Sunday, March 20, 2011

Sakit selepas bersalin

Selepas bersalin, uterus tidak akan berhenti mengecut. Pengecutan akan terus berlaku dan selalunya ia tidak mendatangkan kesakitan, akan tetapi, pada sesetengah wanita khususnya yang telah berkali-kali hamil p[engecutan yang menyakitkan akan terus berlaku dalam beberapa hari pertama katika dalam pantang. Besar kemungkinan kesakitan ini dirasai semasa menyusukan bayi.

a. Keadaan is perut
Pada masa-masa yang lepas, sembelit merupakan satu masalah, tetapi pada hari ini ia jarang berlaku, memandangkan ramai ibu yang berjalan semula selepas bersalin.

b. Membuang air kecil
Dalam masa 24 jam pertama selepas bersalin, kadang-kadang si ibu mendapati sukar untuk membuang air kecil kerana keranggangan tisu faraj dan tisu-tisu di sekeliling pundi kencing semasa bersalin. Amalan berjalan awal selepas bersalin boleh mengurangkan kesukaran tersebut, dan malah kebanyakan wanita tidak mengalami masalah ini.

c. Sajian makanan
Kebanyakan wanita mahu makan atau minum selepas melahirkan setidak-tidaknya secawan teh. Dan semasa dalam pantang makanan yang kaya dengan protein dan vitamin serta tidak terlalu banyak karbohidrat adalah diperlukan.

Kebanyakan ahli pemakanan mengesyorkan bahawa wanita dalam pantang yang menetek harus mendapatkan sekurang-kurangnya 25,000 kalori sehari.

Sajian makanan bagi ibu dalam pantang haruslah sebagaimana yang diperolehi semasa hamil. Ditambah dengan 500ml (1pain) susu sehari.

d. Barut perut
Kini telah diketahui bahawa barut abdomen itu perlu untuk mencegah daripada berlakunya kejatuhan uterus atau menanggalkan involusi. Tambahan pula dari perubatan ia tidak diperlukan meskipun bengkung mungkin diperlukan. Sesetengah wanita yang berkali-kali hamil terasa uterus itu seolah-olah bergerak ke sana ke mari dan mereka hanya akan berasa lebih yakin dan selesa jika memakai bengkung. Pilihan terletak pada pesakit akan tetapi mereka harus mengetahui pilihan tersebut bukan sebab dari perubatan tetapi bersifat psikologi.

e. Perubahan emosi semasa dalam pantang.
Pada hari ketiga ketika dalam pantang keghairahan menyambut bayi yang baru mulai berkurangan. Si ibu mendapati bahawa dia mempunyai bayi yang memerlukan penjagaan.

Susu mungkin memenuhi buah dadanya dan kepekaan emosi yang dirasai lebih awal mungkin menimbulkan tindak balas. Si ibu merasa murung dan berubah perasaan tanpa sebab. Segala-galanya berjalan dengan baik tetapi si ibu menangis teresak-esak dan itu akan membuatkan mereka berasa lega.

Si ibu harus ingat bahawa perubahan emosi semasa dalam pantang mungkin berlaku pada hari ke-4 atau ke-5 bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia memerlukan rasa timbang rasa daripada suaminya dan para pekerja hospital.

Tuesday, March 8, 2011

Masalah ketika dalam hamil

Penjagaan ibu dalam hamil yang sempurna adalah cara untuk mmenjauhkan pelbagai sakit atau gangguan penyakit yang dapat membahayakan ibu dan anak. Tanda-tanda terperinci yang harus dititik beratkan tidak hanya untuk perempuan yang baru pertama kali hamil, tetapi juga perempuan yang telah lebih dari satu kali atau berkali-kali hamil.

Tanda-tanda ini merupakan tanda-tanda bahaya dan bukan tanda-tanda yang dianggap remeh begitu sahaja. Dengan mengetahui tanda-tanda ini kita akan dapat mendapat pertolongan yang sepatut atau sewajarnya dengan segera.

Tanda-tanda di bawah menjelaskan bahaya yang penting dan seharusnya mendapat pertolongan seorang doktor. Tanda-tanda tersebut ialah:

1. Keluar darah dari lubang kemaluan.
2. Muntah yang berterusan.
3. Sakit kepala yang berterusan.
4. Bengka-bengkak pada muka, tangan, kaki dan betis.
5. Mata mulai kabur atau melihat titik-titik hitam.
6. Kencing mulai kurang.
7. Sakit atau merasa pedih ketika kencing.
8. Merasa panas dingin dan demam menggigil.
9. Sakit mendenyut dengan berterusan di bahgian perut.
10. Air tiba-tiba keluar dari kemaluan sebelum bayi dianggap lahir.

Semua tanda-tanda di atas perlu mendapat perhatian sewajarnya dengan secepat yang mungkin supaya kita boleh mendapat rawatan dan penjagaan yang lebih teliti.

Wednesday, March 2, 2011

Lima peringkat bersalin



Pertama:
Lubang peranakan terbuka luas, kepala bayi ditekan ke bawah oleh gerakan otot-otot peranakan (uterus).

Kedua:
Kepala bayi keluar melalui jalan salin kemaluan (vagina) memudahkan bayi meluncur keluar.

Ketiga:
Doktor akan menolong dengan memutar kepala bayi melalui jalan kemaluan (vagina), memudahkan bayi meluncur keluar.

Keempat:
Peranaka (Uterus) bekerja dengan otot-ototnya dan melepaskan saudara (plasenta) dari peranakan (uterus) supaya dapat keluar.

Kelima:
Uterus telah mengeluarkan plasenta keluar lubang kemaluan dengan melepaskan kulit ketuban dan tali pusat. Uterus mulai kecil kembali kerana otot-otot terus bekerja dan darah yang mengalir juga berkurangan.