Monday, November 11, 2019

Muzium Kapal Selam Melaka


Gambar 2013, buruk lagi kan Kapal Selam Agosta 70 masa ni



Habis meeting di HQ Elzha Cake House, kami tiga beranak terus ke Muzium Kapal Selam Melaka. Cuma 10 minutes drive je dari Elzha Cake House.

Kali pertama melawat Muzium Kapal Selam ni pada tahun 2013. Dan muzium ini dibuka pada tahun yang sama. Masa tu just ikut je kakak ipar aku. Tak siap sepenuhnya. Nak park kereta pun jauh. Sekarang dah ada jet, ada Cafe dan ada kedai menjual produk kraftangan dan makanan ringan. Vending Machine pun ada. Kira kalau haus akibat kepanasan melampau tu senang nak cari air.



Panas lit lit

Tiket untuk Dewasa yang ada MyKAD cuma RM6.00, kanak-kanak RM3.00. Dulu bayar RM5.00 untuk Dewasa dan RM2.00 untuk kanak kanak. Nak ambik gambar RM10 sekeping. Murah kan. Kat Langkawi haritu harga dah cecah RM50.00. Ada tempat RM100. Harga arwah depa kasi. Waktu operasi ialah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bertempat di Dataran 1Malaysia sedikit sebanyak cerita tentang Muzium Kapal Selam Melaka yang diberi nama SMD Quessant Agosta 70 dari Perancis dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam negara kita.

Kapal selam Agosta ni dibinan pada tahun 1979 dengan berat 1200 tan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium dengan kos RM12.6 juta.

Pernah tak kalau tengok movie ada kapal selam je kita dah rasa kagum dengan teknologi pertahanan negara tersebut? Itulah salah satu tujuan kenapa Kapal Selam Agosta ini dibawa ke Malaysia. Dijadikan simbol sebagai sebuah negara yang sudah maju dalam pertahanan maritim negara.

Budak dua orang ni takut sebenarnya.

Suruh dekat dengan patung pun tak mahu




Bilik Kawalan (Analog)


Yang ni tak boleh masuk, Engine Room



Kali terakhir Agosta 70 digunakan pada tahun 2009 semasa belayar di Lautan Atlantik dan selepas itu ia dijadikan sebagai kapal selam untuk latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo.Nak tangkat pun kena guna dua kren. HAHAHA... dah berat 1200 tan kan.

Dulu, masa datang Hanif pun takut . Masa tu baru umur 5 tahun. Hadif dua bulan. 😃

Sekarang, pun takut. Macam-macam soalan dorang tanya bila masuk ke dalam kapal selam tu. Kapal dah tinggal lama. Aku sendiri dah masuk dua kali pun seram. Sebabnya kat dalam tu sangat sempit. Ruang tempat berjalan tu memang ngam ngam untuk sorang je. Tidur pun katil kecik je. Bayangkan kalau kecemasan macam mana?

Antara Movie yang best yang melibatkan kapal selam yang boleh korang tonton ialah Hunter Killer, The Hunt for Red October, Crimson Tide. Ada lagi movie lama boleh search di Google.

Dah masuk dalam Agosta 70 tu kami pun pergi bergambar pulak kat dua jet pejuang replika yang ada di situ. Kagumlah budak dua orang ni tengok jet. Tak best katanya sebab kalau boleh anak anak aku ni nak masuk duduk kat dalam tu. Over kan haha.










Dah pusing pusing disitu kecoh pula tengok kuda. Macam tak pernah naik. Again, dulu kecik lagi. Sekarang dah besar masing masing lupa. So, aku bagi je lah dorang naik kuda tu setiap seorang. Biar puas hati. Harga sekali naik untuk seorang RM10.00. kalau nak naik kereta berkuda RM5.00 minimum 3 orang.







Panasnya cuaca kat situ tak payah cakap laaa. Walaupun ada angin bahang laut tetap terasa. Tak boleh tahan aku rasa. Duduk bawah pokok pun panas. Habis je budak budak punya aktiviti terus kami balik ke Port Dickson semula.

Kepada kawan kawan yang ke Melaka jangan lupa singgah di Muzium Kapal Selam Agosta 70 ni. Bawa anak anak datang tengok dengan mata kepala mereka kat sini Kapal Selam yang real. Baru bila tengok movie dah boleh imagine macam mana.

Macam aku memang suka pergi Muzium. Tak kisah pun muzium apa. Asalkan namanya muzium. Muzium Lukut yang takde apa apa tu pun aku dah pergi hahahaha.

09.11.2019
(Saturday)

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...