Thursday, August 16, 2018

Infaq Jumaat. Melawat Rumah Bakti Al-Kausar Bangi tempoh hari




Beberapa minggu lepas kami telah buat satu program Projek Infaq Jumaat bersama dengan Jajan Borong di mana setiap minggu kita akan kumpul seorang RM5 dan hasil sumbangan tersebut kita akan tukarkan kepada makanan dan kami akan hantar ke rumah anak anak yatim yang terpilih. Alhamdulillah, terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan.

Rumah Bakti Al Kausar ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.


Jadi, Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi merupakan rumah pertama yang kami lawati. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sumbangan yang terkumpul kita dapat menyumbangkan 8 tin biskut untuk anak anak yatim di Rumah Bakti Al-Kausar.


Rumah Anak Yatim ni luas sebab bersambung dua rumah. Kawasan pun selesa dan bagi aku agak luas. Mereka menjaga 25 anak anak termasuk anak anak yatim, yatim piatu serta golongan anak anak asnaf atau kurang mampu.

Yang ada ibu bapa akan balik ke rumah mereka sendiri pada hujung minggu. Manakala anak anak yatim piatu yang tidak ada waris akan tinggal di rumah ini.

Tuan Rumah Bakti Al-Kausar Bangi
Matlamat utama penubuhan Rumah Bakti ini adalah untuk membantu anak2 yatim/piatu daif dan fakir miskin serta tiada keluarga dan bersedia untuk menanggung mereka di dalam perkara-perkara berikut:-

1. Memberi pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna.

2. Menyediakan tempat penginapan yang selamat dan selesa.

3. Menyediakan makan / minum dan pakaian yang secukupnya.

4. Memberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka.

5. Menentukan anak2 yatim/piatu dan fakir miskin ini dapat berfungsi dan hidup berdikari didalam arus pembangunan dan masyarakat semasa yang semakin mencabar.

6. Menyediakan peluang2 melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan
Dapur

Tempat makan, bersih kan.

Pertubuhan

Asrama Lelaki

Asrama Perempuan

Pejabat Pengurusan 

Add caption

Van Rumah Bakti Al-Kausar Bangi

Mengikut apa yang dinyatakan oleh Tuan Rumah Bakti (maaflah nama dah lupa) rumah ini berbelanja lebih kurang RM24,000 setiap bulan. Mereka masih memerlukan dana dari orang ramai untuk terus beroperasi. Akan tetapi, apa apa jenis bantuan sama ada dalam bentuk makanan, barang keperluan dan sumbangan wang ringgit juga akan diterima dengan hati yang terbuka.

Untuk lebih lanjut boleh hubungi Rumah Bakti melalui:

Email rbakbbb@gmail.com 

Phone +60389222061 

Address:

RUMAH BAKTI AL-KAUSAR 
NO. 17, JALAN 4/12C 
FASA 4 TAMBAHAN 
43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR

Atau boleh terus ke website RUMAH BAKTI AL-KAUSAR, BANGI

Bila dapat Memo Cuti Sekolah


Muka syok tengok kartun kesukaan

Minggu ni dia elok je tak buat perangai tak nak sekolah. Walaupun adalah wayang sakit sikit sikit tu taklah poyo sangat, sampai lah petang semalam dia dapat satu surat.

Masuk dalam kereta terus dia bukak beg bagi aku surat tu sambil kata "Nahhh mama, ada surat. Madam Chong said adik dah no school. Cuti banyakkkk." Rupanya surat tu memo cuti sekolah. Time ni aku dah tau dah apa akan jadi pada esok harinya hahahaha.

Dan harini bila gerak dia bangun, lepas mandi dia nampak baju sekolah terus dia nangis kata "Madam Chong said no school why adik school... Madam Chong said adik cuti banyakkk. Adik nak pakai baju home." kikikiki.

Aku kata mana ada cuti hari ni dengan esok. Dia tanya friend also school ke. Yelah mana ada orang cuti. Terus dia tanya lagi "Kenapa kena school banyak. Madam Chong said cuti dah."

"Cuba tengok abang mana ada. Abang pergi school. Kalau abang school adik also have to school. Kalau abang cuti baru lah adik pun cuti."

Akhirnya dia diam buat muka sedih. Banyak cantik muka. Orang cuti sekolah 5 hari kau pulak nak lebih lebih. 😂

Wednesday, August 15, 2018

Projek Infaq Jumaat, Rumah Anak Yatim Darul Izzah, 17 Ogos 2018


Alhamdulillah. Selesai sudah Projek Infaq Jumaat minggu lepas. Kami pergi Dua Rumah Anak Yatim. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kongsikan detail lawatan kami pada hari ini di Rumah Bakti Nur Ain dan Rumah Anak Anak Yatim / Miskin Rukaiyah. 😊

Untuk Projek Infaq Jumaat yang ke-4 pula; Saya bersama Jajan Borong, Marliana Redzuan akan menghantar sumbangan berupa makanan ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah pula pada 17/08/2017.

