Keputusan keluar 10 pagi. Tepat pukul 10 pagi aku cuba untuk masuk website KPM tapi tak lepas.
Tunggu selepas 20 minit. Barulah dapat masuk. Dapat tahu keputusan dia masa dah berada dalam dewan. Masa baca result dia aku pulak yang menangis hahaha.
Aku tanya dia, nak tahu tak results? Dia jawab jangan beritahu Hanif. Memang dia menggelabah. Takut.
Jumpa guru kelas awal² guru kelas ucap tahniah. Guru kelas tanya, "Dah tahu results ke belum?". Dia jawab, "Belum... "
Perlahan je guru kelas dia keluarkan fail murid bagi kat dia. Masa dia tengok tu dia pun macam tak percaya.
Tahniah my baby for your hardwork. Bergaduh anak beranak, setiap minggu kita sama² korbankan masa Sabtu dan Ahad bawak dia pergi study di PNM. Kadang² aku bawak dia datang office hujung minggu untuk study.
Memang dia kena kerah dengan aku. Sekarang tiba² aku rasa bersalah. ðŸ˜
Kerja keras takkan menipu. Aku selalu cakap "numbers don't lie". Dia cuma terkilan sikit sebab BM tak dapat A. Tapi boleh recheck result nanti.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru kelas, dan guru² Sekolah Menengah Datok Lokman yang mengajar Hanif. Ada yang sempat bergambar. Ada yang tak sempat sebab sedang mengajar.
Semua jasa cikgu SMKDL KL akan tetap kami kenang. Alhamdulillah. Sebagai ibu sudah tentu aku rasa gembira, terharu, sedih, menangis semua ada. 🤲🥰ðŸ˜
Balik rumah terus dia sujud syukur.
No comments:
Post a Comment