Thursday, September 24, 2020
CARA-CARA SENANG NAK SIMPAN FAIL DALAM KOMPUTER SUPAYA MUDAH INGAT
Tuesday, September 22, 2020
CONSISTENT AND PERSISTENT
Dulu masa zaman aku jadi Agen Insurans dan Takaful kami selalu ditekankan dengan ayat "Consistent and Persistent". Setiap pagi masa meeting mesti boss akan cakap, "be consistent be persistence...''
Bila dengar orang selalu sebut kita pun rasa macam, ''eh aku kena consistent kena persistence...''
Tapi bila ditanya maksud Consistent dan Persistent jadi nganga. Macam na jawab pun tak reti.
Orang yang kerja dalam bahagian Sales and Marketing dah lali dengan ayat ni. Kira mereka punya sarapan wajib setiap pagi.
Apa yang dimaksudkan dengan "CONSISTENT" dan apa pula yang dimaksudkan dengan "PERSISTENT" atau "PERSISTENCE".
CONSISTENT - KONSISTEN apabila dirujuk ke dalam Google Translate atau mana mana kamus ia bermaksud, "acting or done in the same way overtime, especially so as to be fair and accurate."
Merujuk kepada sesuatu yang kita buat secara kerap setiap hari. Tak pernah tak buat. Atau tak boleh skip. Contoh saya ambil Target Sebulan nak jual 100 buku Kek Lapis. Jadi dalam masa sehari kita mesti jual 3-4 buku kek lapis secara berterusan untuk mencapai target 100 buku tu. Atau seminggu kita kena jual 28 buku kek lapis. Kalau seminggu dah 28 buku jadi sebulan jumlahnya 112 buku. Boleh faham?
PERSISTENCE - pula bermaksud GIGIH atau BERSUNGGUH-SUNGGUH. Gigih buat sesuatu demi untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Contoh saya ambil lagi nak jual kek lapis bulan ni target 100 buku. Bersungguh sungguh berusaha menjual demi nak capai target tersebut. Takde alasan. Ada masalah pun dia tolak tepi haha. Yang penting target tercapai.
Slow learner takpe. Yang penting kena ada effort. Tak boleh malas. Sanggup belajar. Be humble. Tak besar kepala. Sifat sifat ni yang akan buat kita menjadi seorang yang berjaya. Mungkin tidak duduk di 10 tangga yang berjaya kat Malaysia atau dunia. Tapi cukup berjaya dimata keluarga, anak anak dan diri sendiri.
Jadi, boleh macam tu? ;)
#TMW #THEMIRACLEWARRIORS #EZKL #SUGARMELLO
Monday, September 21, 2020
4 TIPS MACAM MANA NAK SENTIASA BERFIKIR POSITIF
Ada masa kita sangat kecewa. Kecewa dengan keluarga, kecewa dengan anak, kecewa dengan suami atau isteri. Tak pun kecewa dengan diri sendiri.
Tiba-tiba je rasa menyesal kenapa aku pilih laluan hidup yang sekarang. Tiba tiba je rasa tak patut sangat aku berhenti kerja. Jaga anak kat rumah. Takde gaji, takde pendapatan tetap. Takde duit nak bayar hutang itu ini. Rasa tak berguna sebab tak boleh contribute.
Ada pulak yang rasa menyesal. Sebab tak dapat nak tengok anak anak membesar sebab terlalu sibuk dengan kerja. Punya masa yang terhad untuk keluarga.
Ada yang tidak habis habis dengan masalah kerja dan keluarga
Ya, takde siapa yang nak tolong kita bila kita dalam masalah dan kesusahan. Paling kuat pun hanya yang mampu mendengar kita mengadu. Nak mengadu pun tak boleh nak mengadu semua perkara.
Dah buat macam macam tapi tetap juga tak selesai.
Kadang-kadang tak semestinya bila ada masalah terus nak selesaikan time tu jugak. Memang akan perlukan masa. Tapi apa yang penting bagaimana sikap kita dalam menangani masalah dan keserabutan yang melanda. Adakah kita terbawa-bawa dengan masalah yang dihadapi atau bertindak secara positif especially masalah emosi kita sendiri.
Antara cara - cara untuk sentiasa positif ialah:
1. Anggap ia dugaan dari Allah
Kembali kepada Allah. Mintak pertolongan dengan Allah supaya mudahkan urusan kita. Minta supaya segala masalah kita boleh ditangani dengan tenang dan sabar dan menganggap itu adalah ujian dari Allah yang mahu kita kembali dan mengadu kepadanya. Mana tahu selama ni kita alpa dengan keseronokan serta kesenangan dunia.
2. Elakkan mengadu kepada orang lain.
Orang lain tidak akan mampu menyelesaikan masalah kita. Begitu juga yang sebaliknya. Mengadu kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui. Ingat, bila mengadu kepada manusia apa yang kita dapat? Dapat dosa satu. Dan belum tentu lagi orang lain tu menyimpan rahsia masalah kita.
3. Tanya diri sendiri
Tanya diri sendiri bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jangan tanya kenapa aku diduga begini. Jangan asyik rasa diri kita selalu jadi mangsa. Jangan salahkan orang atas masalah yang menimpa kita. We are fighter!!! Ya, memang bukan senang. Tapi InsyaAllah mesti boleh. Jangan tanya kenapa aku ni gemuk. Tapi fikir macam mana nak turunkan berat badan supaya sihat cantik dan letops hihihi.
4. Bersihkan hati
Selalu bersangka baik. Penyakit yang paling susah nak ubat ialah penyakit hati. Contoh penyakit hati ialah sombong, berlagak, takbur, cemburu tak bertempat, dengki, dan berdendam. Jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Jangan rasa sakit hati atas kejayaan orang lain. Tapi ambil cerita dari kejayaan orang lain tu kita ikut. Buat jadi contoh. Jadikan idola. Ini asal berjaya sikit mula lah dengki.
Kesimpulannya, sentiasa bertenang bila dihadapi masalah. Apa pun kita juga yang harus selesaikan masalah tersebut. Berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Sekian,
Teima Kasih daun keladi sebab sudi singgah ke blog ni. Sehingga kita berjumpa lagi di entri seterusnya. TAMAT.
Menulis di media sosial
Dulu,
12 tahun yang lepas memang tak pandai menulis kat FB. Tambah pula FB masa tu maksimum boleh tulis paling panjang 25 patah perkataan. Amendaaa lah kan. Nak tulis apa 25 patah tu. Nak tulis biodata pun tak lepas. 😂
Pernah try nak belajar tulis novel masa sekolah. Huh tak reti beb. Nak tulis apa? Yang aku tau masa tu tulis BIODATA je. Wakakakaka.
Sebab tu aku salute dengan penulis novel.
Sebelum FB aku dah berjinak jinak dengan blog. Itu pun sebab nak mengisi masa lapang dalam pantang lepas beranakkan Hanif. Pun mak tak tulis panjang. Takde ayat pun. Gambar je. Blog yang ni jugaklah. Dahulu dan sekarang.
Habis pantang habis. Blog bersawang. Sampailah berhenti kerja. Mula aktif balik. Tulis apa? Suka suka je.
Tapi tetap kat FB tak pandai lagi menulis. Sampailah tahun 2014 aku jumpa sorang budak ni. Dia kata cuba kau belajar CW.
Aku tanya CW tu apa benda. Dia kata ala CW. Content writing. Tapi kau buat kat FB personal. Aku tanya balik macam blog ke. Dia jawab lebih kurang. Tapi blog lain tapi kat FB kena buat pendek. [sekarang FB dah boleh buat surat cinta macam karangan cinta Mujahid]
Hahahaha, aku pun try. Still tak pandai lagi. Sebab tak reti nak buat ayat ala ala bahasa melayu tinggi macam tu. Waktu tu semua orang up CW bahasa munge munge gitu. Sampailah belajar kelas online macam mana nak tulis secara santai macam duduk ditepi pantai dibuai ombak dengan angin sepoi sepoi bahasa.
Sekarang, orang dah tak kisah dah kau nak tulis macam mana kat social media as long as netizen faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Orang panggil bahasa netizen. English ke Melayu nak campur pun takde masalah. It is a Social Media. Typo pun takpe (tapi elok betulkan). Boleh edit post kan. 🤭
Tak reti guna Bahasa Inggeris guna je bahasa Melayu. FB kan boleh translate. Apa susah.
Tapi dengan syarat ejaan kena penuh dan betul. On point. Jangan jargon sangattt. Sampai orang tak paham y'all. 🤣
Bukannya kau maksudkan nak "join kelab bola" tapi kau pergi tulis "joint kelab bola..."
Maksudkan "Handbrake" kereta pergi tulis "Handbreak". Tu memang kena gelaklah. 😅
Bab tulis panjang panjang ni hasil belajar bertahun tahun dari blog.
Dan aku pantang orang tulis ayat pendek short cut bahasa rempit aku tak faham.
Patahkan jari tu nanti baru tahu. 🙄
So, I am me. Mak yang garang. Bukan brownies, biskut dan kek lapis. But the way you look at me tengok muka mak je korang sah sah terbayang kek lapis, brownies dan biskut mak yang sedap tu kan kan kan. 🤣
Saturday, September 19, 2020
ELZHA WARRIOR
![]() |
TOP 5 STOKIS ELZHA - AUGUST 2019 AKU YANG NO 4 TU hihihi |
Kalau tanya masa tu mader pun tak tau berapa komisen jual kek lapis ni. Ini serious. Submit order ikut kuantiti yang ditetapkan. Macam tu lah. Bila orang tanya berapa untung. Hmmm entah.

