Wednesday, February 11, 2015

Tabung yang berlubang



Pernah tak fikir yang jumlah perlindungan insurans takaful asas kita ada sekarang cukup atau tidak? Ini tidak termasuk perlindungan tambahan seperti kemalangan atau penghospitalan. Kadang-kadang oleh kerana kita fikirkan kos kita lupa berapa jumlah atau nilai seenar jumlah insurans atau takaful minimum yang perlu disediakan kepada keluarga. Adakah kita menabung? Ya, boleh dikatakan semua pembaca blog saya ini pandai menabung kan? :)


OK...

Bayangkan tabung kita itu ada corong contoh seperti di atas yang simpan semua aset yang dah dikumpul selama kita bekerja suatu ketika dahulu kini dan pada masa akan datang. Kita kumpul harta kita sedikit demi sedikit seperti rumah, kereta, simpanan, pelaburan dan lain lain dan simpan dalam corong tersebut.

Akan tetapi satu yang kita tak sedar yang tabung kita tu ada lubang. Bukan satu tapi "DUA LUBANG" yang berfungsi sebagai tempat di mana kebocoran akan berlaku sama ada kita sedar atau tidak dan dua kebocoran ini ialah yang pertama, Keperluan tunai semasa meninggal dan yang kedua merupakan Halangan semasa hidup.

Keperluan Tunai Semasa Meninggal ialah:

1. Tabung perbelanjaan pengebumian
2. Tabung pelupusan hutang
3. Tabung keperluan kecemasan untuk waris
4. Tabung pinjaman perumahan
5. Tabung pembiayaan sewa rumah (sekiranya anda menyewa)
6. Tabung pembiayaan perbelanjaan/penjagaan anak
7. Tabung pendidikan anak

Halangan semasa hidup:

1. Pelaburan yang tidak menguntungkan
2. Inflasi
3. Cukai
4. Hilang Upaya Bekerja (ini sahaja yang dapat diinsuranskan)
5. Tabiat membelanjakan wang simpanan
6. Kekurangan disiplin

Dua kebocoran di atas merupakan antara sebab musabab yang menyebabkan tabungan kita semakin susut. Tapi sekiranya anda lihat dalam senarai halangan semasa hidup hanya Hilang Upaya Bekerja yang boleh diinsurans atau ditakafulkan.

Jadi bagaimana untuk mengekalkan wang tabungan-tabungan kita supaya kita dapat menahan kebocoran itu tadi?

Semak balik berapa Perlindungan Asas ANDA atau selalu kita dengar Basic Protection/Sum Assured yang selalu kita ada.

Berapa sepatutnya kita dilindungi.

Adakah kita under-insured atau over-insured?

Tahniah kalau anda OVER-INSURED.

Kepada yang UNDER-INSURED jangan rasa susah hati. Anda masih ada peluang. Boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.


CARA KIRA BASIC PROTECTION YANG DIPERLUKAN

Thursday, February 5, 2015

Insuranskan hutang anda...


Hutang adalah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau manfaat perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang membayar dengan jumlah yang sama. Jadi tak kira sama ada kita hidup atau meninggal dunia hutang tetap kena bayar. Bukan semua hutang terlunas begitu sahaja sekiranya kita sudah meninggal dunia. Yang menanggung beban hutang kita nanti ialah waris kita seperti suami, isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Sanggup kita membiarkan hutang kita ditanggung oleh orang yang tersayang? Mungkin ya kalau kita dari keluarga yang kaya raya. Kalau kita datangnya dari keluarga yang sederhana? Bagaimana waris kita nak langsaikan hutang kita dengan pendapatan yang tak seberapa. Anak-anak pula kecik lagi. Adakah mereka juga dikelilingi hutang piutang kita? Tahukah anda seandainya suatu hari kita meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab waris untuk membayar hutang si mati.

Oleh itu, takaful ini bukan sahaja setakat untuk anda mengambil perlindungan perubatan seperti medical card. Kita juga boleh mengambil pelan takaful untuk melindungi liabiliti kita seperti hutang rumah, hutang bank, hutang kereta dan bermacam-macam jenis hutang. Kirakan berapa jumlah nilai hutang kita. Contoh seandainya kita mempunyai liabiliti sebanyak RM1juta jadi kita haruslah mengambil perlindungan takaful dengan nilai RM1juta untuk melindungi liabiliti kita pada masa akan datang. Sekiranya terjadi apa-apa seperti cacat kekal atau kematian terhadap kita, waris kita tak perlu menadah tangan untuk melangsaikan hutang piutang kita. Ini kerana dengan adanya perlindungan takaful waris kita akan mendapat sejumlah wang pampasan dan wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan hutang kita yang tidak dapat kita langsaikan itu tadi.

HUTANG WAJIB BAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT...


Wednesday, February 4, 2015

Langkah pertama untuk jadi usahawan Takaful


Ramai anda di luar sana ingin menjadi agen-agen Takaful atau menjadi konsultan Takaful. Tapi bila nak jadi agen Takaful je terus blurr sebab anda tak tahu apa yang perlu anda buat untuk melayakkan diri anda menjadi seorang agen Takaful yang bertauliah. Jadi di sini saya akan menerangkan serba sedikit tentang apa yang perlu anda lakukan sebelum menjadi agen Takaful yang bertauliah.

Yang pertama...apa yang harus anda buat ialah berjumpa dengan saya hehehe... Ye lah macam mana nak jadi agen kalau tak jumpa dengan agen betul tak? Saya akan memberi tunjuk ajar dan berkongsi dengan anda apa yang perlu dilakukan.

Yang kedua...

Anda perlu menduduki peperiksaan Takaful yang dikenali sebagai Takaful Basic Examination (TBE). Ini merupakan langkah yang paling penting untuk sesiapa pun yang ingin berkecimpung dalam dalam industri insurans Takaful di Malaysia ini. Jadi, untuk lulus TBE anda hendaklah menjawab 55 soalan dengan betul daripada 100 soalan yang diajukan. Susah? Tak susahkan... Dapat C pun boleh jadi Agen Takaful dah.

TBE ini merupakan peperiksaan secara online dan kita akan mendapat terus keputusan peperiksaan sejurus selepas habis peperiksaan. Dulu la kan saya mengambil peperiksaan TBE ini dengan menggunakan pensel. Buat jawapan ala-ala kerta peperiksaan SPM. Dapat keputusan selepas dua minggu dari tarikh peperiksaan tu. Memang tak senang duduk menanti keputusan dua minggu tu. Ye lah kalau gagal nak kena daftar lagi. Lpas tu tunggu lagi dua minggu untuk peperiksaan lagi. Tambah lagi dua minggu untuk tunggu keputusan. Sebulan setengah masa terbuang di situ. Kalau online ni kita dah tahu gagal terus boleh daftar lagi untuk peperiksaan semula. Jimat sebulan...