang lapang tepi pantai ittew dengan penuh keyakinan okeyh. πŸ˜‚ 

 Bayangkan lahhhh macam mana keadaannya bila siang. Panas nak mampos! Malam pun sejuk nak mati! πŸ˜­πŸ˜‚ 


 Cabaran yang paling aku tak boleh lupa bila kena angkat batang pokok besar tu 6 orang. Dari laut ke pantai. Adalah jarak dia. Jauh jugak. Masa pergi tu ada juga kena buat halangan tapi aku tak ingat halangan apa yang sampai semua orang lembik tak larat nak angkat batang kayu besar tu. Dah lahhh berat. Asal jatuh je kena start dari mula. 


 Bayang kann ehh, bayangkan aku nangis kat situ sebab dah penat sangat dengan panas nak tengahari tu pukul 11 pagi. Sampai merayu kat fasi tu dia buat tak heran. Memang azab. Dah lah bila sampai kita orang kena buat tekan tubi lagi sebab macam tak nak habiskan task tu, serious aku nangis nangis sambil tekan tubi tu. 🀣 

 Dalam hati aku cakap menyesal aku setuju dengar cakap cikgu. Kalau tahu macam ni mampus tak nak pergi. Tapi mader sempat sekolah kat sini 6 bulan je lepas tu terus pindah sekolah kat Kapar, Klang. Initially kira ai orang Selangor laah. Sebab tempat pertama menetap bila sampai tanah Semenanjung adalah Selangor. 😝 

 Tahap penat dan stress dia masa kem ni sampai tak lalu nak makan. Sedih punya pasal. πŸ˜… 

 Peristiwa paling sadis dan paling kelakar aku rasa ialah ingat lagi masa tu malam last berkhemah kat tepi pantai. Hujan lebat macam ribut taufan. Habisss khemah kita orang terbang. Baju dalam beg semua basah. Yang lawaknya khemah besar yang tempat berhimpun tu dah terangkat angkat nak terbang. Bila tengok macam tu kitaorang pun ramai ramai bergayut kat kaki khemah. Terasa laaa berayun. Dah lah badan ala ala tiang telepon je memasing. Sama kurus dengan besi khemah tu. 🀣 

 Aduh, sepanjang malam tu mader tidur dalam keadaan basah lencun. Nak ganti baju takde satu pun baju kering. Selimut pun basah. Khemah dah terbang dan rosak. Aku pun tak ingat aku tidur mana masa tu. Sama ada tumpang khemah orang atau tidur kat kerusi. 

 Bila balik tu, sedih laa sebab nak berpisah. Biasalah kan. Sedih lagi sebab asyik kena raging je. Tak sabar nak balik hihihi. Tak cerita masuk hutan lagi. Dengan tak berlampuu huuuu. Jangan tanya laa. Macam nak meletup jantung. Takut ular. πŸ˜‚ 

 Kalau budak budak sekarang pergi kem kena macam tu mak boleh rasa lah beratus ratus surat saman akan sampai bila dah seminggu habis kem. πŸ˜…πŸ€£ #throwback 

 ***gambar pantai ehsan dari uncle google

Saturday, September 5, 2020

HAPPY BIRTHDAY HADIF, AUNTY ZULYANA DAN UNCLE ZURAIN

Hari ni masuk 5 September.

Baru nak terhegeh-hegeh nak update pasal birthday anak hihi.

Bulan ni September Babies ramai. Hujung bulan baru sambut dengan family.



3 hari 2 malam duduk rumah nenek dah cukup bagi anak anak aku happy. Seronok dapat jumpa sepupu dan main sama sama. Ye lah nak balik kampung yang betul kampung tak ada. Jadi balik je lah kampung orang yang jadi kampung kita.

Nak balik rumah nenek pun ambil masa dekat 50 minit drive dari KL. Okaylah. Merasa lah balik kampung dengan bayar tol RM12.00 pergi balik kan.

As long as dorang happy aku okay je. Sorang punya birthday semua dapat potong kek. Kan bagus tu. LOL.

Balik rumah nenek berangkut kita. Siap dengan bahan bahan buat kek butter bagai tu. Kekonon nak buat kek kat rumah nenek. Buat tu tetap buat. Tapi buat satu je Congo Bars.

Kek Green Velvet dah buat dua hari sebelum dan simpan dalam fridge. So tak ada lah kelam kabut nak bersengkang mata kan. Masalahnya kat sini buat kek awal dan masuk dalam freezer buat kek tu jadi kering sikit walaupun dah salut Cream Cheese.



Lagipun rasa tak kena macam Red Velvet Cake. Jadi, kalau korang nak order sila order Red Velvet Cake keyh. Jangan order kek lain. Confirm rasa tu akan lari. Tak sama dengan rasa Red Velvet hihi.

Ni aku buat review kek sendiri hahahahahahaha.

Adik aku dua orang takde dalam gambar sebab dorang ni pemalu. Percayalah. 

Bagaimana aku bermula (How do I start) : PART 1


Aku mula berniaga online tahun 2014. Dari seorang Insurance dan Takaful Agent terus buat keputusan nak jadi surirumah atas sebab sebab tertentu.