Benda ni berlarutan. Memang banyak benda tak reti. Nak jual kat pasaraya, macam mana nak masuk, semua belajar dengan big boss Elzha.
KENAPA EZLHA? YOU ORANG SARAWAK KENAPA TAK JUAL JE KEK DARI SARAWAK??
Soalan kat atas tu dah beratus orang tanya. Aku nak jawab pun penat dah.
Dan paling kelakar. Tetiba ehh dah jadi Stokis. Masa tu tak ada agen lagi. Semua jual sendiri. Gigih tak gigih. Berangkut hari hari dengan kek hahaha. Kenangan manis masuk bazaar. Bukan semua orang boleh rasa.
Selalu tiap kali bazaar cakap dengan geng sama sama masuk bazaar, "Aku kena jual betul betul kek lapis ni. Sebab kek lapis ni yang bayar sewa tapak..." hahahahaha... sampai macam tu sekali.
Dah banyak plan untuk awal 2020. Dah cantik dah perancangan tup tup #COVID19outbreak pulak. Semua plan cancel tak menjadi. Allah sebaik baik perancang kan.
I go for online 100%. Dah takde tapak. Plan pun dah bertukar.
Orang kata bestnya senang senang dah jadi Stokis. Tapi korang tanya semua Stokis- Stokis dalam gambar ni dorang mesti ada dugaan sendiri. Mesti ada waktu waktunya down under the sea.

