Monday, September 22, 2025

Hadif dengan drama dia, terlambat bangun, tak pergi ke sekolah

As usual aku set jam pukul 5.45 pagi, kali kedua aku set alarm 6.00 pagi. 

Pukul 6 pagi aku bangun, pergi ke bilik anak-anak bujang aku bangunkan Hadif. Dia kata okay. Aku pun keluar baring di sofa sebab dah mengantuk sangat. Malam tadi aku tidur tak berapa nak lena. Tambah dah makan piriton dua biji sebelum tidur so aku lalok haha.

Rupanya, dia tak bangun. Aku tersedar 6.30 pagi dia masih lagi berada diatas katil. Aku jerit panggil baru dia bangun menggelupur.

Pukul 6.55am dia kata dah siap. Aku memang tak boleh nak hantar dia sebab time itulah waktu jalan sesak. Aku minta dia tolong papa dia hantar. Tapi papa dia pun tak nak hantar. 

Papa dia kata, "Malam tadi papa dah suruh tidur awal kan. Tapi tak nak dengar, kan pagi ni dah lambat bangun."

Sudahnya, tak bersekolah ler dia hari ni.

Memang pisang la kan duduk kat rumah tanpa apa-apa aktiviti. Tak senang duduk. Kawan-kawan dia di sekolah bergembira, dia terpaksa tinggal dirumah. Mahunya tak stress? Pengajaran buat diri dia sendiri papa dia kata.

Jadinya, malam ni dia dah tidur awal. Takut tak boleh nak bangun esok hahaha.

Tuesday, September 9, 2025

Kedai Mamak & Anak-Anak: Cerita Dapur Nombor Dua

Setiap orang mesti ada satu kedai makan ‘favourite’ yang rasa macam rumah kedua. Untuk aku, kedai mamak kat hujung taman tu bukan sekadar tempat isi perut, itu dah jadi dapur nombor dua kami sekeluarga.

Aku dah tak payah fikir panjang bila nak beli nasi bungkus untuk anak-anak. Setiap kali sampai, aku cuma cakap:

“Boss, saya mau bungkus nasi dua kasi anak.”

Itu je. Tak perlu detail lauk. Tak perlu tunjuk-tunjuk. Tak ada sesi soal siasat. Mereka dah faham sangat. Dan yang paling penting tak pernah ambil kesempatan.


Plastik Kecil dan Plastik Besar

Setiap bungkus nasi anak aku akan dibungkus berasingan. Takkan sekali pun mereka campur dalam satu plastik.

Sambil hulur nasi, boss kedai akan senyum dan kata:

“Okayy kakaaaa, ini plastik itu kecik (Hadif) punya, ini plastik satu busar (Hanif) punya…”

Dalam hati aku tersentuh mereka hafal order anak aku!


Menu Hafal, Layanan Ikhlas
Hadif punya nasi: ayam goreng, nasi putih, serdak tepung goreng, dan kuah kari kambing.
Hanif pula: ayam goreng, nasi putih, bawang goreng dan kuah campur.

Setiap kali, ayam mesti yang paling besar. Kuah tak pernah kedekut siap lebih dari cukup. Nasi pun memang banyak. Sebab tu anak-anak aku suka sangat makan kat sini. Kadang sampai licin pinggan!

Dan satu lagi harga tak mahal macam kedai lain. Anak-anak aku siap pernah cakap:

“Nasi campur mahal lah...”

Tak payah tunggu mereka merungut, aku pun dah setia dengan kedai mamak ni. Sedap, murah, ikhlas, dan penuh kenangan kecil yang buat hati rasa syukur.


Penutup: Layanan terhadap pelanggan penting

Benda simple macam ini peniaga yang ingat menu anak-anak, bungkus elok-elok ikut portion masing-masing, dan tak ambil kesempatan semua tu bagi aku satu bentuk prihatin yang lebih baik kepada pelanggan.

Kadang-kadang, kasih sayang tak perlu datang dari orang yang rapat saja. Ia boleh datang dari mamak kat kedai, yang setiap hari berikan layanan jujur dan ikhlas.

Terima kasih, boss mamak. Anak-anak pun sayang tempat ni macam rumah sendiri. Cuma kena bayar je la hihihi


Larian Pagi ke Wad Hospital

Malam tadi, aku tidur awal—belum pun pukul 10 malam mata dah terlelap. Rasa macam tak biasa pula, sebab biasanya mata ni susah nak lelap awal. Tapi itulah, mungkin badan penat sangat.

Sebelum tidur, aku sempat dengar suami aku cakap yang kakak ipar nak ke hospital. Tapi aku tak tanya lebih, sebab mata pun dah berat sangat. Dalam kepala fikir, “Oklah, nanti pagi-pagi boleh tengok update.” Tak sangka, rupanya dia terus admit masuk wad malam tu.


