Thursday, November 27, 2025

Kertas SPM Sejarah 2025 yang melegakan hati

Hari ni anak aku SPM Kertas Sejarah. 

Dia bagitahu masa mula² masuk Dewan Perperiksaan dah "give up" dah. Rasa takut, cemas, berdebar², semua ada. Dia takut apa yang dia study tak keluar. Sebabnya, dia memang target gred tinggi untuk Sejarah. Cikgu dia pun letak target gred tinggi untuk dia. 

Then, bila Pengawas yang jaga perperiksaan suruh check kertas soalan dia buka tengok muka surat pertama terus senyum, selak muka surat kedua lagi lebar senyum dia.

Dia cerita, kemudian dia tengok kawan sekelas dia perempuan yang terer Sejarah pun sama. Tersenyum² bila belek kertas soalan. 

Dah habis exam, keluar dewan perepriksaan, masing² melompat happy hahaha. Aku dengar Hanif cerita pun aku tumpang happy dengan dorang. Sebab faham sangat struggle nak jawab exam tu kan. 😍

Ramai kawan² dia kata Soalan SPM Sejarah tahun ni senang. Anak aku dari bulan Julai aku dah tak bagi dia hafal. Aku paksa dia buat soalan exam SPM Sejarah semua negeri dari tahun 2021 sampai Trial 2025. Dah habis dia buat dia ulang balik soalan Trial 2025. 

Yang dia tanya aku pasal ASEAN haritu pun keluar. Syukurlah aku ni adalah tahu sikit² pasal ASEAN. Dapatlaa terangkan kat dia. 😆

Alhamdulillah. TAHNIAH ANAK² CALON SPM untuk minggu ini. Kita fight untuk minggu depan pula okay. ✊💪

No comments:

Post a Comment