Tuesday, April 8, 2025

Salam Syawal Tahun 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Harap-harap tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin untuk semua yang masuk ke dalam blog aku ni. Semoga raya anda semua tahun ni lebih "best" dari tahun² yang sebelumnya. 

Aku memang nak update entri baru, tapi keadaan yang sibuk tidak mengizinkan. Aku ni bukan setakat Bulan Ramadhan je sibuk. Setiap hari pun sibuk hehe.

Lepas raya baru agak bertenang sikit. Masih lagi mood balik dari beraya, cuti-cuti Malaysia. Mood kerja tu datang lambat sikit. Tambahan pulak sambung puasa enam. Memang lemau lah. Kerja tu kita jeling je. 😆

Nak update blog, nak update itu ini, nak buat video, nak clearkan album dalam phone, nak update akaun ehh macam-macam lagi lah. Nak pindah kedai lagi. Banyak keserabutan di otak.

Kita layankan dulu rasa malas itu erk haha. Yang mana dah habis Puasa Enam aku pun nak ucap Selamat Hari Raya juga. Dah habis Puasa Enam nikmat raya tu lain machiam sikit. Sebab itu, aku suka buat Puasa Enam. 

Yang mana baru nak buat Puasa Enam tu Selamat Berpuasa okay. Ayuh kita sama2 memeriahkan bulan Syawal tahun ini dengan khatam Puasa Enam. 🥰

No comments:

Post a Comment

Salam Syawal Tahun 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri Harap-harap tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin untuk...