Thursday, October 31, 2019

Welcome to Pulau Langkawi - Edisi Langkawi 2019




Jeti Kuala Kedah

Selepas 1 jam 45 minit naik ferry akhirnya kami tiba di Jetty Langkawi. Kali terakhir jejak kaki disini ialah pada tahun 2010. Wow dah hampir 10 tahun tak datang Langkawi. Zaman bekerja tiap tahun datang Langkawi hihi. Suami takyah cakap dia memang pergi tiap tahun atas urusan kerja.

Sempatlah tido satu jam dalam ferry walaupun TV di depan mata pada ketika itu. Lantaklah, mata dah ngantuk sangat.

Dah lah tersilap key in alamat kat Waze jadinya tersalah tempat. Sepatutnya taip Jeti Kuala Kedah. Tapi aku just search Kuala Kedah. Tak pasal pasal kena marah dengan suami hihi. Dalam hati dah lah tak tido semalaman. Lepas tu bukan nak appreciate pun kita teman dia drive tak tido. Salah sikit je kena marah. Sedih tau hahaha.
Dalam Feri, mata dah rabak.

Masa ni dah nak sampai Jeti Langkawi. Cantikkan laut kebiru biruan ni. Subhanallah.





Hadif punyalah excited. Kesian dia. Tak pernah pergi Langkawi. Abang Hanif dah banyak kali pergi. Hadif umur 6 tahun baru dapat merasa jalan jalan kat Langkawi. Abang Hanif satu Langkawi tu aku dah bawak pusing sampai satu pun takde yang tertinggal. Jadi kali ni memang khas datang ke Langkawi nak bawak si kenit mader jalan jalan.

Kempen "Sayangi Sawitku" di sepanjang perjalanan dari Jeti menuju ke pintu masuk utama hihi...

Panas lit lit. Topi tu umur 10 tahun.

Sampai je dah habis sesi bergambar terus pergi isi minyak kereta dan cari kedai makan. Perut dah lapar. Menggigil gigil tapi, pelik aku cuma makan Roti Tisu dengan air kosong je. 😅






Dah sarapan bersiap siap nak ke hotel. Alih alih terperangkap dalam jam disebabkan oleh Event Ironman 2019. Membebel laaa suami mader kat dalam kereta. Siap kata tak bagi notis, takde info, tak plan lah macam macam.

Sebagai seorang yang berfikiran secara rasional dan biasa dengan event event larian macam ni aku pun back up. Bukan nak back up beria. Tapi logik lah event besar macam ni mana ada orang plan sebulan dua.

Kebiasaannya untuk jadual event larian, berbasikal, IRONMAN dan sebagainya semua sudah diatur setahun sebelum pertandingan. Tak percaya cuba korang search event marathon untuk tahun 2020. Aku pun dah dapat senarai jadual larian penuh untuk tahun depan tau.

Yang salahnya kita sebab tidak selidik betul be  tul tarikh tu. Aku kalau orang tolong plan holiday aku tak check pun date tu ada apa, hari apa. Yang aku tau tarikh pergi dan balik. 😂

Melainkan kalau aku yang kena cari hotel sendiri barulah ambik tahu.

Okay berbalik kepada isu sesak di Langkawi.

Adalah lah dua jam baru tiba di hotel. Langkawi ada satu dua jalan je. Kalau satu tutup memamg naya penduduk dengan pelancong Langkawi. Pelancong dan penduduk Langkawi yang terkena jem adalah pelancong yang tersakiti. 😂

Tak boleh tahan. Nak check in. Nak refresh badan. Nak rehat. Lepas tu baru fikir nak naik cable car.

Perjalanan ke Kuala Kedah di malam Deepavali 2019

Dua minggu lepas kakak ipar aku tetiba bagitau yang dia dah book hotel kat Langkawi.

Dah aku siap ada plan nak berhari Deepavali makan makan dirumah kawan pada 27 Oktober 2019, hari Sabtu. Terpaksa cancelled.

Bila aku tanya encik suami, "Tak jam ke...'' Dia jawab takpe. Kita bertolak malam tak pun naik bas.

Time tu aku dah membayangkan yang aku tak tidur. Sebab aku ni ada fobia sikit bila nak drive memalam buta atau kena naik bas ni terutamanya trip yang jauh nak ke Kuala Kedah. Lagipun suami takkan bagi bini dia drive long distance. Dan memang aku takkan drive melainkan tiada pilihan.


Bila tiba waktunya tiket bas pun habis, tiket kapal terbang pun mahal, tiket ETS pun habis. Nak tak nak kena juga drive ke sana.


Bertolak dari KL pukul 10 malam. Lepas BESRAYA patah balik sebab tertinggal IC anak anak. Aku nye kerja lah tu. Tukar beg sampai IC anak pun lupa nak keluarkan. IC diri sendiri je ingat. Nampak sangat macam pentingkan diri je hahaha.


Sepanjang perjalanan menghala ke Utara Hentian dan R&R semuanya penuh. Nak masuk pun sesak. Sudahnya terpaksa juga bernenti kat Hentian sebelum R&R Tapah. Lupa dah nama. Cari toilet dan beli apa apa yang patut.

Memang sah pun yang buat jalan jam bukannya yang sambut Deepavali. Kita Malaysian kan pantang ada cuti panjang. Ada je tempat nak pergi. Balik kampung lah. Cuti cuti Malaysia lah kannn.

Pukul 10.30pm dari KL, tiba di Kuala Kedah pukul 6.00 pagi keesokkan harinya. Ferry pertama bertolak pukul 7.00 pagi. Alhamdulillah sempat!


Aku? Tak tido laaaa... Jadi navigator untuk dua orang driver. So, aku buat konsert dalam kereta. Nyanyi sedap ke tak sedap belakang cerita. Kakak ipar aku siap offer lagi Data dia supaya aku boleh layan IFLIX hahahaha.