Pernah dengar insurans atau takaful hanya untuk orang sihat?
Pernah dengar insurans atau takaful hanya untuk orang sakit?
Pernah dengar bila agen takaful datang kepada kita dia akan bertanya encik ada sakit apa-apa tak sebelum ni? Atau Encik pernah masuk hospital tak sebelum ni?
Pernah dengar agen takaful kata "maaf tuan/puan/cik pihak syarikat takaful kata penyakit sedia ada tak boleh cover"
Atau pernah tak dengar agen takaful kata "pihak syarikat takaful cover semua jenis penyakit kecuali penyakit sedia ada..." Pernah...atau tak pernah??
Kenapa agen takaful selalu tanya soalan yang kadang-kadang selalu buat kita tersentap? Kira bila ditanya tu eh macam nak mendoakan saya sakit atau mati je kan hehe...
Ada sebab mereka bertanya. Kalau tak perlu tanya saya rasa saya akan sentiasa berada di kawasan hospital tak kira hospital kerajaan atau swasta menunggu prospek di situ sebab saya tahu mereka akan gerenti ambil polisi terutamanya "medical card"Betul tak?
Persoalannya di sini?
Kenapa PERLU SEKARANG?
Kenapa bukan esok, bukan lusa, bukan tahun depan dan akan datang?
KENAPA?
Jawapannya:
1. Tempoh masa...
Tempoh masa ni selalu dikaitkan dengan penggunaan "medical card". Kebiasaannya mana-mana syarikat insurans atau takaful pun "medical card" hanya boleh digunakan selepas 120 hari dari tarikh polisi kita diluluskan. Begitu juga penyakit-penyakit kritikal akan dilindungi selepas 120 hari. Contoh sekiranya kita ambil polisi pada 28 Dec 2014 dan polisi diluluskan pada 1 Jan 2015. Jadi Medical Card dan segala perlindungan perubatan kita akan aktif dan boleh diguna pakai selepas 1 May 2015 bersamaan dengan 4 bulan. Oleh itu kalau bukan sekarang, agak-agak kita tahu tak bila kita perlu menggunakannya...
2. Muda Murah/ Tua Mahal
Seandainya kita diberi pilihan, nak bayar premium mahal ke murah? Sudah tentu kita akan pilih yang murah kan? Sebab apa? Sebab bajet kita pun tight. Gaji pun tak banyak dan hanya cukup-cukup makan. Akan tetapi umur kita 45 tahun nak premium coverage RM150 sebulan? AGak-agak boleh lepas tak? Kita sendiri pun boleh fikir itu tak logik. Dan andaikata kita "turn back time" kita diberi pilihan untuk ambil pada masa murah atau mahal? Sudah tentu jugak kita nak amik masa murah kan. Macam beli barang juga. Kalau tak ada jualan murah kalau boleh kita tak nak beli barang. Tapi kalau dah keperluan nak tak nak kena beli juga. Pilihan di tangan kita.
3. Berfikir tanpa perlindungan dan berfikir dengan perlindungan
Individu A dan individu B tahu akan kebaikan perlindungan takaful. Dua-dua sudah ada kesedaran. Tapi individu A kata nak balik fikir dulu dan Individu B ambik polisi dengan serta merta. Ditakdirkan kedua-duanya ditimpa kemalangan dalam masa tempoh berfikir itu. Anda rasa waris yang mana boleh mebuat tuntutan? Sudah tentulah waris Individu B tadi kerana si B tadi dah sign dan borang dah pun di hantar ke pihak syarikat takaful.
4. Jaminan pada masa akan datang
Ya! Kita dah bersara umur 55 tahun dan kita ada simpanan dalam bank, kita ada asset seperti rumah dan kereta, kita ad simpanan pelaburan yang banyak hasil dari menyimpan bertahun-tahun lamanya. Kita ada KWSP hasil dari potongan simpanan dari gaji dan kita ada hasil dari pelaburan-pelaburan lain yang kita buat sebelum ini. Apa jaminan kita yang yang wang dan harta yang kita kumpul itu tidak akan kita gunakan untuk membayar bil rawatan hospital? Kita banyak plan ni...Nak pergi melancong bersama keluarga, nak bersantai-santai dengan keluarga. Nak menikmati hasil dari titik peluh kita setelah berpuluh tahun bekerja. Apa jaminannya yang kita takkan guna duit yang kita dapat tu untuk tujuan perubatan? Andai kata kali pertama kita masuk buat rawatan hospital dengan bil 50k... Mampu ke kita bayar? Ya...untuk pertama kalinya mampu. Untuk kedua kalinya? Ketiga kalinya? Adakah kita mempunyai lebihan simpanan untuk masa sakit? Adakah kita mempunyai asset lebihan untuk di jual untuk menampung bil rawatan hospital??
5. Panadol
Panadol kita akan ambil bila perlu. Bukan suka-suka saja-saja nak makan. Tapi bila masanya kita ambik panadol ni. Adakah sebelum sakit atau sebaliknya. Pernah ke sesaja nak makan panadol. Saya ni kalau bukan tahap teruk demam memang takkan makan panadol. Sama juga seperti insurans atau takaful. Masa kita sihat kita tak perlu pun insurans. Sebab tu kita tak rasa penting. Tapi kenapa kita sentiasa "stand by" panadol ye. Tak kira di rumah atau travel mesti ada panadol kita bawak. Bila ditanya kita akan jawab "untuk kegunaan masa kecemasan takut tetiba tak sihat sakit pening..." Begitu juga lah halnya dengan insurans atau takaful ini. SIMPANAN KECEMASAN.
6. Pelan yang bagaimana
Takaful...komprehensif...mampu bayar...fleksible...returnable...perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun dan tiada had tahunan...ZERO deposit...
No comments:
Post a Comment