Thursday, September 27, 2018

Dengan anak pun boleh lancar Perang Dingin


Adalah dua hari lepas mama merajuk dengan budak dan abang dia ni. Geram. Dua dua kena rotan. Bukan main dorang komplen kata aku marah. Lepas tu papa pulak marah mama. Kata aku ni garang sangat. So mama bawak diri. Satu hari protes tak nak cakap. Diam je. Tido pun awal.

 Tapi, sebelum terlelap aku pun perasan budak dua orang ni dok keluar masuk bilik. Pegang pegang. Duduk kejap. Aku buat dek je. Malas nak layan. Pergilah kat papa kan. Buat apa nak kawan mama. Mama kan garang. 🙄

 Bangun pagi tengok ada budak kecik tido kat sebelah. Rupa rupanya papa dia cerita sebelum tido dia tanya "boleh ke adik nak sleep with mama? I want sorry mama. Mama marah adik tak?“ Bapak dia kata pergilah. Mama tak marah punya.

Masa tu mana lah sedar tapi terasalah ada orang dok menyelit nyelit kat sebelah.

 Lepas tu, semalam dorang dua beradik berusaha keras untuk bodek aku. Senyap je takde gusti gusti pun. Kalau tidak hall ni jadi gelanggang WWF. Yang si abang aku dera dia suruh kemas baju satu almari yang bersepah macam tempat kucing nak beranak. No TV, no laptop walaupun cuti. Menangis lah ada aku kesah.

 Yang adik pulak apa dia nak semua aku kata tak payah hahaha. Best betul aku rasa. 😎

 Papa kata u ni jangan saiko dorang teruk sangatttt. Elehhhh. Tak kira. Nak saiko jugak hahahaha.

 Sampailah sebelum nak pergi mengaji malam tadi dua dua datang salam mama sambil mintak maaf. As usual lah yang paling kuat wayang akan datang dulu. Siap peluk peluk lagi cakap mama i'm so sorry sambil buat muka sedih.

 Tau pun sayang mama.

 Sekali sekala buli anak sendiri apa salahnya kan. Lainkali aku nak angkat beg besar ala ala Akademi Fantasia tu lah kan. Buat buat nak lari dari rumah. Baru thrill. 😂

Sunday, September 16, 2018

Hadiah hari lahir untuk mama! 14 - 09 - 2018

Aku tengah ajar Matematik tapi 1kg bersamaan dengan 1000gm pun tak tau.
Then, aku suruhlah Hanif cari buku panduan Matematik mini untuk SJKC. Letak merata kan. Buku tu aku beli memang khas siap complete semua formula matematik dari Darjah satu sampai darjah 6.


Akhirnyaaa, jadi begini. Aku dah nak meroyan ni. Bilik dah macam kandang ayam. Buku tak jumpa lagi. Homework bila nak siap.

Biasa nak kemas dorang akan gaduh berdua. Tapi kali ni elok pulak walaupun yang baju kuning tu agak malas. 🤣🤣🤣

Merajuk kalah badminton

Kisahnya semalam, main badminton dengan abang, lepas tu kalah dia masuk dalam rumah nangis sambil cakap "mama, abang *mash* me so hard." hahahah apa ke hal nya pulakkkk. Saja nak buat aku naik angin. 


Abang masuk rumah say sorry. Pujuk elok elok pun dia tak nak. Dia kata abang i dont want to friend you. Abang tried so hard. Nak pujuk. Pun dia keras hati tak nak. Sudahnya tak sampai 5 minit abang pulak masuk bilik nangis. Abang mengadu kat papa i said sorry tapi adik taknak peluk abang. 🤣

Terpaksalah aku masuk campur. Kalau mama dah masuk campur off course lah guna taktik monster kakakah. Sian abang.

Dia tau sekarang abang yang mandikan dia, tolong lap, lepas tu siap pakaikan baju. Mama tolong tengok. Jadi tetap sayang abang jugak. 👬😆


Saturday, September 8, 2018

Abang busuk kata adik


Balik sekolah tengahari tadi, tak lama lepas masuk kereta tiba tiba aku dengar Hanif kata "Kenapa ambik car abang..." terus dia nangis.

Alahai. Budak gebu 10 tahun nangis. Nak tergelak pun ada. Aku pun mana tau toy tu kesayangan dia. Mak Iban ni bebel bebel la kenapa tak sorok kalau tak bagi adik main kan. Dia kata dia dah sorok tapi adik jumpa.


Adik pulak bila aku tanya dia kata dia "jumpa" toy tu kat dalam bilik abang. Adik nak main dia cakap. Tapi aku tengok dah barai benda tu dia kerjakan.

Tak tahan aku dengar depa dua orang bergaduh aku berhenti tepi jalan depan Sekolah Menengah Dato Lokman tu. Kena bicara mahkamah dalam kereta.

Aku suruh Hadif mintak maaf kat abang dia. Tapi dia tak serious. Main main pulak. Aku cakap kiss abang. Punyalah dia menangis beria tak nak. Dia kata adik tak nak kiss abang. Abang smelly! Abang busukkkk bau main hahaha.


Aku kata kalau tak nak kiss dengan peluk abang mama tarik adik keluar dari kereta tinggalkan adik kat tepi jalan nak??? Teresak esak dia kiss abang dia kikiki. Sampai 3 kali aku suruh dia cium.

Lepas tu dalam teresak esak dia cakap mama adik tak nak buat lagi. Tissue please. Bluekkk bluekkk! Abang busuk! 🤣🤣🤣

Wednesday, September 5, 2018

Hanif hutang RM2

Minggu lepas Hanif cerita ada kawan pinjam duit dia RM2. Dia kata kesian. Tak cukup duit. Budak tu janji minggu depan (minggu ni) nak bayar. Lepas tu semalam dia mintak kat budak tu kawan tu kata taknak bayar.

Rupanya rekod budak tu rekod banyak pinjam duit kawan kawan tapi tak bayar hahahaha. Adalah dua tiga kawan lain terkena.

Aku suruh Hanif cakap kat kawan dia "kalau taknak bayar nanti bagitau mak atau ayah saya ataupun mak saya jumpa mak awak."

Balik sekolah hari ni Hanif bagitau, kawan dia dah bayar RM1 kat dia. Bila Hanif tanya kenapa bayar RM1, pinjam RM2. Kawan dia ni cakap "eeeehhh... RM2 tu banyak tauu. Aku bayar RM1 dulu".

Masa pinjam dia tak tau pulak RM2 tu banyak. Tapi kesianlah Hanif kata dia bawa RM2 je mama. Tak sampai hati Hanif nak mintak. Esok dia bayar RM1 lagi. Aduhh tak sangka betul anak aku ni hati tisu. 🤣

Kalau ikutkan tak payah bayar pun takpe sebab adalah kisah budak ni aku tau. Tapi aku kena ajar supaya tak senang senang pinjam duit kawan lepas tu tak nak bayar. Nanti habit ni boleh terbawa bawa ke sekolah menengah dan universiti.