Saturday, December 15, 2018

Hiking di Bukit Wawasan Puchong



Akhirnya selepas beberapa belas tahun. Kembali lagi kepada alam semulajadi.

Last buat hiking zaman bujang dolu dolu. Sekarang mula balik sebab dah ada geng hiking poreberrr hihihi...




Sampai at 7am. Trek agak licin kena hati hati especially time turun. Naik dalam 1 jam. Lepas tu rehat setengah jam baru turun.

233 meter

Anak bujang kepenatan




Tak dapat nak pergi Blue Lagoon yang dorang kata cantik tu sebab KAWASAN LARANGAN. Nak kena tangkap masuk lokap pergi lah hahaha.

Kita ni semua anak Malaysia yang baik. Tak langgar peraturan.

#15122018 

Thursday, December 6, 2018

Swimming Class - Day 2


Pagi sebelum start kelas kena warm up. Adalah budak kecik 5 tahun ni tak nak buat. Dia bagi alasan kat Coach dia tak boleh buat. Susah katanya. Sebab tengah pegang goggle. Dia boleh duduk je buat peel dia. Aku pulak geram tengok dari tepi. 🤣



Lepas tu datang Coach Shazali pujuk dia buat macam geng elok lah pulak. Dia nak buat. Buat pun macam tak ikhlas. Dalam kelas dialah yang paling muda. Tapi dia lah yang paling agresif sekali. Suka hati je nak berenang ikut suka. Langsung tak takut air dalam. Bukannya dengar cakap. Syukurlah dapat Coach baik.


Coach cakap dia kena masuk kelas breathing sebab tak takut air. Cuma kena belajar teknik yang betul je. Hadif boleh jawab "tak nak". 🤦‍♀️

p/s: sebenarnya dia dah terbiasa kalau mandi pool bapak dia baling masuk kat kawasan yang dalam. Nanti pandailah timbul sendiri. 🤣

 #05122018