Wednesday, November 17, 2021

Tiga minggu turun 2.1kg dengan The Warrior Diet

Dah hampir tiga minggu aku buat TWD. Ada ke tak tulis tentang TWD aku pun tak ingat. TWD ni maksudnya The Warrior Diet. Dalam kategori Intermittent Fasting tapi yang lebih hardcore. Yang mana kena fasting 20 jam dan window eating cuma 4 jam. 

Tiga minggu turun 2.1kg. Ikutkan boleh turun banyak lagi. Tapi sebab setiap weekend meriah je makanannya kan so hari hari kena restart. Melampau kan hahaha.



Untuk korang yang rasa struggle nak turun berat bokeh buat Warrior Diet. Beginner tak boleh buat dulu. Kena mula dari yang ringan ringan. Contoh mula dari 14 jam puasa 10 jam. Sebelum ni aku cuma puasa 16 jam. Makan 8 jam. Bila dah takde selera nak makan sangat aku pun buat je la TWD. 

Kalau nak tahu tentang The Warrior Diet boleh search kat uncle google banyak. Lepas tu bila dah faham buatlah ikut cara kita sendiri key.

Buat Warrior Diet ni tak stress. Takde rasa lapar. Dan tak perlu nak fikir makan apa. Bedal je apa pun asal jangan kurang dari 1000 kalori. Jangan bawah 1000 kalori tau. Nanti berat lagi susah nak turun. Sebab tu ada orang buat IF sampai 23 jam or 24 jam setiap hari tapi berat turun sebab tak cukup kalori. Bahasa pasarnya tak cukup makan. 🤣

Ada masa saya terlajak ke 22 jam terutamanya bila sibuk dengan kerja atau berjalan merayap cari barang etc.

Saya pernah buat 24 jam. Tapi esoknya relax tak boleh puasa. Kalau hari hari buat 24 jam nanti metabolisme badan kita akan menurun. Sebab tu maksimum saya buat TWD 22 jam sahaja.

Senaman yang aku buat ringan ringan sahaja. Tak boleh lari tak boleh cycling. Basikal kat umah pun dah berabuk. Contoh senaman ringan ialah jalan jalan dalam mall. Cukupkan 6000 steps setiap hari. Malas nak buat yoga.

My calorie intake 1000 - 1200cal. Nasi tak tinggal. Makan sampai kenyang. Makanan saya ikut suka. Ada masa makan sayur je. Ada masa makan berlauk. Tapi first week saya memang skip protein dulu . Kebetulan time tu ayam ikan tak makan sebab takde selera. So hari hari tempe dengan tauhu. 😅

Cara masak biasa. Goreng guna minyak. Sayur pun goreng. Setakat ni belum makan yang bersup lagi. Ni tetiba dah teringin makanya esok kena buat la. Kalau tak nanti termimpi mimpi.

Sehari tu mesti minum susu atau milo untuk tenaga. Sebab banyak buat kerja kan. Jadi saya perlukan tenaga untuk kekal siphat dan kuat haah tiber. Iklan Milo terus. 

Nanti bila dah capai berat ideal aku bagi tahu berapa kg berat aku sebelum mencapai berat yang aku nak key. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...