Thursday, February 5, 2015

Insuranskan hutang anda...


Hutang adalah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau manfaat perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang membayar dengan jumlah yang sama. Jadi tak kira sama ada kita hidup atau meninggal dunia hutang tetap kena bayar. Bukan semua hutang terlunas begitu sahaja sekiranya kita sudah meninggal dunia. Yang menanggung beban hutang kita nanti ialah waris kita seperti suami, isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Sanggup kita membiarkan hutang kita ditanggung oleh orang yang tersayang? Mungkin ya kalau kita dari keluarga yang kaya raya. Kalau kita datangnya dari keluarga yang sederhana? Bagaimana waris kita nak langsaikan hutang kita dengan pendapatan yang tak seberapa. Anak-anak pula kecik lagi. Adakah mereka juga dikelilingi hutang piutang kita? Tahukah anda seandainya suatu hari kita meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab waris untuk membayar hutang si mati.

Oleh itu, takaful ini bukan sahaja setakat untuk anda mengambil perlindungan perubatan seperti medical card. Kita juga boleh mengambil pelan takaful untuk melindungi liabiliti kita seperti hutang rumah, hutang bank, hutang kereta dan bermacam-macam jenis hutang. Kirakan berapa jumlah nilai hutang kita. Contoh seandainya kita mempunyai liabiliti sebanyak RM1juta jadi kita haruslah mengambil perlindungan takaful dengan nilai RM1juta untuk melindungi liabiliti kita pada masa akan datang. Sekiranya terjadi apa-apa seperti cacat kekal atau kematian terhadap kita, waris kita tak perlu menadah tangan untuk melangsaikan hutang piutang kita. Ini kerana dengan adanya perlindungan takaful waris kita akan mendapat sejumlah wang pampasan dan wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan hutang kita yang tidak dapat kita langsaikan itu tadi.

HUTANG WAJIB BAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...