Thursday, January 30, 2020

Drama selepas habis cuti Raya Cina

Bila kau dah cuti lama lepas tu kena sekolah be like. 🙄

Muka kelat 😂

Tak tahu dah drama yang episod ke-berapa. Tapi masih lagi dalam bulan January 2020.

Sambil mandi sambil gosok gosok mata. Sambil pakai baju sambil gosok gosok mata. Malas nak tanya. Papa je layan drama dia. Aku sibuk nak siapkan bekal. Nak packing barang dia. Macam macam. Mana laa ada masa nak melayan karenah dia.

Peluk tak terkira berapa kali. Nak berjalan ke motor 20 langkah. Selang selangkah dok kata, "Byeee mama..." Dah macam boyfriend nak tinggal girlfriend pulak gayanya. Sayangnyaaa la hai dengan mak dia. 🤣

Ye laaa, dari semalam dah janji mama tak payah datang sekolah harini. Sah laa gundah gulana.

BALIK pukul 3.30pm




Keluar dari kelas terkedek kedek lari heret beg terus peluk mak dia. Haah. Rindulahhh khenn. 10 tahun tak jumpa. 😂

aDh habis peluk terus dia kata, "Mama, adik tak makan tadi." Mader tanya, "Kenapa tak makan?" Dia jawab, "Sebabbbb, mama tak datang tadi. Sekarang adik dah lapar nak makan..."

 "Tak payahhhhh! Balik rumah baru makan."

Sampai rumah apa yang ada dalam bekal semua dia habiskan. 🤣

Kebuluran.

Aku pun tak tahu macam mana laaa dia boleh sanggup tahan lapar dari pagi sampai petang. Nasi tak makan takpe lagi. Ini roti & biskut pun tak makan. Geram rasa nak cekik pun ada. 🤦‍♀️

Haihhh... Kena jadi NAZIR lagi laa minggu depan. 

Wednesday, January 29, 2020

Nasi Ayam Isa Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Hari ni hari terakhir anak anak bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Kebanyakkan sekolah dah mula beroperasi. Sekolah agama lagi awal dah start sekolah. Sekolah Cina masih lagi cuti. Esok barulah start sekolah. Dua minggu lepas dah sekolah ganti pada hari Sabtu. Seronok lah cuti lama sikit. Macam orang kata susah susah dahulu, bersenang senang kemudian ahaha.

Jalanraya pun masih lengang lagi. Tambahan pula hujan dari pagi tadi tak berhenti. Sekejap renyai renyai. Sekejap lebat. Masa pergi hantar stok Kek Lapis Elzha ke booth di Jalan Universiti tadi pun hujan lebat. Alhamdulillah kami dah mula beroperasi semula selepas tiga hari bercuti. Yang nak beli dan teringin makan Kek Lapis boleh ke booth kami di LRT Jalan Universiti - KL Gateway. InsyaAllah harga berbaloi - baloi dengan rasanya.

Dah hantar kek lapis kami anak beranak ke Petaling Jaya. Nak makan kat Kedai Chinese Muslim di Seksyen 19. Sekali kedainya tutup daaaaa. Patahlah balik ke Kampung Pandan terus singgah di Kedai Nasi Ayam Isa.

Kedai Nasi Ayam Isa Kampung Pandan antara kedai yang ramai pengunjungnya. Terutamanya bagi mereka yang bekerja di area Kampung Pandan. Memang sentiasa penuh. Dekat pula dengan kawasan office. Setiap hari menjadi tumpuan ramai. Yang tak bekerja macam aku pun suka juga especially bila semangat memasak kau malas tahap Gunung Everest kikiki. Senang dan mudah. Anak anak pun suka.
Menu paling senang.

Nasi Ayam & ABC

Boleh nampak dalam gambar nasi dia selambak. Hadif pun tak boleh habis. Aku order dua set Nasi Ayam dengan Nasi Ayam kosong. Bila orang tanya sedap tak. Aku pun tak tahu macam mana nak jawab. Definisi sedap bagi setiap orang kan lain. Kalau aku kata sedap bila korang makan kata tak sedap haah macam mana? Bagi aku biasa je. Nasi Ayam dan aku boleh makan dan telan hahaha. What do you expect? Air seperti biasa kami minum air kosong dan air suam. Tadi tambah ABC sebab dah lama sangat tak makan ABC kat sini. Order satu share dengan Hanif. Cukuplah. Nanti makan sorang semangkuk mau seminggu penyesalan. Bukan senang nak bakar kalori setiap hari.

ABC dia sedap. Memang recommended. Pekat. Manis pun cukup. Tak lah tahap sampai potong kaki. Takde rasa klorin hahah. Kacang pun masak. Ada sesetengah tu keras tak cukup masak. Ada pulak yang berlendir macam nak basi. Ada juga yang masam. So far, Alhamdulillah kualiti terjaga.



Okay, Nasi Ayam Isa ni bertempat di Pusat Penjaja, Jalan Thaver, Kampung Pandan. Boleh search je kat google "Isa Nasi Ayam". Keluarlah berderet deret kat google. Yang tak pernah datang dan tak tau Kampung Pandan kat mana guna je Waze atau Google. Search. Confirm sampai. 