Pagi Bermula Dengan Larian… dan Grab ke Hospital
Lepas Subuh, aku keluar berlari macam biasa. Dah selesai, terus balik rumah, mandi, bersiap, dan on the spot panggil Grab ke hospital. Kakak ipar aku masuk wad malam tadi dalam keadaan tak berapa stabil, jadi nurse tak benarkan dia turun ambil barang. Takut dia terpengsan katanya.

Barang-barang dia—beg baju, bantal, charger semua—masih elok tersimpan dalam kereta. Jadi, aku datang tolong hantarkan. Takkan nak biar dia tanpa barang keperluan. Dalam hati kata, "Kesian pula, masuk wad sorang-sorang macam tu."


“Masuk Hospital ke?” – Soalan Pak Guard
Sampai-sampai dekat hospital, aku pun tarik beg kakak ipar—jenis beg tarik yang gaya ala-ala pelajar Akademi Fantasia tu, siap dengan bantal peluk dan semuanya. Tiba-tiba pak guard tanya,

“Masuk hospital ke?”

Aku pandang dia sambil senyum—mekap on point, baju elok, muka ceria—dalam hati, “Eh, saya nampak tak sihat ke?” 😅 Tapi takpelah, mungkin dia cuma nak bantu.

Flashback: Pernah Juga Check-in Hospital Sendiri
Masa tu aku teringat balik zaman aku sendiri pernah ‘check-in’ hospital. Kena denggi. Sedih tak payah cerita. Rasa macam dunia ni sunyi gila. Duduk sorang dalam wad, dengan badan lemah dan mental pun down. Memang pengalaman tu buat aku lebih faham perasaan orang yang kena admit hospital tanpa ditemani sesiapa.

Sebab tu pagi ni aku cepat-cepat datang. Tak nak bagi kakak ipar rasa sunyi macam aku pernah rasa dulu. Bukan seronok pun tidur hospital. Huhu.

Monday, September 8, 2025

Kenapa aku suka bawa Hanif pergi perpustakaan?

*Lokasi Tingkat 3, Perpustakaan Negara Malaysia. Jenuh naik tangga.
Sebab tu bila dah naik kami tak turun dah.🤣

Masa dimanfaatkan sepenuhnya
Sebab, bila di library dia memang manfaatkan masa sepenuhnya untuk ulangkaji. Tujuh jam kami duduk di perpustakaan maka, tujuh jam juga dia fokus study.

Pagi, bangun awal. Makan dulu (kalau aku dah masak) atau makan kat kedai. Tak pun bila sampai library dah dapat meja kita akan turun makan kat kafe barulah mula study. Jadi, masa untuk belajar tu tak terganggu.

Kalau dirumah, sekejap adik panggil, sekejap adik ajak dia bercerita, sekejap adik tanya soalan macam-macam. Bila dia tak respon adik dia merajuk terus mengadu. Nanti dia juga kena tegur dengan papa atau dengan aku terus mood nak study tu akan hilang. Tak termasuk kena angkat baju la, papa panggil laa etc. Nanti perkara yang dia sepatutnya dah faham dia akan jadi tak faham sebab terganggu. 

Persekitaran yang relaks di rumah
Dekat dengan katil. Rasa letih terus baring. Kadang² terleka sampai setengah jam. Kadang² tertidur. Tambah pulak budak lelaki. Hmmm. Senang sangat hilang mood. Sudahnya nanti aku yang mengamuk. 😆

Lebih baik kita keluar. Pakai baju cantik². Smart. Then lepak perpustakaan. Itu dinamakan "enclothed cognition". Otak kita akan dapat signal dan baca sebagai "oh dah sedia untuk belajar" dan automatik otak akan jadi lebih fokus.

Lain orang lain cara. Macam Hanif cara aku nak bagi dia fokus seperti di atas. 

Pengorbanan ibu dan bapa
Paling penting, kita as a parents sanggup atau tidak untuk berkorban. Antara dua. Ibu atau ayah. Kalau kedua duanya sanggup berkorban lagi bagus.  Aku berpegang kepada kepercayaan tak pandai takpe yang penting rajin. Kita ni kena sentiasa bagi semangat kat anak. Kalau aku lemau anak² aku apatah lagi. Suka laa depa. Jadual ulangkaji aku yang susun. Anak perempuan mungkin tak perlu la kan. 

Bagaimana dengan Hadif?
Untuk anak yang banyak drama tu aku tak tahu lagi. Tahun depan aku akan mula ujikaji anak aku sorang tu. Nampak macam aku kena kerja lebih keras je akan datang. 😆