Wednesday, August 1, 2012

Happy World Breastfeeding Week 2012


Happy Breastfeeding Week kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Masih ingat tak zaman dulu mana ada susu formula apa ni semua, atuk nenek moyang kita semua dibesarkan dengan susu ibu sahaja. Akan tetapi entah kenapa tiba-tiba menyusukan anak ini dianggap remeh bagi sesetengah pihak. Mungkin sebab dah ada susu formula yang terdapat banyak di pasaran. Jadi tak kisah yang penting anak dapat susu jugak. Tapi ada juga ibu-ibu yang tidak mampu untuk menyusukan anak mereka atas sebab-sebab tertentu. Jangan pulak kita condemn orang macam ni. Mentang-mentang kita fully breastfeed kan. Tak baik...

Alhamdulillah saya sebagai seorang ibu moden berjaya menyusukan Hanif sehingga umur dia berusia 2 tahun. Memang banyak cabaran menyusukan anak dengan susu ibu ni. Saya tahu dari selepas Hanif lahir hingga umur 2 tahun memang banyak cabarannya. Tapi itu tidak menghalang saya untuk menyusukan dia walaupun saya bekerja.

Saya amat sokong Minggu Penyusuan Ibu Sedunia ini kerana ia boleh membuka luas pengetahuan kita dengan kebaikan betapa pentingnya susu ibu ini kepada anak kita.


Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010 

Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif.

Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.

Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.

Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.

Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.

Rasional 

Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.

10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan. Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).

Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah. Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat. Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala tuju kita seterusnya.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila layari  www.worldbreasfeedingweek,org

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...