Nak makan di sini kena datang seawal pukul 11.00 atau 11.30 pagi. Lambat nanti takde tempat duduk. Nak parking pun susah. Kebiasaannya orang ramai park kat tepi jalan during lunch hour. Kalau boleh naik satu kereta ramai ramai lagi bagus. Tak ada lah menyumbang kepada kesesakan melampau. Park jauh lepas tu jalan kaki.

Oh, kat situ pun ada satay sedap dan mur mur. Satay Pak Ayob namanya. Lainkali kita cerita pasal satay pulak okay. Bye. See you soon.




Tuesday, January 28, 2020

Hadif dan Drama Darjah Satu

Bulan Januari dah nak habis. Cerita anak sekolah tak habis lagi. Masa yang ada tu sangat terhad. Walaupun ada 24 jam kan hahaha. Kalau bagi 30 jam pun takkan cukup. Masih lagi bergelumang dengan tugas dan jadual harian yang tak menentu. Kelam kelibut tak tentu pasal. Kalau ada masa cuti pun akan digunakan sebaiknya untuk marathon movie. Bukan selalu dapat tau. Bila ada masa terluang tu tak bangun dari katil.


Entri pertama untuk tahun 2020. Kisah budak yang baru masuk Darjah Satu tahun ni memang banyak episodnya.

Hari pertama sekolah okay, hari kedua okay, hari ketiga pun okay. Masuk hari keempat dan kelima sekolah dia dah mula berdrama. Drama nangis pagi tu ada. Tapi ada satu drama tambahan. Yang mana bila dua hari tu dia balik makan bekal dalam kereta kebulur lain macam. Bila ditanya tak makan bekal ke? Dia kata, "Adik tak lapar..."


Musykil kan.

Takkanlah sekolah dari pagi sampai pukul 3.30pm tu tak rasa lapar. Mustahil. Abang Hanif dia licin je bekal. Dia pulak tak bersentuh.

Masuk hari ke-enam aku pun intai dia kat sekolah masa waktu rehat.





Kawan kawan dia berjalan dalam barisan menghala ke kantin. Tiba tiba, aku nampak dia keluar barisan menyorok di sebalik tiang. Hahahaha. Aduhai perasaan aku masa tu rasa sayu sangat. Rasa sedih, kesian, geram semua ada. Rasa nak menangis tu lebih lagi. Dia menyorok disebalik tiang tengok kawan kawan dia. Ada kawan lain ajak pun dia tak nak ikut. Beg bekal pun aku tak nampak. Cuma nampak dia pegang air botol je.

Kebetulan Uncle Guard kesayangan murid murid kat situ, Uncle Raja pun ada. Jadi, dia pun tanya, "Kakak taknak pergi dekat dia ke..."

"Nanti sekejap..."kataku. Sebab aku nak tengok berapa lama dia nak berdiri disebalik tiang besar tu.

Kemudian, Uncle Raja kata, "Tak apalah saya pergi tengok..." Maka, dia pun panggil Hadif suruh duduk kat bangku dengan dia.


Pada masa yang sama ada seorang juga anak murid Darjah Satu yang menangis beria. Pun sedih. Kelakar adalah jugak. Sebab bila dah nangis beria dia senyap lap air mata dengan saputangan lepas tu sambung makan. Menangis melalak sekejap lepas tu sambung makan hahaha.

Ni anak yang melalak tu. Tengok kat tangan dia ad saputangan lagi.

Berbalik kepada cerita Muhammad Hadif, leps Uncle Raja minta dia duduk sekali Uncle tanyalah, "Kenapa tak pergi kantin, mana bekal?" Tetiba aku tengok air mata meleleh macam air hujan. Nak nangis melalak macam kawan dia segan, jadi mampu meleleh air mata je lah.

Senyap senyap aku datang kat dia. Bila dia nampak je muka aku terus terkejut, "Mama???".


Mungkin tak percaya kenapa so sudden aku datang sekolah.

Aku tanya, "Kenapa tak bawa bekal. Tak makan. Nanti dah la lapar. Takkan satu hari tak makan..."


Tak jawab apa pun. Yang aku nampak airmata je meleleh. Akulah yang rasa sedih nya. Bawa dia ke kelas ambik bekal dan bagi dia makan kat situ. Makan laa sambil air mata tu tak berhenti terjun.

Dah habis makan aku hantar dia kat dewan barulah aku balik. Masuk je kereta mak pulak yang menangis sedih. Sedih sebab anak tu dah besar. Dah masuk sekolah. Dari kecik bukannya pernah kena tinggal. Sekolah Tadika tak sama dengan sekolah biasa. Di Tadika boleh berseronok. Cikgu Tadika pun bukannya seperti cikgu sekolah biasa. Murid pun tak ramai. Jadi untuk rapat dan anggap Cikgu Tadika mak nombor dua kat sekolah takde masalah.


Makan pun sedih 
Minum air pun sedih haha

Di sekolah biasa pula lain. Pendekatan pun tak sama.

Walaupun abang dia bersekolah ditempat yang sama bukannya boleh jumpa. Waktu rehat pun tak sama. Jadi apa pun kenalah berdikari sendiri. Perwatakan pun tak sama. Abang Hanif agak nakal dan berani. Adik pulak jenis memang jenis sussah berkawan dengan orang. Dia nak Abang dia je. Orang lain tak nak.