Wednesday, August 2, 2017

Antara jenama butter (mentega asli) yang ada di pasaran

Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat penat penat akhirnya biskut atau kek yang dihasilkan tak menepati citarasa.

Tips nak biskut atau kek yang sedap senang je. Guna bahan-bahan yang berkualiti. Antaranya yang paling penting sekali ialah butter. Ramai yang tak tahu butter yang bagaimana dan jenis yang macam mana nak kena beli.

1. #Tatura Butter kerana harga yang paling murah diantara butter butter yang ada di pasaran. Dua kategori (Salted & Unsalted). Berat satu blok 250gm.


2. #Anchor Butter. Butter yang femes juga. Kat mana-mana pun ada jual. Cepat lembik dalam suhu bilik. Sedap untuk buat cookies dan kek. Ada Salted dan Unsalted. Saiz ada dijual dengan berat 227gm serta 250gm.


3. #SCS Butter. Harga agak mahal. Merupakan antara pilihan utama pembuat kek dan biskut. Tapi akak baker sangat jarang guna SCS. Dua kategori (Salted & Salted). Berat satu blok 250gm. Ada juga packaging 200gm.


4. #GoldenChurn Butter. Akak baker kenal Golden Churn ni dari kecik. Butter yang paling fofular di kalangan baker yang membuat #KekLapisSarawak. Tapi akak tak guna pun Golden Churn untuk buat #keklapis. Dijual dalam blok seberat 250gm dan dalam tin. Jangan terkejut Golden Churn Butter yang dalam tin tu lagi mahal.



5. #Emborg Butter. Bila sebut Emborg orang akan terbayang packaging cheese yang bermacam macam jenis yang dijual di pasaraya. Produk Emborg yang popular ialah Pizza Topping dengan Cheddar. Tapi uolls tak tau yang Emborg Butter ni sedap okay. Berlemak, wangi habis satu rumah ahahaha. Ada Salted dan Unsalted. Berat 250gm. Emborg Cook & Bake bukan dalam kategori Pure Butter ya.


6. #Lurpak Butter. The most delicious premium butter over hundred years taw! It's my lifetime favourite butter ever hihi... Akak baker biasa panggil Danish Butter. Ada juga Salted dan Unsalted. Harga agak mahal boleh cecah sehingga RM15.90 untuk 250gm. Tapi untuk makan sendiri pejam mata la beli. Kalau untuk berniaga akak baker tak guna sebab nanti harga kek dan cookiesakan jadi mahal. Nak meniaga kena jaga kos kita dan kos poket customer :D


Ada bermacam-macam jenis lagi butter yang ada di pasaran. Yang dinyatakan kat atas ni kecuali Lurpak Butter ada dijual di kedai bakeri. Yang paling senang jumpa di kedai bakeri ialah Tatura, Anchor dengan SCS Butter. Next time kita kupas lagi lebih detail tentang butter ya. Dah tau nak beli yang mana satu?

Silakan #SHARE tips ini dengan gembira. #muachiked Semoga bermanfaat :D

9 comments:

  1. Jadi semua pure butter diatas dicomfirm halal ka kak

    ReplyDelete
  2. Tatura pun mahal la. Anchor yang paling murah..

    ReplyDelete
  3. Saya plg suka guna golden churn dan anchor utk buat kek lapis...sedap.

    ReplyDelete
  4. Hai kak. Mana satu yg warna paling terang? Atau, mana satu yg paling tinggi peratus isi lemak?

    ReplyDelete
  5. kak betul ke golden churn tu tak halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can Google online it's tak halal. jakim did post an article about it too, hope this helps :)

      http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/271-kenyataan-media-kp-jakim-mengenai-status-halal-terkini-produk-pure-creamery-butter-golden-churn-butter-keluaran-syarikat-ballantyne-food-pty-new-zealand

      Delete
    2. 🌸FAQ HALAL HARI INI🌸

      STATUS HALAL GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER

      Soalan:-

      Adakah Golden Churn Creamery Butter memiliki Sijil Halal?

      Jawapan:-

      Untuk makluman, produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh Ballantyne Foods Pty Ltd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)

      Manakala produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh New Zealand Butter Canners Morrinsville,merupakan pemegang Sijil Halal New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

      Untuk pengetahuan,ketiga-tiga badan pensijilan halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.

      Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar mengutamakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

      Sebagai pengguna yang bijak dan prihatin, teliti terlebih dahulu label produk dan kenali logo halal yang tertera. Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

      Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

      http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

      Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-

      http://bit.ly/FAQHalal

      #YakiniHalalMalaysia
      #SemakSebelumSebar

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/05/halalkah-mentega-golden-churn/

    ReplyDelete

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...