Friday, April 13, 2012

Perkembangan Bahasa Anak

Penglibatan dalam pemupukan bahasa kepada anak-anak adalah penting dari 6 hingga 8 bulan seterusnya. Beberapa pendekatan perlu diberi perhatian supaya dapat memupuk perkembangan bahasa anak.

1. Persekitaran kasih sayang
Bercakap, membaca, menyanyi dan bermain dengan bayi. Berinteraksi dan mewujudkan satu persekitaran kasih sayang akan membantu si kecil mempunyai perasaan ingin tahu, membina keyakinan dan menggalakkan satu kemesraan dengan bahasa. Sifat-sifat ini menyediakan satu asas yang kukuh untuk ucapan dan perkembangan bahasa. Sediakan tempat untuk membaca dalam ruang rumah agar ia adalah satu pengalaman selesa dan tidak berselerak. Jika menonton tv atau video bersama, berinteraksi dengan anak tentang apa yang dilihat dan apa yang terjadi pada karakter tersebut.

2. Melibatkan anak dalam perbualan
Cuba bercakap tentang nama mainan kegemaran dan lain benda-benda yang biasa sekitar rumah. Bercakap dengan perlahan dan jelas, dan memuji percubaan anak menyebut. Hadkan waktu menonton tv sebaliknya banyakkan bacaan untuk anak setiap hari dan melebihkan melawat zoo, akuarium, muzium dan taman-taman permainan agar merangsang lagi pembesaran kognitif dan bahasa mereka.

Luangkan masa bersama anak-anak dengan bergurau dan bermesra dengan mereka ketika memandu atau mandi atau atau sebelum tidur dan sebagainya. Contohnya ketika anak menyebut /ba, ba/ dan ketika itu beliau ingin mencapai abahnya, tiru bebelan anak dan bila ia memberi respons /ba/ lengkapkan /ba/ dengan perkataan 'baba' yang bermaksud 'bapa'. Bermain sembunyi-sembunyi dengan anak dan bila bermain mainan dengan anak sertakan dengan bunyi-bunyian untuk menarik minat si kecil tersebut.

3. Ajaklah anak untuk bercakap tentang orang yang disukainya
Dengan penuh kasih sayang galakkan anak untuk bercakap dengan orang lain, termasuk kanak-kanak sepermainannya dan sebaya dengannya. Membetulkan bahasa anak dalam cara-cara yang positif dengan membuat ayat lain, berulang kali. Libatkan dirinya ketika membeli bahan bacaan. 

Jika si anak menunjukkan objek kegemaran tanpa bahasa, sampingkan istilah yang betul dan jelas untuk dijadikan contoh. Jadikan satu kebiasaan mengadakan perbualan yang interaktif dan bukan satu hala dengan anak-anak. Contohnya bercerita tentang apa yang anak buat hari itu atau memberi permasalahan kecil dalam perbualan bagi anak menyelesaikan seperti "hari ini kalau hujan, kita tak jadi pergi taman. Macam mana ya adik?". Teknik berikut agak sesuai bagi anak yang berumur 2 hingga 3 tahun.


Sumber: Majalah Pa&Ma 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...