Lagi pun masa jadi agen tu memang kerja mengisi MASA LAPANG je pun. Bukan perform sangat. Dapat bonus tiap tahun 1-3k pun dah happy. Hari takde appointment duduk rumah tengok TV. Jaga anak. Orang lain bonus puluh puluh K. Ada yang ratus K. Ada yang jejuts. Kita ala kadar je. Kena kutuk lagi ada. 🀣

Okay masa mula meniaga 2014 tu January start laa buat akaun Instagram. Tak nak meniaga kat facebook sebab segan. Nanti takde orang nak like post i kalau nak promot barang.

So, mader belajar guna Instagram. Tengok masa tu dah ramai yang guna Instagram. Dari followers ciput sampailah sekarang ni masih ciput. Ikutkan boleh dapat 100k followers dah. Kalau rajin.

90% sales semua dari Instagram. Lepas tu baru buat Page. Page ni buat atas sebab nama takut orang ambik. So nak standby. Tapi tetap meniaga kat Instagram.

***Time ni tak meniaga lagi. Baru habis pantang bersalin. Duduk rumah 76 hari sampai lebam. Lepas tu ajak husband pi holiday seminggu.***

Sebab tu kalau perasan memory memang sikit throwback gambar kek awal tahun 2014-2016. Banyak kat Instagram.

Pertengahan tahun 2014 aku masuk #IMKK. Siapa batch #IMKKApril kita geng. Banyak lah belajar kat situ. Nak meniaga, kena ada base yang cukup kuat. Tak cukup kuat base tu kita akan cepat give up. Masa buat insurans pun kita diajar benda yang sama. Macam pokok jugak. Nak berbuah elok akar kena kuat. Bukan jaga dahan. Kita jaga akar. Selalu siramm dan baja setiap hari.

Kalau orang tanya perlu ke nak masuk kelas Azizan Osman? Aku akan kata pergilah. Untuk refresh diri kita. Tepuk dada tanya selera. Pergi tapi jangan ambik kelas puluh ribu. Masa tu aku pergi IMKK pun orang sponsor heheh. So, aku sangat berterima kasih dengan kawan aku tu. Ilmu yang bermanfaat sampai sekarang. 😍

Bila masuk tahun 2017 barulah belajar Copywriting, belajar kalkulator bisnes, belajar apa lagi ehh lupa. 🀣

Tu pun kelas online. Masuk 2018 barulah belajar Personal Branding sikit sikit.

Buku bisnes jangan tanya. Banyak. πŸ˜…

Buku motivasi? Hmmm. Ada jugak lahhh. Tak habis baca pun ada.

Ebook? Hmmm lagi banyakk.

Sebab aku memang ada kekangan untuk pergi kelas sampai dua tiga hari. Jadi banyak belajar dan beli ebook online. Nak kata seminar dua tiga hari tu memang tak dapat laa. Travel sana sini. Bukan takde yang ajak program. Adaa. Tapi tak boleh. Yelah family number one sebab tu meniaga pun isi masa lapang jugakk hahaha.

Orang tanya. Apa yang kau belajar sepanjang meniaga ni?
Jawapan:
Redha anak lelaki bergantung kepada redha seorang ibu.
Dan redha seorang isteri bergantung dengan redha seorang suami.
Nak hidup tenang kena jaga dua benda ni.

Benda ni semua betul. Bila kita rasa susah kita audit diri kita balik. Cukup tak amalan kita. Cukup tak marketing dengan Allah. Derhaka tak kita dengan mak bapak. Derhaka tak kita dengan suami. Redha tak mereka dengan kita.

Kalau kata nak datang kat aku tanya, macam mana nak motivasi diri sendiri, nak kelas motivasi itu mak tak boleh nak tolong. Sebab aku pun kalau boleh nak dimotivasikan setiap hari. Tapi masalahnya takde. Sebab tu masih landing atas katil ni. πŸ˜‚

Nak tak nak kenalah cari cara nak motivasikan diri. Buatlah apa pun asalkan tak buat benda gila.

..... #bersambung.... 🀣

Wednesday, March 11, 2020

Langkah berjaga jaga COVID 19 (CORONAVIRUS DISEASE 2019)


Ingat lagi kisah minggu lepas di mana viralnya salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif COVID 19 (CORONAVIRUS DISEASE 2019).

Selepas tularnya kes itu, semua staf UDA diarahkan balik pada pukul 3 petang hari yang sama. Bangunan UDA Holdings pula dibawah pemantauan pihak Kementeria Kesihatan Malaysia. Staff pula diberikan kelonggaran untuk bekerja dari rumah. Ye lah nanti kalau kata cuti kena tolak cuti tahunan atau potong gaji lah pulak kan haha.

Kemudian, mana mana staff yang pernah ada direct contact dengan ALP tersebut semua diarahkan untuk buat screening test.

Syukur pada masa meeting dengan boss laki den tak datang time tu. Cuti Sakit dua hari. Sebab demam dengan flu jugak. Jadi kira clear. Tapi, dia ada berjumpa dengan kawan yang ada direct contact dengan ALP tu dan positif COVID 19.

