Monday, July 14, 2025

Hadif pilih dan buang kutu beras


Semalam bapak dia suruh dia pilih kutu beras. Beras lama asingkan simpan untuk burung² merpati yang rajin datang mintak makan. Beras baru simpan.

Seronoklah dia, aku nampak dia lambung² beras tu. Aku cakap kat laki aku nanti bersepah atas lantai dengan beras. Aku dah bebel. Tapi papa dia kata, "Takpe nanti dia sapu, dia kena ada kerja baru tak bosan..." Aku diam je lah. Iyakan je lah ekk.

Lepas dah habis aktiviti dengan beras mengemas bagai, bapak dia masuk terpijak sisa beras atas lantai terus bebel².Bergaduhlah depa berdua semalam. Aku biar je. Malas masuk campur. "Haah apa ni buat kerja macam ni bla bla bla...." bapak dia membebel. 

Aku buat² tak dengar je. Tadi masa aku cakap bapak dia kata biar je, bagi hilang bosan. Lepas tu bapak dia pulak bising sampai sakit telinga aku. Aku dah faham sangat cara budak ni buat kerja. Hidup dalam perut aku dulu kot sebelum keluar tengok dunia. Taktik² dia semua ni dari dia lahir, membesar dengan mengacau barang² baking aku semua aku boleh baca.

Bapak dia je selalu tertipu. 🤣🤣

No comments:

Post a Comment