Langit tak selalunya cerah. Emosi tak selalunya stabil. Mesti ada turun naik. Cuma macam mana kita nak handle segala galanya.
Nak tanya masalah ai. Ai ada seribu satu masalah serabut kat kepala. Ikutkan hari hari down. Hari hari aku malas. Tapi buat apa nak tunjuk kat orang kan. Down tu takkan bangkitkan semangat kita. Nak down pun kita jugak yang kena hadap. Jadi buat lek buat pis.
Just go with the flow. Sales turun naik takpe. Mesti kena ada usaha. Be humble. Never stop learning. Dah pandai pun still kena belajar. Dunia ni berubah dengan cepat. Be who you are and proud of what you do.
Mana-mana yang jadi agen Mader so far walaupun aku ni garang tapi tak pernah sekali pun aku marah. Ai is sangat baik okeyy ahaaha (#doneclaim). You tak tau ai ajar dengan rela hati tau.
Teringat dialog dalam Kampung People "Walaupun petani tak kaya dan berjaya tapi pengalaman tu penting..."

Mader jenis, nak buat. Buat. Tak nak buat takpe hahaha. Macam tu. Mak tak nak pening pening kepala. Baik terus meniaga mengisi masa lapang hihihi.
THANK YOU ELZHA. And TAHNIAH kepada kawan kawan stokis mader. You are the best.




p/s: Nak cakap TQ je. Top 4 je pun tapi post panjang tak hingat.

Wednesday, September 9, 2020
KEM BINA INSAN MASA SEKOLAH
Saturday, September 5, 2020
HAPPY BIRTHDAY HADIF, AUNTY ZULYANA DAN UNCLE ZURAIN
Hari ni masuk 5 September.
Baru nak terhegeh-hegeh nak update pasal birthday anak hihi.
Bulan ni September Babies ramai. Hujung bulan baru sambut dengan family.
Nak balik rumah nenek pun ambil masa dekat 50 minit drive dari KL. Okaylah. Merasa lah balik kampung dengan bayar tol RM12.00 pergi balik kan.
As long as dorang happy aku okay je. Sorang punya birthday semua dapat potong kek. Kan bagus tu. LOL.
Balik rumah nenek berangkut kita. Siap dengan bahan bahan buat kek butter bagai tu. Kekonon nak buat kek kat rumah nenek. Buat tu tetap buat. Tapi buat satu je Congo Bars.
Kek Green Velvet dah buat dua hari sebelum dan simpan dalam fridge. So tak ada lah kelam kabut nak bersengkang mata kan. Masalahnya kat sini buat kek awal dan masuk dalam freezer buat kek tu jadi kering sikit walaupun dah salut Cream Cheese.
Lagipun rasa tak kena macam Red Velvet Cake. Jadi, kalau korang nak order sila order Red Velvet Cake keyh. Jangan order kek lain. Confirm rasa tu akan lari. Tak sama dengan rasa Red Velvet hihi.
Ni aku buat review kek sendiri hahahahahahaha.
Adik aku dua orang takde dalam gambar sebab dorang ni pemalu. Percayalah.
Bagaimana aku bermula (How do I start) : PART 1






-
Semalam, Pergi Kedai Kim Kee Nasi Ayam Hailam kat Ampang Jaya. Dinner dengan kawan kawan. Lama tak jumpa kan. Ya Allah, betul betul gen...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...