Seperti biasa sumbangan minimum RM5 seorang.

Kalau nak bagi lebih pun kita terima hehe. Dapat sikit kita bantu sikit. Begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah makin ramai yang sudi membantu. Sumbangan pun makin meningkat dari hari ke hari. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.


Yang mahu menyumbang boleh terus hulurkan sumbangan anda terus ke Akaun yang tertera ya. Dan untuk memudahkan Rujukan dari pihak kami boleh tulis "PIJRM5" (Projek Infaq Jumaat RM5)

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya atau Kak Jajan (Kak Nana). Sekian. Terima kasih. ❤️ 

Wednesday, August 8, 2018

Kenali SahabatMu, SEDAR Malaysia


Kenali SahabatMU adalah ruang untuk memperkukuhkan persahabatan antara sahabat yang mahu menjadi suara SEMAK dan IMBANG untuk Malaysia yang lebih cemerlang.

Kami terdiri daripada pelbagai individu yang berbilang kaum, agama dan lapisan usia. Kami mengalu-alukan persahabatan anda dan suara anda.

Pelbagai aktiviti dan kempen telah dirancang untuk sahabat-sahabat sekalian. Boleh 'Like' page Kenali SahabatMu dan 'Follow' kami untuk maklumat terkini. Jika anda berminat untuk menjadi warga kerja sukarela boleh hubungi SEDAR Malaysia di hotline 014-239 8875.

Saturday, August 4, 2018

Budak nangis kena picit jerawat


Nampak pipi tu merah macam gatal kena gigit nyamuk?

Sebenarnya itu bukan nyamuk. Itu adalah jerawat dia hahahaha. Jerawat virgin uolss.

Mula mula aku ingat gatal biasa je. Kena gigit semut ke kan. Lepas dua tiga hari aku tengok makin membengkak dan bernanah. Hanif ni pulak jenis tangan yang tak reti duduk diam. Aku tak suruh sentuh pun dia sibuk nak cuit gak.

Aku takut nanti kalau betul jerawat bila nanah tu keluar tak habis dia kacau nanti takut pulak makin menjadi.

Jadi, dua hari lepas aku pun memulakan operasi pembedahan jerawat. Menangis, meraung, meracau semua adalah time aku picit jerawat tu. Dia nampak jarum peniti je dah nangis air mata mencurah curah. Rasa nak cucuk kat muka pun ada. Bagi rasa sikit. 

Masa tengah picit tu keluarlah seketul jerawat yang keras tu sekali dengan nanah. Aku keluarkan nanah tu sampailah bila dipicit-picit takde darah langsung yang keluar. Inilah antara tips untuk picit jerawat. Kau kena picit jerawat tu sampai habis takde apa yang nak keluar dah. Kalau tak picit habis kemungkinan jerawat tu akan menjadi balik malah akan jadi lagi teruk.

Dah habis sessi terus tengok kat cermin takut aku ni cacatkan muka dia. Aku dah cakap bukannya sakit pun. Tapi tak percaya. 

Esok balik sekolah, dia cakap pipi dah tak rasa sakit dah. Kalau tidak tu letih aku dengar dia mengadu hari-hari. Dok tanya apa kat pipi dia tu sampai merah merah.

Friday, August 3, 2018

Projek Infaq Jumaat 10 Ogos 2018 (Rumah Bakti Nur Ain, Bangi)



Seperti yang telah dijanjikan sepatutnya Projek Infaq Jumaat yang ke-2 kami akan menghantarkan sumbangan ke Rumah Anak-anak Yatim @Miskin Rukaiyah. Boleh baca di SINI

Akan tetapi, atas masalah yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa menangguhkan PIJ ke-2 ke minggu hadapan. 

Pada minggu hadapan Projek Infaq Jumaat yang ke-3 pula kita akan hantar sumbangan ke Rumah Bakti Nur Ain, Bangi.

Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan.


Seperti biasa sumbangan minimum RM5 seorang. Kalau nak bagi lebih pun kita terima hehe. Dapat sikit kita bantu sikit. Begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah ramai yang sudi membantu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Yang mahu menyumbang boleh terus hulurkan sumbangan anda terus ke Akaun yang tertera ya.

Dan untuk memudahkan Rujukan dari pihak kami boleh tulis "PIJRM5" (Projek Infaq Jumaat RM5)

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya atau Kak Jajan (Kak Nana).

Sekian. Terima kasih. ❤️