Thursday, December 21, 2017

Tak ada handphone boleh patah kaki

Suami balik tengok muka isteri monyok macam nak nangis.

Biasa muka sang isteri tersengih-sengih je. Terus tanya "kenapa awak ni muka masam je..."

"Henfon saya rosak. Screen tak boleh tekan. Entah entah Touchscreen problem..." jawab isteri dengan suara tertahan tahan nak nangis.

Maka si dia letak helmet, buka jaket ambil henfon terus cuba tekan tekan banyak kali tapi tak de respons. "Hmmm...tak boleh dah ni. Kena hantar kat kawan saya nak repair."

Isteri: Berapa lama nak repair? Kalau hantar arini esok siap boleh?

"Tak dapatlah, mau makan dua tiga empat hari jugak."

''Dua, tiga, empat hari dah jadi 7!"😭 Banyak taw whatsapp tak terbalas. Nanti customer tertunggu tunggu macam mana. Esok dah last delivery."

Sempat gak membebel. Muka dah sedih.

Suami bawak balik hadiah pun tak mampu nak meredakan jiwa kacau seorang isteri sebagai peniaga online. Senyum tapi dalam hati serabut. Kepala jadi berat. Setiap bunyi ting ting ting yang masuk buat jantung berdebar-debar. Nak buka henfon tak boleh. Mampu tengok screen je. Lip lap lip lap huhuhu.

Serius sedih. Hanya peniaga yang memahami apa yang ku alami ketika ini.

Terpaksalah redha. Esok kena hantar pergi repair. Bertabah lah dua hari outstation tanpa henfon di tangan. Maka henfon suami bakal jadi mangsa.

Syukur masih boleh guna laptop. Dapatlah balas whatsapp dan messenger dari customer. Seharian duduk mengadap ni. Kalau guna henfon boleh lah buat kerja sambil meniaga. Memang patah kaki takde henfon ni.

Biasa waktu sebegini dah duduk kat hall. Tapi la ni masih tercongok kat depan lappy huhu.

Monday, December 18, 2017

Hormati sesama peniaga

Ada orang ni. Dia seorang peniaga. Buat satu grup whatsapp. Dia add semua nombor telefon yang ada. Lepas tu beliau beriklan. Takpe.

Ramai yang left. Saya antara yang tak left. Sebab sama sama peniaga jadi kita faham dia nak promot produk dia. Jadi, #kitaok.

Lepas tu, tak cukup dalam grup beliau iklan lagi secara personal. Dah banyak whatsapp akak  pending tak berjawab. Masuk lagi whatsapp dari beliau. Masuk lagi iklan dalam grup yang telah ditubuhkan beberapa minggu yang lepas.

Hari ni, tak boleh tahan. Terpaksa tekan "left group". Tak sampai 4 minit beliau hantar lagi iklan secara personal. Aduhhh. 😑

Serius rasa dah lebih. Malas nak cakap banyak ai tekan Block then tekan Report & Block. #Sayonara

Benar, nak beriklan boleh. Nak promot PM semua nombor whatsapp yang ada pun boleh. Tak ada masalah. Tapi, berpada pada. Ini setiap masa, setiap hari, setiap jam. Memang buat orang menyampah.

Belajar menghormati orang lain pun sesuatu yang mahal.

Hadif dan Darlie 😂

Tadi pagi, plan untuk bawa anak anak mandi manda di Kolam Kanak-kanak KLCC. Jadi, semua anak anak dikerah untuk berus gigi sahaja. Tak mandi. Jimat sikit air. Nampak sangat kiasu kan.😂

Hadif seperti biasa mama yang beruskan. Sedang syok memberus gigi tiba tiba dia menangis sedih. Macam orang kena marah. Pelik juga kenapa la dia menangis. Tak pernah lagi dari umur 3 tahun menangis gosok gigi.

Air mata berjurai tu buatkan mama lagi tertanya-tanya dalam hati. Tiba tiba ai terbau sesuatu yang berangin. Kembang kuncup hidung ai.

Pulakkk. Rupa rupanya mama berus gigi adik guna ubat gigi Darlie. Patutlah dia meraung semacam kikikih. Kesian. Meleleh leleh air mata. Ampunkanlah mama ni sayang.

Begitulah kehidupan, terkadang ada masa kita terleka. Hilang fokus. Betul juga kan. Bukan senang nak fokus. Perkara rutin yang kita selalu buat setiap hari pun boleh hilang fokus. Inikan pula yang jarang-jarang dilakukan. 

Itulah manusia. Selalu kita fokus benda lain tapi buat lain. Pemikiran tak serasi dengan perbuatan yang dilakukan. Hilang fokus ni biasa. Yang penting jangan hilang jiwa hihi.