Tak boleh tidur laki aku time tu. Susah hati. Sepatutnya Isnin lepas ni dah boleh masuk kerja. Tapi sebab kawan dia admitted atas sebab positif COVID 19 dia pun risau. Pergi Hospital Ampang, mereka kata tak buat screening test. Suruh pulak suami aku pergi klinik lain. Sudahnya dia balik rumah terus buat call.

Alih alih Isnin baru boleh buat test itu pun kena buat kat Klinik are Bandar Tun Hussein Onn sebab dia ada direct contact dengan pesakit masa tu kat Kajang. Dorang akan interview dulu, kena kat mana, pukul berapa, buat apa, makan apa, dan lepas tu ada pergi mana. Dah selesai baru depa akan bagitau kat klinik mana kita boleh buat Screening Test.

Dan Alhamdulillah, harini selepas 48 jam keputusannya adalah negatif dari COVID 19. Terus aku tarik nafas selega leganya. Ada lagi 2 hari tempoh kuarantin. Kalau suami positif maknanya aku dengan anak anak pun kena buat Screening Test jugak. Kena kuarantin pulak. Dah minggu depan ada Roadshow 10 hari. Aduhhh. Bayangkan kalau kena kuarantin. Menangis tak berlagu aku.

Masa viral kes COVID 19, aku dah mula jadi panik WALAUPUN doktor kata jangan panik tapi sebagai mak mak kiasu aku tetap gak risau hehe.

Kalau nak ikut berita harini dah ada 10 kes terbaru yang melibatkan COVID 19. Link dibawah:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/10/malaysia-records-12-new-covid-19-cases-bringing-tally-to-129

Yelah, kita ada anak anak. Anak anak ni mudah sangat terjangkit sebab mereka lagi terdedah dengan kuman terutamanya bila kat sekolah. Kekadang makan pun malas nak cuci tangan. Tandas jauh kan.

Aku pulak jenis sensitif sejak dah veteran ni kan.

Jadi ambil langkah langkah kebersihan sendiri.

- Baju semua cuci guna dettol. 
- Mandi guna dettol. (kekadang lupa jugak) 
- Mop rumah setiap hari guna dettol. Lap perabot pun guna dettol. 
- Pastikan anak anak berwudhu. 
- Solat 5 waktu Cuci tangan setiap masa. 
- Jangan kutip makanan yang jatuh kat lantai masuk dalam mulut. 
- Tak keluar bersesak kat mall. 

- JANGAN LUPA HAND SANITIZER. 

- BACA DOA HINDAR WABAK (setiap pagi sebelum pergi ke sekolah) 

Doa Hindar Dari WABAK "Coronavirus" | Ustaz Jafri Abu Bakar - YouTubehttps://youtu.be/Iy2ngHPVy9k(***dah pernah share haritu)

Akhir sekali, kita hanya merancang dan berdoa. Allah yang menentukan. Memohon dan berserah kepada Allah.

Tuesday, February 4, 2020

Macaroni dan Chicken Bolognese

Menu TEMPAHAN pada 02 Februari 2020.

Memang menu favourite budak budak. Senang dan mudah untuk dimakan.





Meriah kan ayam ayam tu hihi. Puas budak budak makan.


Walaupun masih kurang sihat Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan seawal dua jam untuk 100 pax.

Boleh buat tempahan seminggu atau dua minggu sebelum tarikh yang dijanjkan dengan minimum tempahan 50 orang.

PAKEJ TEMPAHAN HARGA DARI RM7.00

Ini termasuk Mineral Water 250ml, Sudu, Garpu dengan Tisu. Tak perlu risau. Basic kami bagi. Nak order brownies pun bolehhhh. Terus je ke INSTAGRAM kami okeyyy. ;)

Monday, February 3, 2020

Nasi Putih, Ayam Kicap dan Sayur Kobis

Menu tempahan Sabtu lepas 01 Februari 2020.

Ini merupakan Pakej Tempahan untuk 100 pax.
- Nasi Putih
- Lauk Ayam Masak Kicap
- Sayur Kobis Goreng Kunyit.







Ikutkan kobis tu masak air. Tapi kalau masak air takde rasa lah pulak. Nak bagi budak budak makan kan. Takpelah buat sedap. Kita pun nak makan benda sedap. Buat apa masak benda yang kemudiannya tak sedap, lepas tu orang tak makan dan akhirnya dibuang? Kan membazir tu.

Kepada yang mahu membuat tempahan boleh tempah seminggu atau dua minggu awal dengan Minimum Order untuk 50 pax.

Harga dari RM7.00 ikut kuantiti, jenis lauk dan sayur.

Lepas tu kami akan bagi juga Mineral Water 250ml sekali dengan sudu, garpu serta tisu.

Kalau nak tambah lauk tambah harga, tambah sayur tambah harga, tambah menu pun tambah harga.

Okayyy...

Untuk tempahan boleh klik di SINI .

Instagram: Sugarmello Bakery
Facebook Page: Sugarmello Bakery